Thursday, May 6, 2010

Saya Sokong Pengeluaran Lesen Judi Sempena Piala Dunia!!!


Saya mengucapkan syabas di atas keberanian kerajaan 1Malaysia dengan cadangan ideal mengeluarkan lesen pertaruhan halal sempena kehadiran World Cup dan juga Piala Thomas nanti.

Kita sebagai rakyat tidak harus hanya memandang serong terhadap tindak-tanduk kerajaan. Janganlah kita hanya tahu mengkritik tanpa mengambil kira pandangan dan faktor dari pelbagai sudut.

Memang benar bagai dikata, sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang halal untuk perjudian Piala Dunia, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan yang akhirnya menyebabkan kecacatan dalam pemerintahan negara.

Seperti sebelum ini, saya juga menyokong pemberian kondom percuma kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara-cara menghasilkan zuriat, sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan. Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan, perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.

Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut, pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran, supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai, panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.

Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram, adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi, lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.

Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara. Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen. Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.

Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman. Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata.

Tanpa kerajaan 1Malaysia, sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman. Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton sagat, tiadalah litar F1, tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...

Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !!

Edyes - 6 Mei 2010 - 10.41pm

17 comments:

merbok said...

hehehe lesen judi halal?? hehehe munafik gilaa puak-puak UMCO ni.

Toi'Toi' said...

kelakar abis la artikel tuan ini....

HIDUP 1MALAYSIA!!!

azmie said...

jgn lupo, bori pulak pinjaman tekun untuk sesapo yg nak berjudi

Anonymous said...

Saya rasa Amanah Raya tentu suka dgn perkembangan ini... boleh perbesar portfolio saham dalam syarikat2 judi, selain memegang apa yang sedia ada.

Apa pandangan Dato' Al-Mufti/Al-Mufta?

budakbalun said...

wakakakaka!!

Lesen untuk pelacur??

kalau dibiarkan UMNO nie memerintah lagi lama..
tak mustahil jadi macam tuh!

benn said...

apa kata UMco halalkan dadah dengan ganja.. sebab gua tengok benda ni pun gamen x dapat nak bendung.. hahaha...

ketipak-ketipung said...

Syabas!!

Ini baru lah ciri-ciri pemimpin (khuafah) 1Malaysia. Apa pulak komen tok-tok mufti 1Malaysia pulak.. mengangguk ataupun diam tanda setuju.

Lepas ni boleh lah rakyat 1Malaysia terima bala' bersama-sama. Kalau masuk neraka pun 1Malaysia bersama-sama. Kitakan 1Malaysia..

ismeq ulam raja said...

hahaha..pasni tak payahla pi siam cari ayam,dkt 1m'sia dah ada yg 'halal'...best gila..oh malaysiaku,oh 1m'sia..makmurnya negaraku..kakakaka..percepatkanlah hasrat ini..

anak_muda said...

well said edyes!!..

sekarang ni kes buang bayi kan banyak.. kalau nak cegah pun dah susah.. kalau halang pun orang masih nak buang jugak kan..

so hopefully kerajaan 1malaysia boleh perkenalkan lesen yang membolehkan orang boleh jual bayi2 ni? sekurangnya anak2 tu boleh hidup dan ada 'nilai'.

so rakyat 1malaysia akan ada pendapatan tambahan disebabkan ekonomi yang sedang menguncup sambil mengambil peluang gegala sosial yang makin meningkat.

pagaroyo said...

aku sokong 1001% luluskan sekali lesen utk lempang dan bunuh org dan lesen mencuri sekali. jadikan kepakaran membunuh dan mencuri salah satu pertandingan diperingkat antarabangsa atau boleh mewakili 1malaysia ke sukan sea atau olimpik. kalau tak keberatan bagilah sekali lesen sodomi atau liwat utk sesiapa yg berminat.

Setuju sangat.......... opppps satu lagi terlupa bagi jugak lesen oppss bukan lesen tapi ic/kad pengenalan kpd sesiapa shj pendtg dr negara asing yg masuk ke malaysial secara percuma utk membolehkan meraka ini turut serta dan dapat pangkah kertas undi dalam pilihanraya akan datang agar lebih meriah sambutan pilihanraya nanti.

mesti best tu ada yg bertaruh, ada yg main bunuh-bunuh, ada yang bawak lari duit dari ketua bahagian dsb.... wow betapa meriahnya....cuba korang semua bayangkan........

PecahPerut said...

ini la artikel yang paaaaaaaaaling "BERNAS SEKALI" dan yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling "BIJAK" untuk rakyat Malaysia... Wakakakaka... Pecah perut baca artikel ni..

Anonymous said...

yang menghalalkan apa yg diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah adalah penghuni NERAKA!

Anonymous said...

1Malaysia telah memadamkan Islam Hadhari..

buyung_ans said...

Aku pong nak jadi bookie. Nanti boley ler aku tersenarai sebagai Jutawan Melayu dlm paper.

joegrimjow said...

lol
tunggu ku nye plak
hehehe

yassir said...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

Anonymous said...

sesat atau terencat??both i think..