Wednesday, April 2, 2008

Pertembungan Khairy-Khir Toyo



Pertembungan Khairy Jamban - Khir Jambu
Nash Rahman Apr 1, 08 12:47pm

Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka mengotakan janjinya untuk tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda Umno dan perebutan jawatan itu bakal menyaksikan pertembungan antara dua 'musuh tradisi' - Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan naib ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin." Kali ini kita akan dapat melihat kekuatan sebenar Khairy yang selama ini didakwa banyak bergantung kepada pengaruh bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata seorang pemimpin Umno bahagian di Selangor.

Katanya, begitu juga dengan Dr Mohd Khir yang kini bukan lagi menjadi menteri besar Selangor dan telah melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.Ditanya sama ada Hishammuddin akan melepaskan jawatannya bagi membolehkan Dr Mohd Khir berentap dengan Khairy, pemimpin itu berkata:"Sebagai seorang yang berwibawa, Datuk Seri Hisham mesti mengotakan janjinya selepas dipilih semula pada 2004, bahawa beliau akan memegang jawatan tersebut untuk sepenggal sahaja lagi," katanya.

Mesyuarat perwakilan Umno peringkat cawangan bermula pada 17 Julai hingga 24 Ogos, dan mesyuarat peringkat bahagian pada dari 9 Oktober hingga 9 November.Hishammuddin menjadi ketua Pemuda Umno tanpa bertanding sejak 2000 selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada sepupunya Datuk Seri Najib Tun Razak.


edyes wrote :

Kita akan lihat sejauh mana kekuatan Khairi Jamaluddin di persada pemuda UMNO. Dari pelbagai aspek, tiada orang lain yang layak menggantikan jawatan ketua pemuda yang bakal dikosongkan oleh dato hisham. Itu adalah perkiraan bagi mereka yang tidak tahu betapa bencinya ahli2 UMNO lain terhadap individu yang dikatakan antara punca utama kekalahan BN pada PRU-12 lalu.

Mungkin sebelum ini KJ begitu kuat kerana kelantanganya bersuara dan dianggap hero pemuda yang bakal menggantikan Dato Hisham untuk mengangkat keris UMNO di PWTC suatu hari nanti. Namun dari sudut sokongan akar umbi serta sikap 'over'nya itu membuatkan lebih ramai yang meluat. Begitulah resam, selaju mana naiknya pemimpin itu, sederas itulah jatuh terlungkupnya.

Bagi pihak Khir pula, sudah pasti medan ini dijadikan gelanggang untuk membalas dendam kerana terdapat dakwaan bahawa KJ menggunakan pihak media untuk 'menyerang' Khir Jambu sewaktu beliau menjadi menteri besar Selangor.

Kedua-dua pihak akan bertempur di atas padang yang rata kerana kali ini, paklah sudah pasti tidak dapat menolong menantunya ini kerana kedudukan paklah sendiri yang 'goyang' menangkis serangan dari dalam. Sama-sama kita nantikan, adakah khairy dapat membeli perwakilan dengan uwangnya yang melimpah ruah itu.

No comments: