Monday, April 14, 2008

Perhimpunan Anwar tiada permit

Perhimpunan Anwar tiada permit
Apr 13, 08 9:36pm

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata PKR tidak memohon permit untuk perhimpunan 'Black 14' di Kelab Sultan Sulaiman esok malam.

Parti itu, tambahnya, hanya menghantar surat pemberitahuan kepada polis mengenai majlis makan malam pemimpin PKR bersama rakyat.Beliau berkata polis menerima surat mengenai majlis makan malam itu bertarikh 8 April lalu yang ditandatangani Yahya Shahri, iaitu pegawai khas kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Surat itu menyatakan hasrat PKR untuk mengadakan jamuan makan malam bersama wakil rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada pukul 8 malam esok dan akan dihadiri oleh penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Muhammad Sabtu berkata walaupun majlis makan malam itu di buat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu."Sekiranya mereka hanya menggunakan dewan itu dan tidak mengganggu kawasan sekeliling serta tidak menarik perhatian umum (dengan menggunakan pembesar suara), kami tidak akan menghalang tapi jika sebaliknya kami akan ambil tindakan sewajarnya," katanya.

Perhimpunan sempena 'Black 14' dan pidato perdana Anwar itu dijangka disertai lebih 10,000 penyokongnya.

edyes wrote :

Pertama, apa bezanya kalau mohon permit, tapi tak pernah berjaya mendapat permit tersebut atau ditolak mentah2 oleh pihak berkuasa ?

Kedua, apakah perlunya permit tersebut di kala Kerajaan BN di hujung tanduk..?

Ketiga, kali terakhir saya bersama DSAI ialah konvoi dari Kg. Baru ke Kg. Limau di lembah pantai dan DSAI menyampaikan pidato dalam keadaan kuyup seperti kami yang di bawah ini... sambutan lebih 50ribu, itu masa belum menang PRU.

dan terakhir, 10 ribu..??? adakah anda percaya media ini..? 10 ribu..??

100 ribu !!!!

Marilah kita berhimpun bersama, mendengar sendiri penjelasan DSAI mengenai Agenda Pakatan Rakyat... sesuatu yang menjanjikan...

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan