Ahli Umno sabotaj 22 DUN, 14 parlimen
Nash Rahman Apr 6, 08 1:40pm
Barisan Nasional, khususnya Umno, tewas di 14 kerusi parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum 8 Mac kerana perbuatan sabotaj ahli Umno sendiri. Ketika mendedahkan demikan, presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tanpa sabotaj, BN dapat mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Dalam pilihanraya umum lalu, BN mendapat 140 kerusi parlimen - kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga. Umno tewas di 31 kerusi parlimen apabila hanya mampu mempertahankan 78 daripada 109 kerusi yang dimenanginya pada 2004.
Menurut Abdullah lagi, jika tidak berlaku sabotaj dalam kalangan ahli-ahli Umno di 22 kerusi DUN tersebut, BN tidak akan kalah di Kedah dan Perak. Menurutnya, semua kerusi parlimen dan DUN terbabit merupakan "kawasan putih" dan BN tidak menghadapi masalah untuk memenanginya, jika tidak berlaku sabotaj tersebut.
edyes wrote :
Seperti biasa, ‘mereka’ sekali lagi menyalahkan orang lain dalam hal kejatuhan UMNO dan BN pada temasya PRU12. Apakah ini hasilnya paklah berdiam diri selama beberapa minggu? Kononnya, BN masih boleh mengekalkan majority 2/3 jika tiada sabotaj berlaku. Jika inilah yang diperkata oleh paklah dan disokong oleh penjilat setia, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa ‘mereka’ masih angkuh dan tidak memperhalusi punca-punca kekalahan yang sebenar dengan bahasa senangnya – tidak mengaku salah !!
Apakah maksud sabotaj? Mengapa sabotaj itu terjadi? Tidak salah jika dikatakan bahawa sabotaj itu berlaku setelah bahagian-bahagian yang terlibat itu di’sabotaj’ terlebih dahulu. Sebagai contoh, senarai pencalonan telah diubah di saat akhir dengan meletakkan proxy orang tertentu bagi mengukuhkan penguasaan dalam kerajaan. Oleh demikian, pucuk pimpinan UMNO harus bertanggungjawab penuh di atas kejadian sabotaj ini dalam mana-mana sudut sekalipun.
Pada pandangan umum, kita seharusnya tahu bahawa kejadian seumpama sabotaj ini berlaku atas kelemahan sendiri, bukanya sebagai ‘cerita’ untuk menagih simpati atas kekalahan teruk pada 8 Mac lalu.
Kepada paklah dan rakan-rakan, jika benar UMNO tiada masalah di detik ini, jika benar UMNO itu kuat seadanya, jika benar tiada kucar-kacir dan huru-hararey yang berlaku, sila tumpukan perhatian kepada pembangunan rakyat. Jangan ber’press confrence’ lagi dan tinggalkan segala isu ‘pengunduran’ ini segera lantas menumpukan perhatian kepada memperkasakan ekonomi dan janganlah tindas kami lagi dengan kenaikkan harga barang.
Kami menanti langkah kerajaan seterusnya dalam konteks membasmi kemiskinan dan jika kerajaan sekarang sudah tidak mampu membereskan masalah rakyat, nantikanlah kedatangan kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat !!! yakni kerajaan untuk rakyat !!
>
PS: HARGA MINYAK TURUN 30SEN SERTA MERTA DAN SEMUA JENIS YURAN PERSEKOLAHAN DIMANSUHKAN !!!
No comments:
Post a Comment