"Baguslah dia nafi. Selama ini dia senyap sahaja dan tidak nafi. Najib pun nafi dia tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Masuk dalam mahkamah, penagih dadah pun sanggup bersumpah tidak mengambil dadah, itu benda biasa" - Chegubard
SHAH ALAM 5 JAN : Penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berhubung dakwaan rogol yang membelit dirinya adalah tindak balas biasa yang akan dilakukan oleh setiap individu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Tv Selangor petang ini berkata, Rais berhak membuat penafian namun ia harus disusuli dengan tindakan bagi membuktikan penafian itu berasas.
"Persoalan dia hendak nafi atau tidak, itu persoalan lain. Itu terpulang pada dia. Baguslah dia nafi. Selama ini dia senyap sahaja dan tidak nafi. Najib pun nafi dia tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Masuk dalam mahkamah, penagih dadah pun sanggup bersumpah tidak mengambil dadah, itu benda biasa," ujar Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Pagi tadi, Badrul tampil membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan dilakukan terhadap Rais yang didakwa merogol pembantu rumahnya.
Menurutnya beliau, pelbagai bukti dan pendedahan yang dilakukan blog dan NGO seperti Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta menjadikan impak kes ini besar apatah lagi ia melibatkan seorang Menteri Kabinet.
Malah apa yang lebih merunsingkan katanya, hubungan Malaysia dan Indonesia yang mudah terbakar sentimennya mutakhir ini, harus segera dipulihkan.
"Justeru itu kita hendak polis siasat. Polis siasat dan polis harus umum Dr Rais tidak terlibat, beliau bersih dan ini hanya fitnah. Kalau ini berlaku, Dr Rais harus mengambil tindakan terhadap laporan tersebut," tambahnya lagi.
Dakwaan merogol yang melibatkan bekas Menteri Kehakiman dan Undang-undang ini dikatakan berlaku pada 2007 dan ia didedahkan semula oleh laman wikileaks dan laman blog seantero Malaysia.
Ketika memegang jawatan itu, Rais pernah mendedahkan 18 kes berprofil tinggi yang sengaja disenyapkan pihak tertentu.
Diminta mengulas kenyataan Rais bahawa dakwaan rogol itu sengaja dimainkan oleh bloger dan pembangkang, Badrul berkata, Rais harus terlebih dahulu membersihkan imejnya yang tercemar berikutan tersebarnya laporan yang mengaitkan beliau dengan skandal terbabit.
"Rais harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara," jelas Ketua Cabang Rembau itu.
Selain tindakan polis, Badrul juga turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menggantung Rais sebagai anggota Kabinet sehingga siasatan dilakukan.
"Rais harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara," jelas Ketua Cabang Rembau itu. - http://tvsnews.net

edyes wrote:
Salam 1Warisan,
Jika sebelum ini kebanyakkan laporan dari blog dan media lain menunjukkan lapuran NGO Migrant Care setebal 3 mukasurat itu dihitamkan nama menteri Malaysia yang dituduh.
Kini terbukti sudah nama Rais Yatim, disebut sebagai Datuk Seri Utama Dr Rais Yatum, Menteri Budaya dan Pariwisata Malaysia sepertimana tertera dalam laporan investigasi. Justeru, Dr Rais Yatim perlu bukan sekadar satu penafian, walaupun penafian itu satu kelegaan untuk rakyat Malaysia seperti yang saya tulis di sini.
Laporan investigasi tersebut bukan menyebut nama Rais Bin Yatim sebagai individu tetapi meletakkan segala pangkat yang ada kerana ketika pemerkosaan itu berlaku, adalah seorang Menteri Malaysia telah melakukan aksi rogol terhadap seorang amah. Ia bukan kisah majikan rogol amah yang biasa. Ini kisah Menteri Malaysia merogol seorang amah warga Indonesia. Bukan tukang kebun lain, atau supir lain yang merogolnya, tetapi majikan yang ketika itu memegang pangkat kebesaran Datuk Seri dan juga seorang Menteri penuh!!
Oleh demikian, penafian sahaja tidak mencukupi walaupun ia diakui sedikit melegakan. Rais Yatim harus menyaman NGO dari Indonesia yang kununnya telah membuat-buat cerita beliau merogol amah Indonesia. Jika perlu, samanlah kerajaan Indonesia kerana membiarkan NGO itu bertindak melulu dengan menuduh Menteri Malaysia sebagai binatang buas yang sanggup melampiaskan nafsu serakah ke lubuk yang tidak sepatutnya.
Dengan penegasan berbentuk saman ini, rakyat pasti akan lebih yakin dan nama Rais Yatim tidak lagi akan dibangkit sebagai menteri warisan perogol. Blog-blog pembangkang mahupun pro-kerajaan juga akan berhenti berhujah mengenai isu menteri rogol amah - bukankah itu satu kebaikkan untuk semua?
Ayuh Rais Yatim, bertindaklah dengan berani! Jika sebelum ini kepimpinan PAS boleh menang dalam saman di mahkamah luar negara, mana mungkin seorang menteri Malaysia yang hebat dengan peguam negara yang hebat-hebat tidak mampu menyaman sebuah NGO, kalau tidakpun menyaman Indonesia.
Malaysia Boleh !!
No comments:
Post a Comment