Showing posts with label F.L.O.M - First Lady oF Malaysia. Show all posts
Showing posts with label F.L.O.M - First Lady oF Malaysia. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Akhinya Malaysiakini Juga Menghambat Bahagian F.L.O.M !!!

Akhirnya Malaysiakini menyiarkan juga isu Bahagian F.L.O.M setelah serangan hebat para bloggers dan rakyat celik terhadap kewujudan sebuah bahagian yang bertanggungjawab terhadap segala aktiviti 'First Lady of Malaysia'.

Penyiaran berita F.L.O.M dalam Malaysiakini telah ditunggu-tunggu sejak hari pertama isu ini dibangkitkan dalam tajuk PENDEDAHAN XCLUSIF!!! FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M !!.

Telah dibuktikan betapa Bahagian F.L.O.M akan menjadi fenomena yang wajib ditentang dan dibubarkan sehingga ia akhirnya berjaya dibubar dari laman web rasmi JPM semalam dan laporannya terdapat di sini dan di sini. Tetapi harus diingat, dibubar dari laman web rasmi JPM bukan bermakna bahagian itu benar-benar telah ditutup. Lantaran itu, edisi terjah wajar diteruskan.

Setelah melihat laman yang mempunyai akronim F.L.O.M itu ditutup, Malaysiakini menjalankan tanggungjawabnya menyiar berita ini sebagai tanda setuju betapa isu F.L.O.M adalah isu yang relevan untuk dibicarakan umum.

Lihat gambar di bawah dan dapat dilihat, inilah berita pertama mengenai Bahagian F.L.O.M yang dimuat naik oleh Malaysiakini;



Syabas kepada blogger, syabas kepada rakyat celik. Kepimpinan Pakatan Rakyat juga disaran agar jangan sesekali memandang rendah keupayaan para blogger yang menjalankan kewajipan mendedahkan kepincangan dan tipuhelah kerajaan. Dan percayalah pendedahan yang dilakukan bukan hanya pada satu pihak sahaja yakni kerajaan, malah kebobrokan yang hadir dari Pakatan Rakyat juga akan turut didedah tanpa kompromi.

Sedar atau tidak, blogger juga acap kali jauh mendahului portal berita sehebat Malaysiakini dan portal online yang lain.

Kesempatan ini juga ingin saya laporkan satu berita dari blog brader ISA yang memetik - Najib menipu dalam isu F.L.O.M. Menipu dalam Dewan Rakyat Malaysia bersamaan dengan menipu rakyat marhein. Sila baca lagi di sini



Di bawah ini adalah satu satunya berita yang saya maksudkan dari Malaysiakini berkenaan isu Bahagian F.L.O.M. Tahniah juga kepada Malaysiakini yang menjadi pemacu utama berita online seantero malaya;


EDYES @ edyesdotcom
BerTenang...

**************************

Laman direktori 'Wanita Pertama' JPM dikeluarkan

Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.

azlanMenurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.
Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".

Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.

NONEKewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.

Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.
Menipu rakyat

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.

dj jamal hishammudin rais and teresa kok forum 270910 08Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.

Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.

"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.




SILA KLIK DI SINI UNTUK SEMUA BERITA BAHAGIAN F.L.O.M VERSI EDYESDOTCOM


Thursday, January 27, 2011

PECAH BERITA!! Akhirnya FLOM DIBUBAR !!



Penutupan ‘laman Rosmah’ di JPM bukti kerajaan takut

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin (bertudung merah jambu) berkata, penutupan laman Pejabat Wanita Pertama (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kerajaan takut kewujudan pejabat itu didedah kepada umum.

Zuraida percaya halaman berkenaan dipadamkan kerana Najib mahu menyorok sesuatu dari pengetahuan rakyat berhubung pejabat itu. Namun katanya, tindakan itu sudah terlambat kerana rakyat sudah mengetahuinya.

“Saya yakin beliau ada sesuatu yang mahu disorokkan dengan menurunkan laman berkenaan. Malangnya, rakyat sudah jauh lebih cerdik sekarang ini maka tindakan sedemikian sudah dapat rakyat hidu dari awal lagi,” kata Zuraida.

Menurutnya, sekiranya benar kewujudan pejabat itu sah dari segi peraturan, mengapa Jabatan Perdana Menteri memadam laman berkenaan, yang turut menyenarai nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap Rosmah.

“Sekiranya benar, mengapa kerajaan takut sehingga terpaksa menutup laman berkenaan? Jika tidak, mengapa Najib masih tidak menjawab,” soalnya.

Rosmah sebelum ini dilapor mempunyai pejabat sendiri dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.O.M) di Jabatan Perdana Menteri, yang berfungsi khusus untuk menjaga hal-ehwal serta lawatan ke luar negara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pendedahan KeadilanDaily.com sebelum ini turut memuatkan sekali pautan ke muka surat laman web bahagian berkenaan namun semalam, laman itu dipadamkan dan tidak lagi dapat ditemui pada laman web Jabatan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata kebangkitan rakyat Tunisia yang menentang Perdana Menteri yang tidak mampu mengawal isterinya sendiri, tidak mustahil akan turut merebak ke Malaysia dalam jangka masa terdekat.

Beliau merujuk kepada kejatuhan bekas Presiden Tunisia, Zine al Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri daripada negaranya akibat kemarahan rakyat terhadap isterinya, Laila Trabelsi yang rakus menghabiskan harta negara.

“Jika dilihat di negara kita sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri gagal mengawal isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Sehingga kini beliau hanya menikus apabila diminta memberi penjelasan berhubung pejabat Rosmah di Putrajaya,” kata Zuraida.

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947 - Laman asal yang telah di tutup !

PECAH BERITA!! Akhirnya FLOM DIBUBAR !!

Salam separa kejayaan,

FLOM akhirnya berjaya dibubar dari laman web Rasmi JPM sebentar tadi. Tiada lagi Bahagian FLOM dalam senarai bahagian2 di bawah JPM.

Tetapi harus diingat!! Status sebenar Bahagian FLOM masih belum diketahui!! Kemungkinan FLOM akan bergerak dalam penuh kerahsiaan!!

Apapun, tahniah saya ucapkan kepada blogger2 berani, tahniah rakyat Malaysia yg semakin celik ketirisan terancang! Tahniah juga rakyat Tunisia dan rakyat Mesir yang menjadi aspirasi baru melawan susuk First Lady!!

Ayuh, gempur lagi!! Pastikan isteri perdana menteri menjalankan peranan sebenar sebagai isteri, BUKAN sebagai MENTERI!!!


EDYES @ edyesdotcom
Edisi terpa kejayaan!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 26, 2011

Saya Di'sponsor' Oleh Istana Oman, Termasuklah Tambang Kapal Terbang !!

''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana. ''Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," - Rosmah Mansor



EDYES wrote:

Betul ke di'sponsor' ?? Urusan rasmi atau tidak rasmi ni?? Bukan ke ini urusan antara kerajaan atau G to G?? Apa kena mengena dengan Istana Oman??

Baik betul istana Oman tu yer... kenapa tidak disponsor beberapa sekolah anak yatim di Malaysia nie untuk pergi melawat Oman ??

Kenapa tidak di'sponsor' ketua-ketua kampung di seluruh negara untuk datang ke Oman untuk melawat??

Kenapa Istana Oman tidak sponsor pelajar-pelajar yang dapat 9A dalam PMR tahun lalu, untuk melawat negara Oman??

FIKIR LA WOIII...

Monday, January 17, 2011

Rakaman Perbualan Dengan Pegawai Pejabat Bahagian FLOM !!



Ini video perbualan di antara Mohd Rostam dengan seorang di pejabat Bahagian FLOM sepertimana yang saya janjikan dalam entri di sini.

Terus terang saya katakan, saya kurang fokus sepanjang perbualan ini kerana di saat awal saya terlupa nak aktifkan butang handsfree. Then, sebab sebelah tangan pegang video kamera pun hilang jugak beberapa megabait fokus. So, dapatlah satu rakaman yang saya sendiri pun tak puas hati dgn perbualan tu. 

Saya call lagi sekali tapi kali ini cuba untuk bercakap dengan pegawai lain, tetapi malangnya SEMUA pegawai yang ada dalam pejabat tu telah terbang ke Oman sepertimana yang tertulis dalam entri saya sebelum ini. Maka saya terpaksa berbual dengan pegawai yang pertama tadi dan kali ini saya lebih fokus dan dapat jugak kedudukan alamat pejabat FLOM. juga telah saya dedahkan dalam entri sebelum ini.

Dengan rakaman perbualan ini, dapat saya mengesahkan sememangnya wujud sebuah pejabat yang fungsinya menguruskan isteri Perdana Menteri Malaysia. Ia termasuklah menguruskan program-program lawatan Rosmah ke seluruh dunia dengan delegasi yang menjadi pasukan pengiring terdiri daripada staf di pejabat FLOM.

Sekali lagi saya menyeru kepada wartawan dan pengamal media yang lain, agar dapat memberi liputan terbaik untuk mendedahkan pejabat FLOM ini dengan segera sebelum lebih banyak kerugian yang ditanggung oleh rakyat. Jika ada yang berani untuk bertanya kepada Najib, Apakah itu FLOM?

Sila klik di sini untuk melihat semua entri berkenaan FLOM iaitu Bahagian First Lady of Malaysia. Di saat kesengsaraan hidup menjadi tajuk utama, sama-samalah kita pastikan kegilaan FLOM ini ditamatkan segera!!


EDYES @ edyesdotcom

Siapa Tahu Rosmah Kini Berada Di Oman ?


Rosmah Mansur telah berlepas ke Oman? Siapa tahu? Atau mungkin saya yang tidak tahu atau kurang mengambil tahu.

Perkara ini saya ketahui setelah membuat satu panggilan ke Pejabat FLOM sebentar tadi. Saya akan dedahkan rakaman perbualan saya dengan salah seorang pegawai yang bertugas dalam sedikit masa lagi.

Saya agak terkejut apabila mengetahui DS Rosmah telah berlepas ke Oman. Rasanya baru balik dari negara Arab, dan kembali ke negara yang terkenal dengan barangan 'karpet' itu. Selepas melakukan satu carian di google berkenaan lawatan Rosmah ke Oman, ini hasil yang saya dapat;
Lawatan rasmi Datin Seri Rosmah Mansor ke Oman mulai Ahad akan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara itu, serta secara tidak langsung menggalakkan jalinan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kedua-dua negara, menurut seorang diplomat Malaysia.

Lawatan isteri Perdana Menteri selama empat hari hingga 19 Jan itu amat bermakna kerana ini merupakan kali pertama dalam tempoh 20 tahun, lawatan seorang kenamaan Malaysia dilayan sebagai tetamu negara yang eksklusif oleh kerajaan Oman.

Kali terakhir kenamaan Malaysia yang diberikan status layanan eksklusif seumpamanya adalah Sultan Azlan Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong melawat Oman pada 1991, kata Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia di Muscat.
Mengenai perbualan saya dengan seorang pegawai di Bahagian FLOM, sebenarnya tujuan saya telifon adalah untuk mendapatkan alamat pejabatnya supaya boleh saya atau sesiapa sahaja pembaca blog datang melawat sekiranya ada masa yang terluang. Ini bagi menyaksikan sendiri pejabat seorang Isteri perdana Menteri.

Saya call dua kali dan bercakap dengan orang yang sama. panggilan pertama ialah 4 minit lebih dan ia dirakam melalui video kamera. Asalnya saya tidak mahu menggunakan video cam, tetapi oleh kerana BlackBerry tidak mampu merakam perbualan dalam telifon maka saya tidak mempunyai pilihan.

Perbualan kedua berlaku setelah saya masih tidak dapat alamat pejabat dalam perbualan pertama. Kali ini saya tidak merakam untuk lebih fokus. Akhirnya dalam perbualan kedua barulah saya ketahui bahawa Rosmah telah ke Oman sepertimana yang dilaporkan. Dalam perbualan kedua ini juga, saya difahamkan Rosmah juga baru pulang dari lawatan ke Sarawak. Begitu ketat sekali jadual seorang isteri Perdana Menteri yang bukan sahaja mungkin boleh mengalahkan menteri tetapi mengalahkan suami.

Tidakkah anda semua berasa sesuatu yang tidak kena?? Lawatan demi lawatan, perasmian demi perasmian, perjumpaan, perbincangan, konvensyen, sidang kemuncak, pertunjukkan fesyen islamic dan pelbagai lagi dihiasi oleh nama Rosmah Mansur. Tidakkah anda semua fikir, berapa kosnya bagi semua aktiviti yang melibatkan Rosmah? Mungkin atas sebab memerlukan peruntukkan yang besar menyebabkan tertubuhnya Bahagian FLOM.

Walaupun agak gagal untuk mendapatkan alamat, saya tetap akan cuba untuk sampai ke pintu gerbang pejabat Bahagian Wanita Pertama atau dikenali sebagai FLOM Division. Tidak susah untuk masuk ke Pejabat JPM, hanya serahkan IC, nyatakan bahagian mana yang mahu dituju, atau urusan komputer sebagai contoh, pasti lepas dan pandai-pandailah carik pejabatnya di tingkat 5 bangunan utama.

Saya juga menyeru kepada wartawan di luar sana agar menggunakan kapasiti wartawan untuk membuat satu lawatan ke pejabat isteri Perdana Menteri supaya rakyat tahu bahawa negara ini mempunyai satu pejabat untuk menguruskan Rosmah Mansur!

Saya akan dedahkan juga video perbualan tersebut dalam sedikit masa lagi untuk menguatkan lagi hujah dalam entri ini.

Sunday, January 16, 2011

Datuk A Kadir Jasin: Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM !

Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?

A Kadir Jasin

PEMBAHAS “Bawal” dalam perbincangan mengenai tajuk “”Hantu” PRU Ke-13 Bagi BN dan PR.” antara lain, berkata: “komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan.”

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil “First Lady” atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan “First Lady” atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana “First Gentleman” atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.


In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.


However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Kita boleh bincang dan bahas hal ini, tatapi saya minta tolong berhati-hati dan bersopan santun. Saya tidak akan menyiarkan ulasan yang berunsur fitnah dan hasutan yang boleh membawa padah.

Soalnya kenapa tidak Rosmah? Buat permulaan, beliau sudah pun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de fakto dalam sistem pemerintahan negara memalui Projek Permata Negara untuk kanak-kanak pintar yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam belanjawan 2011 dan RM100 juta pada 2010. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media massa arus perdana.

Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada – Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Selain itu wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.

Jadi kenapa tidak Rosmah? Kalau Rosmah tidak ada peranan yang berkesan dan definitif, masakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, membuat pertemuan khas dengan beliau dalam rangka lawatannya ke Malaysia pada tahun 2009 dan secara terbuka mengiktiraf kesepakatan Rosmah-Mohd Najib?

Jadi apa salahnya atau memeranjatkan sangat jikalau Rosmah bertanding pilihan raya dan akhirnya menjadi pengganti suaminya?

Gandingan Ahli Keluarga Perkara Biasa


Hal ini berlaku bukan sahaja di Singapura di mana Lee Hsien Loong menjejaki bapanya menjadi Pardana Menteri, malah ia juga berlaku di banyak negara di dunia.

Contohnya di India di mana Indira Gandhi menjejaki bapanya Jawaharlal Nehru, menjadi Perdana Menteri. Indira digantikan pula oleh anaknya Rajiv Gandhi. Indira dan Rajiv kedua-duanya mati dibunuh. Kini isteri Gandi, Sonia seorang keturunan Itali menjadi Presiden parti pemerintah, Indian National Congress dan anak mereka, Rahul adalah Ahli Parlimen dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Di Sri Lanka, Chandrika Bandaranaike Kumaratunga yang menjadi Presiden dari 1994 hingga 2005 adalah anak kepada dua Perdana Menteri -- bapanya S.W.R.D Bandaranaike dan ibunya Sirimavo Bandaranaike.

Di Filipina, apabila calon Presiden Benigno “Ninoy” Aquino dibubuh, isterinya, Corazon Aquino bertanding dan menang. Kini anak mereka, Benigno Aquino III, menyandang jawatan itu. Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pula adalah anak Presiden Diosdado Macapagal.

Sheikh Hasina Wazed, Perdana Menteri Bangladesh sekarang adalah anak sulung Sheikh Mujibur Rahman, pengasas dan Presiden pertama negara itu manakala Begum Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri, adalah janda Presiden Ziaur Rahman yang dibubuh.

Di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menduduki kerusi yang pernah diisi bapanya, Zulfikar Ali Bhutto sebagai Perdana. Zulfikar mati di tali gantung, Benazir mati dalam pengeboman bunuh diri.

Di Argentina, Presiden Néstor Carlos Kirchner digantikan oleh isterinya Cristina Fernandez de Kirchner. Eva “Evita” Peron hampir menjadi Naib Presiden Argentina di samping suaminya kalau tidak kerana mati batuk kering.

Kini, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ibu Kristiani Herawati diuar-uarkan akan bertanding jawatan Presiden apabila tempoh perkhidmatan suaminya tamat.

Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM

Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan.

Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.

Hatta Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita. Wallahualam.
(artikel asal di sini)

Rosmah - Isteri PM Paling Kontroversial ?

Oleh Nazli Ibrahim

Malaysia dengan enam Perdana Menteri (PM) dan tujuh isteri Perdana Menteri semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini dianggap paling kerap diharungi kontroversi yang tidak putus-putus.

Jika era PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diselar oleh seorang lagi bekas PM iaitu PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Najib Razak pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama.

Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM Malaysia apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau.


Memetik lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), edyesdotcom dan beberapa blog lain, Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan ketika era PM terkini itu, diketuai oleh Pegawai Khasnya Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain.

Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan.

Wanita Pertama Negara

Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang.

Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi ‘titik lemah’ Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.

Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib.

Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam satu entri lama di awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Teng cadang Rosmah bertanding pilihan raya

Sementara itu, FMT pula dalam satu temu bual bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim sekitar Oktober tahun lalu, dengan nada sinis Teng turut mencadangkan agar Rosmah bertanding dalam pilihan raya itu nanti.

Selain itu keputusan Najib meletakkan Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini juga ‘dibaca’ sebagai tindakan bagi membolehkan Rosmah lebih berperanan jauh dalam hal ehwal yang membabitkan kementerian tersebut.

Status Sharizat yang hanya sebagai Senator yang bukanlah dipilih rakyat sebaliknya dilantik PM telah memaksa Sharizat hanya bertindak sebagai timbalan atau penasihat kepada Rosmah.

Malahan Rosmah turut diberikan kuasa untuk mengendalikan program Permata yang sepatutnya lebih relevan diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baru-baru ini, ketika Rosmah di Arab Saudi, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelajaran Arab Saudi, Putera Faisal Bin Abdullah Bin Mohamad Al-Saud Royal Suite, Intercontinental Hotel di sana sekaligus seolah membelakangkan Muhyiddin.

Bagi kebanyakan penyokong PR, Rosmah dianggap menghina Islam apabila menjadi penaung Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo, Monaco yang memperagakan ‘busana muslim’ memaparkan nama Nabi Muhammad dalam keadaan terbalik dan mendedahkan aurat wanita.

RM100,000 satu malam bilik hotel

Sementara itu dalam satu ceramah di Taman Bolton, Gombak Isnin lalu, Timbalan PKR, Azmin Ali mendedahkan Rosmah dikatakan telah menginap di Hotel Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,000 dirham atau kira-kira RM100,000 untuk satu malam.

Kontroversi tidak putus melibatkan Rosmah juga mungkin menambah rumitkan Najib apabila kos perbelanjaan isterinya itu ke luar negara dikatakan mempunyai signifikan terhadap peningkatan 40 peratus peruntukkan perbelanjaan lawatan JPM ke luar negara seperti yang diumumkan dalam parlimen tahun lalu.

Keputusan Najib dalam belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada keputusan-keputusan Najib yang menyentuh isterinya itu dibuat berdasarkan nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihatnya termasuk syarikat penasihat komunikasinya yang penuh kontroversi itu atau pun terpaksa menolak nasihat tersebut bagi memberi laluan kepada isterinya itu. - FMT

Saturday, January 15, 2011

Apa Sebenarnya Berlaku Di Antara Najib dan Rosmah ??


Satu soalan mudah lagi tidak bersalah - Apakah Najib tidak mampu menasihati Rosmah ?

Baru-baru ini Najib telah membuka peluang kepada semua pengguna Twitter untuk meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hati terhadap kepimpinan dan peribadinya Najib. Program selama satu jam #TanyaNajib ini telah digunakan sebaiknya oleh pengguna Twitter dengan pelbagai jenis soalan dikemukakan termasuklah yang sinis lagi menggelikan hati.

Tidak memeranjatkan apabila Rosmah menjadi sasaran dalam kebanyakkan tweet #TanyaNajib apabila Malaysiakini sendiri melaporkan dalam artikel yang bertajuk Rambut Rosmah Menjadi Sasaran.

Antaranya ialah;
@NajwanHalimi: Nak #tanyanajib betul ke Rosmah pakai susuk dan main bomoh?

@HilmiIsmaill #tanyanajib How does is feel to sleep next to Rosmah? Mendebarkan tak?

@MrKayMY #tanyanajib @NajibRazak DS Rosmah ke Riyadh sbg wakil kerajaan Malaysia ke? Kalau ye, kenapa dia?

@kev_Q #tanyanajib @NajibRazak Sir, I like your wife's album but where can I obtain the album karaoke version because YouTube seems to delete it.

@aleffush Apa dalam rambut Rosmah?

@NajibRazak. Kenapa banyak kesangsian dalam PERMATA dan sejauh mana kredibiliti Pengerusinya dalam hal ini? #tanyanajib #nkra

Jika dikira semua tweet berbentuk serangan, mungkin kita akan mendapati serangan ke atas Rosmah melebihi tweet yang menyerang Najib. Ini sudah dijangkakan berlaku dan Najib seolah-olah sebenarnya membuka ruang untuk orang ramai mempersenda dan memperlekeh isterinya sendiri sedangkan Najib tidak berani berbuat demikian. Ia sedikit sebanyak menjatuhkan lagi nama baik Rosmah Mansur secara langsung atau tidak langsung.

Sekiranya seorang suami tidak boleh menasihati isterinya, tidak mustahil si suami mengambil jalan lain untuk memalukan isterinya agar ia menjadi pengajaran dan juga menjadi isyarat bahawa apa yang si isteri lakukan selama ini tidak mendapat restu dari suami secara 'indirectly'.

Luahan perasaan terhadap Rosmah yang dilihat lebih sudu dari kuah pastinya akan membuatkan isteri Perdana Menteri itu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang langkah yang melibatkan acara rasmi kerajaan agar tidak dilihat keterlaluan.

Pejabat Bahagian FLOM sebagai satu contoh. Adakah ianya dibangunkan dengan restu Najib apabila pejabat berkenaan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebaris dengan Bahagian Setiausaha Politik JPM. Najib tidak mampu berbuat apa-apa walaupun menyedari penubuhan FLOM pasti akan menyebabkan kredibiliti Najib tercalar apabila rakyat melihat Najib menyediakan sebuah pejabat sebesar satu Bahagian khas untuk isterinya Rosmah.


Twitter #tanyanajib sebenarnya untuk menyedarkan Rosmah dan kali ini saya melihat satu tindakkan yang bijak dari Najib untuk counter isterinya sendiri.


Inilah bahananya rakyat Malaysia hari ini apabila mempunyai seorang Perdana Menteri yang bukan sahaja mempunyai pelbagai masalah dalam karier politiknya, tetapi mempunyai masalah rumahtangga yang dibawa bersama dalam pejabat pentadbirannya. 


Bukan seorang tetapi dua orang ?? 



EDYES @ edyesdotcom
Bersama Mendesak FLOM Dibubarkan !!

Friday, January 14, 2011

Seratus Ribu Satu Malam... Rosmah Si Pembazir Wang Rakyat !!!

Acap kali kita mendengar sepotong ayat yang berbunyi seribu satu malam... Sudin juga pernah tersasul dalam filem Alibaba Bujang Lapok apabila membuat bidding untuk membeli Marjinah seraya menyebut Seribu Satu Malam instead of seribu satu darham...

Hari ini kita akan mendengar satu intonasi baru iaitu Seratus Ribu Satu Malam... lihat berita di bawah dan klik untuk besarkan jika perlu;




Apa-apahal, sila baca dulu blog abang gua di sini sebagai menghormati sumber ilham...

Berapa kampung boleh makan kenduri untuk satu malam, kalau disediakan bajet RM100 Ribu?? Kalau kat Pulau Pinang, boleh bagi RM100 untuk 1000 warga emas untuk tempoh setahun, tetapi dihabiskan dalam satu malam... Cuba fikir, berapa cikgu boleh dibayar untuk tusyen percuma dalam satu malam kalau ada peruntukkan tusyen percuma sejumlah RM100 ribu??

Adakah perbelanjaan yang sebegini besar ditransaksikan melalui F.L.O.M ??

Ini baru cerita satu malam!! Belum lagi kita masuk fasal peruntukkan untuk sebuah Bahagian yang dikhaskan untuk Wanita Pertama Negara iaitu FLOM. Aku serious memang tak boleh agak, berapa banyak duit rakyat yang akan dihabiskan oleh Bahagian FLOM yang tidak sepatutnya wujud !!

Berikut adalah link-link yang berkaitan FLOM Division;





Ayuh Rakyat!! Wang anda sedang digunakan sewenang-wenangnya !!! Ayuh kita bangkit sampai FLOM dibubarkan sesegera yang mungkin !!


EDYES @ edyesdotcom
mode ready and steady




















F.L.O.M Diterjah Pengamal Media !!


KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri, atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Hal ini disahkan sendiri seorang pegawai yang bertugas di bahagian berkenaan ketika dihubungi KeadilanDaily.com, hari ini.

Pegawai wanita itu juga mengesahkan pejabat berkenaan bertujuan menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong.

Mengulas hal itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan perbuatan Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara.

Beliau juga menganggap perbuatan berkenaan sebagai menyalah guna kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya percaya Rosmah kini diberi terlalu banyak kuasa oleh Najib. Perbuatan ini adalah suatu penderhakaan,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, Rosmah hanya isteri kepada Perdana Menteri, bukan menyandang sebarang jawatan menteri hingga memerlukan beliau memiliki pejabat sendiri di Putrajaya, apatah lagi atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia.

“Peranan isteri PM adalah melengkapi tugas-tugas PM berkaitan aspek sosial. Rosmah sepatutnya mengambil peranan sebagai ibu kepada rakyat Malaysia. Bukannya membazir wang rakyat dengan penubuhan bahagian itu.

“Tentunya, ia melibatkan kos kerana memerlukan kakitangan untuk digaji,” kata Fuziah lagi.

Perbuatan Rosmah itu turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya, edyesdotcom.blogspot.com.

Kewujudan Bahagian Wanita Pertama itu bermakna kedudukan Rosmah sebagai isteri PM, kini sekurang-kurangnya setaraf dengan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

Perlembagaan Malaysia selama ini memaktubkan Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama.

Sebenarnya, ini bukan pertama kali Rosmah ‘mengangkat’ dirinya sebagai Wanita Pertama. Baru-baru ini, beliau menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menghabiskan sebanyak RM4.5 juta.

Sebelum ini, beliau juga pernah memaparkan dirinya sebagai First Lady melalui satu iklan di New York Times. - KeadilanDaily


EDYES wrote:

Saya menyeru lebih ramai lagi blogger untuk pickup berita ini, lebih ramai wartawan dan pengamal media lain terjah pintu pejabat FLOM !!

Kita akan pastikan Pejabat Bahagian (Division) First Lady of Malaysia F.L.O.M dibubarkan SEGERA!!

Sila refer entri di sini dan di sini untuk mengenali F.L.O.M dan mengetahui apakah kaitannya dengan isteri Perdana Menteri.

Thursday, January 13, 2011

GEMPAR !!! Kaitan F.L.O.M Melalui Datuk Azizah dengan Rosmah dan PERMATA !!


Siapa Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod ?

Nama Datuk Siti Azizah Sheikh Abod adalah dilihat sebagai rank yang pertama di dalam protokol pengurusan Bahagian F.L.O.M sepertimana yang tertera di laman rasmi Pejabat Perdana Menteri.

Sila baca berita di bawah (dan klik link untuk berita penuh) terlebih dahulu, maka kita akan kenal serba sedikit 'kaitannya' dengan Rosmah;

Pengerusi Jawatankuasa Projek Perintis Permata Negara, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod berkata, kanak-kanak yang terpilih untuk beraksi bersama Rossa dalam ”Konsert Rossa-Melodi Cinta” terdiri daripada mereka yang cemerlang dan berbakat dalam akademik, seni koir serta muzik.

"Penampilan kanak-kanak ini adalah ekoran kekaguman Rossa terhadap usaha (isteri Perdana Menteri) Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggilap bakat dan kecemerlangan kanak-kanak dalam bidang seni”, katanya pada sidang media Konsert Rossa-Melodi Cinta.

Beliau berkata, Rosmah bersetuju menjadi penaung kepada konsert itu selain menyaksikan penampilan khas kanak-kanak Permata tersebut pada malam konsert berlangsung.

http://www.penguin.com.my/?m=hiburan&c=hiburan_detail&code=Konsert_Rossa_Dimeriahkan_Kanak-Kanak_Permata
Satu lagi berita bergambar seperti di bawah, menunjukkan Datuk Siti Azizah pernah menjawat jawatan KSU;
Haslina (kiri) menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang pertama, Datuk Siti Azizah Abod yang hadir sebagai tetamu kehormat di majlis pelancaran Muzikal Uda dan Dara sambil diperhatikan oleh Juhari. - Foto oleh IQMAL HAQIM ROSMAN http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&file=/2010/6/26/mstar_hiburan/20100625170349
Mari kita lihat dan fikir, kalaulah Jun tahun 2010 Datuk Siti Azizah masih lagi seorang KSU, ini bermakna penubuhan F.L.O.M adalah pasca Jun 2010 - satu departmen yang baru ditubuhkan ! klik sini untuk lihat pendedahan pertama FLOM dalam entri sebelum ini. Berapa pulak agaknya gaji untuk seorang bekas KSU yang bertugas dalam pejabat FLOM ini?

Menurut sumber yang saya perolehi Datuk Azizah adalah kawan rapat kepada Rosmah dan Najib. Pernah sama-sama belajar suatu masa dulu dan hubungan bertambah akrab ketika Datuk Azizah jadi TKSU MINDEF.

Datuk Azizah juga dilihat sebagai seorang Pegawai Khas kepada Rosmah dan akan selalu bersama dalam kebanyakkan lawatan Rosmah ke luar negara di mana Datuk Azizah menjadi pengiring utama. Gambar di bawah adalah satu contoh;


Cerita fasal lawat-melawat ke seluruh dunia, seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini, kos perbelanjaan JPM dalam perkara lawatan meningkat 40%! Ini baru perbelanjaan dari segi lawatan, belum perkara lain lagi. Lihat gambar di bawah;


Jadi sekarang telah dapat kita lihat apa kaitannya antara Rosmah Mansor dan Datuk Siti Azizah Abod, apa kena mengena di antara Rosmah dan FLOM.

Persoalan ini perlu dijawab SEGERA!! Satu pejabat bahagian yang sebaris dengan pejabat besar di bawah JPM telah dinamakan sebagai FLOM, dan ianya berkait dengan Rosmah Mansur! FLOM yang sinonim dengan perkataan First Lady of Malaysia difahamkan baru sahaja ditubuhkan semata-mata untuk permata Rosmah ??

Fahami entri ini dan entri sebelum ini di sini sefaham yang mungkin dan anda pasti dapat melihat satu pembaziran besar-besaran telah berlaku dan lebih menyedihkan, ia seolah-olah merasmikan sebuah bahagian yang khas untuk Isteri Perdana Menteri. Dinamakan pula bahagian itu - FIRST LADY OF MALAYSIA Division !! F.L.O.M !!!



EDYES @ edyesdotcom
mode C4

PENDEDAHAN XCLUSIF!!! FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M !!

BAHAGIAN F.L.O.M.

Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod
Pegawai Khas

Saleha binti Mohd Rabani
Pembantu Peribadi

G. Vimala
Pen. Pegawai Tugas Khas

Siti Zaiton binti Abdul Ghani
Pembantu Peribadi

Rizal bin Mansor
Pen. Pegawai Tugas Khas

Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed
Pen. Pegawai Tugas Khas


FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M

Kegilaan ini harus ditamatkan segera!!

Siapakah sebenarnya 'First Lady' dalam negara sistem raja berpelembagaan? Bukankah ianya hak milik kepada YTM Permaisuri Agong??

Satu persoalan yang kerap ditanya-tanya dan jawapan sebenar masih kelabu. Tetapi sejauh mana kelabunya jawapan kepada persoalan siapakah Wanita Pertama Negara, ia tidak pernah menjadi satu kebenaran untuk digunakan samada secara rasmi ataupun tidak rasmi ke atas sesiapa sahaja dalam negara ini waima isteri kepada Perdana Menteri.

Apabila istilah 'First Lady' ini digunakan walaupun secara tidak rasmi, ia satu pengkhianatan ke atas institusi Agong. Apatah lagi jika istilah tersebut digunakan secara rasmi, pasti si 'pencuri' istilah diraja itu harus dihukum dan dibuang negeri!

F.L.O.M Divisyen - Apakah fungsinya bahagian ini apabila ia diletakkan sebaris dengan bahagian lain dalam carta organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah ianya untuk 'menjaga' kebajikan isteri kepada Perdana Menteri? 



Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.

Ia termasuklah mengurus untuk mendapatkan bajet-bajet yang tidak masuk akal seperti berlangsungnya Sidang Kemuncak "First Ladies" yang diadakan pada 11 hingga 13 Oktober tahun lalu di sebuah hotel terkemuka negara. Apabila konvensyen yang dihadiri oleh kebanyakkan Wanita Pertama negara-negara Afrika itu menelan belanja RM4.5 juta untuk period 3 hari, apakah ia masuk dek akal?

Tidak cukup dengan PERMATA, peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri juga disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Apakah ianya berkait rapat dengan penubuhan FLOM dan menjadi jalan kepada apa jua bentuk 'perniagaan'. Hapuskan kegilaan ini segera!!

Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri.

Hari ini, ketika Najib mengarahkan rakyat marhein mengubah cara hidup dengan mengurangkan pelbagai jenis subsidi sebagai isyarat, sepatutnya berasa malu kerana membenarkan tertubuhnya sebuah pejabat Isteri Perdana Menteri. Penubuhan FLOM Divisyen ini juga menunjukkan betapa urusan pentadbiran negara sedikit sebanyak telah bercampur-aduk dengan perihal rumah tangga. Adalah lebih baik Najib mengumumkan satu jawatan menteri khas untuk isterinya.

Bilakah FLOM ditubuhkan? Untuk pengetahuan semua, nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh cukup terkenal kerana terlibat dalam perjumpaan Saiful Bukhari untuk memohon biasiswa di Pejabat Perdana Menteri. Anda melihat nama Khairil Anas sebagai salah seorang pegawai tertinggi dalam carta laman web JPM, tetapi adalah menjadi pelik apabila tidak seorang pun perasan kewujudan FLOM yang cartanya sedikit atas dari kedudukan nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh sedangkan nama Khairil Anas merupakan satu nama yang mempunyai kekerapan tinggi dalam enjin carian ketika namanya meletup satu masa dulu.

Sehingga hari ini, berapakah bajet yang telah dibelanjakan oleh FLOM tidak diketahui. Untuk apa bajet dikeluarkan? Apa yang dibelanjakan? Adakah ianya perlu dan berkepentingan? Sekadar mana keperluan Bahagian FLOM ini relevan? Apakah penubuhan Bahagian FLOM ini menjadi punca akan perbelanjaan dan peruntukkan untuk JPM jauh meningkat pada tahun ini ?? 

Justeru, kita sebagai rakyat harus mendesak agar bahagian yang tidak perlu seperti FLOM ini dibubarkan segera kerana tidak nampak akan keperluannya untuk kepentingan negara, selain daripada suatu pembaziran yang nyata. Kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji yang lumayan terhadap setiap staf-staf yang bekerja di bawah pentadbiran bahagian FLOM. Ia termasuk juga gaji untuk pegawai-pegawai tertingginya yang pasti ada yang mencecah belasan ribu. Semua pembayaran ini untuk apa jika tidak untuk isteri Perdana Menteri dan kroninya?

Kepada wartawan, sila jalankan tugas anda untuk membuat terjahan ke Pejabat Bahagian FLOM di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Cuba tanya Najib apakah fungsinya Department First Lady of Malaysia dan tanya sama Rosmah, betulkah bajet FLOM melebihi bajet untuk pembangunan orang asli dan pembangunan Islam di negara ini? Sedikit keberanian pasti mengubah segala-galanya. Saya menunggu wartawan berani untuk memecah kebuntuan FLOM!!

Last but not least, mungkin ada yang bertanya, apakah kaitnya FLOM dengan isteri Perdana Menteri? Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah FLOM ini benar-benar ditubuhkan untuk Rosmah?  

Harap sedikit lagi bersabar, akan saya bentangkan dalam satu lagi sesi pendedahan Divisyen First Lady of Malaysia! FLOM belum berakhir di sini dan akan diteruskan sehingga Department FLOM dibubarkan !!

Lihat Laman Rasmi JPM di Sini - http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947


EDYES @ edyesdotcom
mode menyerang !


F.L.O.M - Satu Organisasi yang Harus Dilingkupkan!!

Sebelum saya mendedahkan organisasi lahanat nie, ingin saya maklumkan bahawa esok pemuda umno nak bakar buku jingga di Masjid Kampung Baru, kononnya kerana cadangan buku jingga itu tidak menghormati ketuanan melayu.

Lihat apa yang UMNO tentang!! Buku Jingga yang menjadi lambang pembelaan ke atas rakyat menjadi sasaran mereka! Nyata sekali, mereka tidak langsung menghiraukan nasib rakyat tetapi hanya pentingkan kekuasaan yang dilapik dengan sebuah pembodohan rakyat - Ketuanan Melayu!

Sedangkan Pakatan Rakyat terus mercu ke hadapan dengan Ketuanan Rakyat menjadi slogan harapan.

Oleh kerana itu akan dedahkan satu organisasi yang sepatutnya kita lawan dan tentang habis-habisan. Kemuncak kegilaan organisasi ini harus ditamatkan segera!!

Maklumat sekarang sudah ada dalam tangan. Harap ianya selamat didedahkan dalam sejam dua lagi. Harap tenang dan sabar.

EDYES @ email BB
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone