Saturday, January 22, 2011

Sendal Pintu Di Tingkap Kereta ?!!

Sendal Pintu di Tingkap Kereta...

Salam santai,

Korang perasan tak sendal pintu di tingkap kereta tu? Kalau tak perasan tolong klik gambar tu untuk gambar lebih besar.

Sepatutnya sendal pintu duduknya mestilah di kaki pintu, tetapi sendal pintu ini terlekat di tingkap kereta. Sendal pintu bukan sebarang sendal, ia menjimatkan RM165. Bagaimana penjimatan ini berlaku?

Cermin tingkap dah rosak, ini adalah masalah biasa untuk kereta nasional. Bagi menukar mesin tetingkap kereta waja, ia memerlukan sejumlah wang RM130 untuk barang dan RM40 untuk upah buruh. Tetapi dengan hanya bermodalkan RM5 sahaja, sepasang sendal pintu boleh dimiliki dan diattached pada kaki tingkap. lantas ia menjimatkan RM165!!

Bukan kerana tidak mampu, tetapi mengapa tidak kita berjimat sehingga kita dapat bonus atau durian runtuh. Bayangkan, selepas kita berjaya membaik-pulih tetingkap yang rosak, sendal pintu ini masih boleh digunakan sebagai sendal pintu.

Justeru, sekali lagi saya mohon para pengunjung untuk lihat betul-betul sendal pintu dalam gambar di atas dan FAHAMkan apa yang patut.


EDYES @ edyesdotcom
edisi entry 2 dlm 1, lintas dari CC koboi Kg Tenang

7 comments:

Rahimi said...

memdalam maksudnya tuh..
hehe

Mr.Eye said...

yes...
sometimes, benda nampk remeh,
nmpak simple..tapi yang tulah byk manfaat...memang mendalam maksudnya...like this entry! ;)

ISA said...

itu laaa... gua dah cakap, jangan beli kereta malaysia... rugi beb...

Art Pokon said...

sendal pintu ke turap jalan.....mentang2 geng upco tu bodoh...hari2 kena tipu....hahahaha

Anonymous said...

sekali pandang nmpk sendal pintu.. tp ada projek besar kt belakang tu.. tu yg kata pemikiran global. mcm umngok la, isu kecik kecoh, isu besar depan mata pun kdg2 kita tak nmpk atau dibutakan oleh puak2 ni.

Edyes said...

hahaha... aku duk risau takut org tak nampak gambaran sebenar entri nie... hebat2 org PR nie, tapi kalau UMNO mesti dikutuknya sendal pintu di tingkap tu sebab dia tak faham erti berjimat!

padahal, kat belakang tu punya la besar gula-gula... kah kah kah

bro ISA, nak gua dedah gambar Alphard lu hasil berblogging ke? kah kah kah

Toi'Toi' said...

dan dan nie nak turap jalan

BPDPH punya UMNO