Wednesday, April 16, 2008

Lagi desakan agar PM berundur !




Gelombang desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada perdana menteri dan presiden Umno nampaknya berterusan ke Selangor.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua bahagian di negeri berkenaan.

Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk jawatan nombor dua kerajaan dan parti.

Manakala yang satu lagi berbunyi "segerakan peralihan kuasa! Datuk Seri Najib - presiden, Tan Sri Muhyiddin - timbalan presiden".

Pertemuan tersebut dijadual bermula jam 4.30 petang ini.
-malaysiakini

edyes wrote:

BERSATU KITA BERSATU...
Dengan Setia Berganding Bahu...
Jiwa Teguh Berpadu...
Kita Rumpun Melayu.....

No comments: