Saturday, January 15, 2011

Apa Sebenarnya Berlaku Di Antara Najib dan Rosmah ??


Satu soalan mudah lagi tidak bersalah - Apakah Najib tidak mampu menasihati Rosmah ?

Baru-baru ini Najib telah membuka peluang kepada semua pengguna Twitter untuk meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hati terhadap kepimpinan dan peribadinya Najib. Program selama satu jam #TanyaNajib ini telah digunakan sebaiknya oleh pengguna Twitter dengan pelbagai jenis soalan dikemukakan termasuklah yang sinis lagi menggelikan hati.

Tidak memeranjatkan apabila Rosmah menjadi sasaran dalam kebanyakkan tweet #TanyaNajib apabila Malaysiakini sendiri melaporkan dalam artikel yang bertajuk Rambut Rosmah Menjadi Sasaran.

Antaranya ialah;
@NajwanHalimi: Nak #tanyanajib betul ke Rosmah pakai susuk dan main bomoh?

@HilmiIsmaill #tanyanajib How does is feel to sleep next to Rosmah? Mendebarkan tak?

@MrKayMY #tanyanajib @NajibRazak DS Rosmah ke Riyadh sbg wakil kerajaan Malaysia ke? Kalau ye, kenapa dia?

@kev_Q #tanyanajib @NajibRazak Sir, I like your wife's album but where can I obtain the album karaoke version because YouTube seems to delete it.

@aleffush Apa dalam rambut Rosmah?

@NajibRazak. Kenapa banyak kesangsian dalam PERMATA dan sejauh mana kredibiliti Pengerusinya dalam hal ini? #tanyanajib #nkra

Jika dikira semua tweet berbentuk serangan, mungkin kita akan mendapati serangan ke atas Rosmah melebihi tweet yang menyerang Najib. Ini sudah dijangkakan berlaku dan Najib seolah-olah sebenarnya membuka ruang untuk orang ramai mempersenda dan memperlekeh isterinya sendiri sedangkan Najib tidak berani berbuat demikian. Ia sedikit sebanyak menjatuhkan lagi nama baik Rosmah Mansur secara langsung atau tidak langsung.

Sekiranya seorang suami tidak boleh menasihati isterinya, tidak mustahil si suami mengambil jalan lain untuk memalukan isterinya agar ia menjadi pengajaran dan juga menjadi isyarat bahawa apa yang si isteri lakukan selama ini tidak mendapat restu dari suami secara 'indirectly'.

Luahan perasaan terhadap Rosmah yang dilihat lebih sudu dari kuah pastinya akan membuatkan isteri Perdana Menteri itu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang langkah yang melibatkan acara rasmi kerajaan agar tidak dilihat keterlaluan.

Pejabat Bahagian FLOM sebagai satu contoh. Adakah ianya dibangunkan dengan restu Najib apabila pejabat berkenaan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebaris dengan Bahagian Setiausaha Politik JPM. Najib tidak mampu berbuat apa-apa walaupun menyedari penubuhan FLOM pasti akan menyebabkan kredibiliti Najib tercalar apabila rakyat melihat Najib menyediakan sebuah pejabat sebesar satu Bahagian khas untuk isterinya Rosmah.


Twitter #tanyanajib sebenarnya untuk menyedarkan Rosmah dan kali ini saya melihat satu tindakkan yang bijak dari Najib untuk counter isterinya sendiri.


Inilah bahananya rakyat Malaysia hari ini apabila mempunyai seorang Perdana Menteri yang bukan sahaja mempunyai pelbagai masalah dalam karier politiknya, tetapi mempunyai masalah rumahtangga yang dibawa bersama dalam pejabat pentadbirannya. 


Bukan seorang tetapi dua orang ?? 



EDYES @ edyesdotcom
Bersama Mendesak FLOM Dibubarkan !!

7 comments:

bunbinban said...

hahaha...jgn buat lawak bro. ingat ada ke mp bn yg berani. seme mereka ada fail yg di simpan najib lakibini. 'lu lawan gua, lu masuk dlm'. Caranya ialah, kita lwan dlm pru13, itupun kalau masih percayakan pilihanraya. Yg susahnya, pengundi melayu ni mudah sgt di perbodohkan oleh UMNO dr dulu sampai sekarang. Dgn sedikit sentimen melayu di mainkan maka org melayu mulalah rasa takut. Jgn ceritalah pasal rasuah, dari sekecil-kecil jawatan hinggalah sebesar-besar jawatan, ada duit seme beres. Sbb tu laha aku cakap, kalau PR memerintah, masaalah utama bkn ekonomi tapi mentaliti org melayu yg perlu di perbetulkan dan bknnya senang nak 'basuh' mentaliti yg dah berkarat ni. Ingat senang bagi yg dah biasa hidup senang dgn duit rasuah utk berubah?. Hati dah kering bro. Puak2 ni akan berpusu-pusu utk bersama-sama dgn PR nnt dan mereka inilah yg akan menjadi barah. PR kena bersedia dgn kemasukan beramai-ramai manusia parasit ni. Jgn tak tau, sebelum 16 sept itu hari, pemimpin umno peringkat cawangan, bahagian malah beberapa mp umno telah pun bersedia dgn borang keahlian PKR. ha ha ha...ini bkn dongeng tapi realiti. PR kena bersedia dgn kepimpinan yg betul2 takut akan Allah, takut akan azab neraka dlm menghadapi gelombang kemasukan ahli2 umno nnt. peace

Anonymous said...

kesian blog ni,..artikel berapi2 tpi xde komen

tkut dimaki-hamun oleh pemilik blog(baca: beruk) chegu bard kedahak

hehehe

Anonymous said...

@aleffush Apa dalam rambut Rosmah?

Jawapan:Takda apa,memang kepala Rosmah besar cam tu rambut cuma 1/2 inci ja...

Anonymous said...

@HilmiIsmaill #tanyanajib How does is feel to sleep next to Rosmah? Mendebarkan tak?

Jawapan: macam tidur belah dgn gajah..dengkur ja cam bunyi bom C4

Anonymous said...

@MrKayMY #tanyanajib @NajibRazak DS Rosmah ke Riyadh sbg wakil kerajaan Malaysia ke? Kalau ye, kenapa dia?

jawapan: saya tak caya dgn Muh'din,hisam,apa lagi menteri lain semua nak rebut PM title.

Anonymous said...

kata orang tua tua.kepala besar akal panjang.belit pun kuat.

kata orang tua tuan.muka besar.angan angan pun besar....

Muka sukar nak senyum.tapi tak kedekut.hati baik....

JPA said...

Hahaha...

AKU : @Najwanhalimi, BEST TAK KENA BUANG KERJA PTD KAT JPJ?? #jualanggur #menganggur #pengkhianat #mukatakmalu

Pi mampoih hampa semua!