Wednesday, April 2, 2008

Lanjutan Ketua Pemuda Umno Bahagian diheret keluar dewan


PETALING JAYA, 1 April (Hrkh) - Seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Selangor diheret keluar dewan oleh orang ramai hari ini dalam program Forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 berikutan cadangannya supaya bekas Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Abwar Ibrahim diajak masuk semula ke dalam Umno.


Aznizam Adham yang bangun berucap dan mendakwa menyampaikan pandangan kalangan pemuda elit terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tersalah 'gelanggang' hingga menyatakan cadangan sedemikian.

Beliau pada mulanya melontarkan idea supaya Umno dipulihkan selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu dengan agenda pembaharuan. Namun berikutan menamakan Anwar dalam cadanngannya itu, Aznizam yang memakai baju bewarna cokelat gelap diheret oleh beberapa orang pemuda dan penonton, sementara penonton yang lain turut bertempik marah dengan cadangan Aznizam.

Keadaan menjadi kalut kira-kira 5 minit sebelum ditenangkan oleh pengerusi forum dan beberapa orang pengawal bagi pihak penganjur. Turut hadir dalam program itu ialah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo; Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi; anak Tun Mahathir, Dato' Mukriz, Tan Sri Sanusi Junid; Dato' Mohd Khalid Yunus; Dato' Hassan Ahmad; Dato' Rejal Arbee, Marina Mahathir dan kira-kira 2000 penonton.



edyes wrote:


Nama ketua pemuda ini ialah Aznizam Adham, ketua pemuda bahagian mana saya kurang periksa tetapi dalam negeri selangor.


Malam tadi, forum anjuran mykmu.net ini disiarkan di Buletin Utama tetapi tiada laporan mengenai ketua pemuda yang di heret. Ingin juga saya dengar sendiri apakah soalan yang membuatkan ahli-ahli UMNO menjerit ketakutan. Laporan B.Utama itu juga menunjukkan sesi soal jawab bersama Mukhriz, Khir Jambu dan Dr. M sendiri walaubagaimanapun tidak menyiarkan kekecohan yang berlaku. Itu sudah pasti kerana ketelusan itu telah lama pupus dalam UMNO dan TV3.


Apapun, saya memandang tinggi akan keberanian Aznizam dan berharap beliau akur dengan tindak tanduk parti pilihanya yang sudah tidak lagi releven.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan