Tuesday, April 8, 2008

Berkenaan kes Ternakan Khinzir di Selangor

Berkenaan kes Ternakan Khinzir di Selangor.

Tolong jangan salah faham... kita semua tahu propaganda dari BN yang menggembar-gemburkan perkara yang sensitif begini. Sudah menjadi lumrah kepada mereka yang kalah kerana mereka tiada jalan lain untuk menghentam Pakatan Rakyat.

Dari itu, yang pertama-tama sekali, kita sebagai warga yang cerdik-cerdas harus bersikap lebih tenang dalam menterjemah maklumat yang kita terima. Soalanya di sini, yang mana lebih baik ?

Diulangi, yang mana lebih baik ?


A) Lebih dari 100 tempat pembiakkan khinzir di merata ceruk selangor sehingga apabila JE atau pencemaran barulah diketahui akan kem-kem khinzir ini dan semestinya pencemaran berlaku sewenangnya kerana pertumbuhan ladang ternakan ini tidak terkawal & tidak mengikut prosedur alam sekitar.


B) Dengan Peruntukan 100juta, hanya satu tempat dimajukan untuk penternakan khinzir ini dan dibangunkan dengan sistemetik serta sistem perkumbahan yang membantu dalam konteks alam sekitar.

Dapatkah tuan2 yang bijaksana membezakan antara impak A dan B...?

Cerita pasal khinzir.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, penternakan khinzir ini bukan bermula dari tahun 2008 atau lebih tepat selepas 8 Mac 2008. Jangan kita lupa pada tahun 1999 kalau tak silap, penyakit JE melanda beberapa negeri di Malaysia dan negeri saya yang paling teruk dilanda wabak ini iaitu N.Sembilan di bawah Dato’ Seri Utama Tan Sri Isa Samad.

Tahukah anda, mengapa di antara tauke lembu, tauke kambing dan tauke khinzir, kita akan dapati tauke khinzir 10 kali lebih cepat kaya dari tauke lembu dan kambing? Jawapanya mudah. Sekali khinzir beranak, sedozen keluar atau 12 ekor berbanding dengan lembu dan kambing iaitu hanya seekor.

Oleh demikian, mana-mana pihak yang terlibat dengan penternakan khinzir ini semestinya untung besar. Jangan tak percaya bahwa dalam dunia ini ada juga orang Islam yang tutup mata pekak telinga demi untuk dapat keuntungan pantas sebegini. Diorang boleh cakap, "duit mana yang tak haram kat Malaysia ni…"

Berbalik semula kepada pertumbuhan ladang ternakan khinzir yang tak terkawal tadi, percayalah bahawa anda semua tidak ketahui di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang agak terpencil, khinzir khinzir berkeliaran umpama lembu-lembu di New Zealand. Siapa tahu? Anda takkan tahu melainkan anda mempunyai helicopter atau ada sedara mara yang kerja di jabatan ukur. Dengan pertumbuhan yang tak terkawal ini jugalah pencemaran alam sekitar umpama tidak boleh dielakkan kerana poket-poket yang penuh itu tidak pernah membusukkan ‘mereka’.

Tidak terfikirkah anda semua, ‘mereka’ ini membuat keuntungan dari sini. Dari konteks ini mereka menjadi senang lenang. Dengan duit rakyat yang mereka songlap itu, mereka bertambah kaya lagi dengan cara yang mudah sebegini. Saya bukan bermaksud ‘mereka’ itu adalah melayu tetapi tak mustahil ada yang terlibat. Walau cina sekalipun, adakah kita sanggup membenarkan mereka menjadi tauke khinzir mencari untung yang mencemar keindahan alam??

Jadi, adalah menjadi satu kelebihan moral dan adalah sangat praktikal bagi kerajaan campuran negeri Selangor untuk memperuntukkan 100juta bagi membangunkan pusat penternakkan khinzir DENGAN teknologi baru yang boleh meng’nyah’cemar alam sekitar dari mana-mana aspek sekalipun.

Sama-samalah kita berdoa, agar dengan langkah ini, Selangor akan lebih baik dan saya yakin langkah yang di ambil ini adalah suatu yang positif.

Please think out of a box and believe WE can do better.

1 comment:

mafizah said...

Sifat Turunnya Nabi Isa ‘alaihissalam dan Pembunuhannya Terhadap Dajjal
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisahkan dalam haditsnya: “(Lalu Dajjal datang ke gunung Iliya, sehingga ia mengepung sekelompok dari kaum muslimin). (Maka kaum muslimin diliputi rasa takut yang sangat), (sehingga orang-orang lari dari Dajjal menuju gunung-gunung).” Ummu Syuraik mengatakan: “Wahai Rasulllah, di mana orang-orang Arab ketika itu?” Beliau menjawab: “Mereka ketika itu sedikit dan imam mereka seorang lelaki shalih.” [Rasulullah mengatakan: “Al-Mahdi dari kami, ahlul bait (dari anak keturunan Fathimah).”] (Allah menyiapkannya dalam waktu semalam) (namanya sesuai dengan namaku, dan nama ayahnya sesuai dengan nama ayahku) (dahinya lebar dan hidungnya mancung), (ia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kecurangan dan kezhaliman), (ia berkuasa selama tujuh tahun).”
Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dua kelompok dari umatku yang Allah lindungi mereka dari neraka. Satu kelompok memerangi India dan satu kelompok bersama Isa bin Maryam.”
Beliau juga mengatakan: ”Barangsiapa di antara kalian yang mendapati Isa, sampaikanlah salam dariku. Maka tatkala imam mereka hendak maju untuk mengimami mereka shalat Shubuh, tiba-tiba turun kepada mereka (dari langit) Isa bin Maryam di manaratul baidha (menara putih), sebelah timur Damaskus1 di antara dua pakaian yang dicelup dengan wewangian Za’faran. Ia letakkan dua telapak tangannya di atas sayap-sayap malaikat. Bila ia menganggukkan kepalanya, maka menetes. Dan bila ia angkat berjatuhan darinya butir-butir perak layaknya permata. Sehingga tidak halal bagi seorang kafir yang mendapati desah nafasnya kecuali ia akan mati, padahal desah nafasnya berakhir sejauh pandangannya2. Tidak ada antara aku dengan dia nabi –yakni Isa– dan ia pasti turun. Dan bila kalian melihatnya maka ketahuilah dia seorang lelaki yang tingginya sedang, agak merah dan putih, antara dua pakaian yang berwarna agak kuning, seakan-akan kepalanya meneteskan air, walaupun tidak basah, lalu ia memerangi manusia agar masuk Islam, menghancurkan salib, membunuh babi, menghilangkan jizyah, dan pada masanya Allah hancurkan agama-agama seluruhnya kecuali Islam.” Dan beliau bersabda: “Bagaimana kalian bila putra Maryam turun di tengah-tengah kalian sedang imam kalian (dalam riwayat lain: dan ia mengimami kalian) dari kalian?” Ibnu Abi Dzi`b (salah seorang rawi hadits, pent.) mengatakan (kepada Al-Walid bin Muslim, rawi hadits yang lain, pent.): “Kamu tahu apa maksudnya ‘ia mengimami kalian dari kalian?’ Aku katakan: ‘Kamu beritahukan kepadaku?’ Ibnu Abi Dzi`b menjawab: ‘Ia memimpin kalian dengan kitab Rabb kalian dan Sunnah Nabi kalian’.”

NABI ISA DITURUNKAN UNTUK MENGHANCURKAN SALIB DAN MEBUNUH BABI, KENAPA PULA NAK CADANG BELA LAGI..SEPATUTNYA MENCARI JALAN MENIADAKANNYA…..FIKIRKAN…

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan