Thursday, April 3, 2008

Levi Pekerja Asing: RM 10 atau RM 1.5 Billion


Oleh : sulaiman

Cadangan MB Selangor untuk mengenakan levi RM10 sebulan ataupun RM100 setahun telah mendapat bantahan daripada NGO seperti SUARAM. Hasrat murni MB Selangor ialah untuk mengutip dana bagi mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan bagi melatih belia-belia Selangor.

Tanpa latihan, belia Selangor akan tidak dapat bersaing dengan limpahan buruh asing yang dikategorikan sebagai 'murah' dan bersedia untuk bekerja tanpa had. Ini mewujudkan keadaan yang kurang sihat untuk perkembangan dan kemajuan Malaysia. Tambahan pula, kebanjiran pendatang asing yang sesetengahnya tanpa permit mengakibatkan peningkatan kadar jenayah di kawasan setempat.

Justeru, usaha mengadakan latihan ini wajar di sokong. Berkenaan dengan kutipan dana, kerajaan pusat wajar memberikan geran latihan kepada negeri-negeri memandangkan kerajaan pusat telah mengutip tidak kurang RM 1.5 BILION setahun levi pekerja asing di Malaysia (Sumber : KERTAS PERINTAH 40A TAHUN 2006, DEWAN RAKYAT). Melalui geran ini, maka negeri-negeri boleh mengadakan program latihan spesifik bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia Malaysia.

Kita mahu belia Malaysia menguasai minimun suatu kemahiran pertukangan yang membolehkan mereka bekerja sendiri. Contoh kemahiran ini seperti bidang elektrik, permotoran, perkhidmatan restoran, penghawa dingin,'welding' dan sebagainya. Setakat ini, kemudahan latihan yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia dan MARA adalah amat terhad.

Rumusannya : Bantahan untuk mengenakan levi RM10 sebulan ini, sepatutnya tidak menyebabkan hasrat murni MB Selangor untuk mewujudkan dana latihan belia Selangor terbantut. Program latihan yang tersusun akan menyelamatkan remaja belia ini daripadal lembah penagihan dadah, jenayah, rempit dan menukarkan mereka menjadi warganegara yang produktif dan berjaya untuk berdikari bagi membina kehidupan di bumi Selangor ini.

komen Arahman :

Itu Dah Murahlah Tu Rm10 Sebulan .. Masa Saya Kerja Kat Singapore Dulu Pada Tahun 90 'An Pun Dah S350 Sin Dollar X Rm 1.85 Lebih Kurang Rm647.50 Pada Masa Tu Sekarang Ni Tak Tahulah Berapa.. Itu Kita Boleh Tanya Member² Kita Yg Masih Kerja Kat Singapore.... Saya Memang Setuju Sangatlah Kalau Kerajaan Selangor Nak Kenakan Levi...

komen flykite77:

Saya nak komen pasal suaram. Mereka melalak kerana mungkin ada ulterior motive. Yg keduanya, kalau dilihat, jumlah yg dikutip olih kerajaan pusat besar, ada masyuk kot?!. Kera atau alah harimau lah, lgi senang dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Sampai bila kita nak bergantung dgn pekerja2 asing. Otak suaram ni bongok dan bengap sekali.

edyes wrote :

Takkan kita jer yang nak terkena? Orang kita kerja kat Singapore kena levi berganda-ganda, orang PADI (Pekerja Asing Dengan Izin) dikenakan levi dalam RM450 + Fomema RM190. ok saya buat terang2 skit kat bawah nie.

levi = RM450
Fomema = RM190

Jumlah yang Kerajaan BN kaut dari seorang PADI bagi setahun ialah = RM640

Jumlah yang dicadangkan oleh MB Selangor ialah RM 10 sebulan atau RM120 setahun DEMI pembangunan anak anak watan !! kalau betul kerajaan concern pasal kebajikan pekerja asing, kenapa tak dikurangkan levi dan fomema itu sebanyak 20% dan salurkan kepada pembangunan belia negara??

Kita mesti pandang positif kepada cadangan YAB menteri besar kerana apa yang hendak diketengahkan ialah pembangunan insan yang lebih baik, bukan hanya bergantung kepada MARA semata-mata ! saya akhiri dengan sebuah pantun empat kerat;

kera di hutan disusukan...
anak di rumah mati tak makan...
janganlah berfikiran macam setan...
perjuangan bangsa wajar diteruskan!!!

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan