Wednesday, April 2, 2008

TERKINI : Pak Lah Nafi Letak Jawatan

Pak Lah nafi letak jawatan

Apr 2, 08 7:46pm

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan spekulasi yang beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sumber : malaysiakini

edyes wrote :

Masih menantikan ulasan lanjut. Di mana paklah nafikan? press confrence mana?

Masih teringat lagi sebelum PRU12 tempoh hari, paklah menafikan bahawa parlimen akan dibubarkan. 'flip-flop' dengan tak semena-mena pada hari yang sama, paklah mengumumkan pembubaran parlimen!!

Adakah perkara yang sama akan berulang...? adakah besok paklah akan letak jawatan ? tidak tunggu 13 April??

updated berkaitan :

Undur: MT mesti jujur beritahu PM

Apr 2, 08 7:27pm

Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno mesti berani berterus terang kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada beliau perlu berundur sebagai presiden Umno, kata Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Bekas exco kerajaan negeri itu berkata, mereka tidak harus berpura-pura tetapi hendaklah bersikap jujur dan berani memberikan pandangan kepada presiden Umno itu."MT harus beri pandangan secara terbuka kepada Datuk Seri Abdullah, kalau beliau perlu undur, MT harus beri pandangan."Kalau tak perlu undur, MT harus berikan sokongan padu dan bekerja untuk memulihkan parti," katanya kepada pemberita di Raub hari ini.

Shahiruddin mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong di bawah parlimen Raub dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti 3,391 undi.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan