Sendal Pintu di Tingkap Kereta...
Salam santai,
Korang perasan tak sendal pintu di tingkap kereta tu? Kalau tak perasan tolong klik gambar tu untuk gambar lebih besar.
Sepatutnya sendal pintu duduknya mestilah di kaki pintu, tetapi sendal pintu ini terlekat di tingkap kereta. Sendal pintu bukan sebarang sendal, ia menjimatkan RM165. Bagaimana penjimatan ini berlaku?
Cermin tingkap dah rosak, ini adalah masalah biasa untuk kereta nasional. Bagi menukar mesin tetingkap kereta waja, ia memerlukan sejumlah wang RM130 untuk barang dan RM40 untuk upah buruh. Tetapi dengan hanya bermodalkan RM5 sahaja, sepasang sendal pintu boleh dimiliki dan diattached pada kaki tingkap. lantas ia menjimatkan RM165!!
Bukan kerana tidak mampu, tetapi mengapa tidak kita berjimat sehingga kita dapat bonus atau durian runtuh. Bayangkan, selepas kita berjaya membaik-pulih tetingkap yang rosak, sendal pintu ini masih boleh digunakan sebagai sendal pintu.
Justeru, sekali lagi saya mohon para pengunjung untuk lihat betul-betul sendal pintu dalam gambar di atas dan FAHAMkan apa yang patut.
EDYES @ edyesdotcom
edisi entry 2 dlm 1, lintas dari CC koboi Kg Tenang



