Wednesday, April 2, 2008

BERITA PENUH : Paklah nafi letak jawatan



Pak Lah nafi letak jawatan
Apr 2, 08 7:46pm


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan spekulasi yang beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Abdullah mengulangi pendiriannya yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri. "Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan. "Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh...itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab," katanya Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di pejabatnya di Putrajaya.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Abdullah berdepan dengan tekanan yang hebat, khususnya dari kalangan ahli Umno, ekoran prestasi paling buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum sejak 50 tahun lalu.Dalam pilihanraya tersebut, BN kembali berkuasa dengan memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen tetapi hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN juga kehilangan empat negeri kepada barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kedah, Perak dan Selangor merupakan kubu kuat Umno, tetapi terlepas ke tangan pembangkang, serta turut menyaksi ramai pemimpin Umno, termasuk menteri, yang tewas.Manakala kerajaan PAS Kelantan pula berjaya mengekalkan pentadbirannya di negeri itu dengan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri.Umno sendiri kehilangan 31 kerusi parlimen apabila memenangi 78 kerusi daripada 109 kerusi yang dimenangi parti tunggak BN itu dalam pilihanraya umum 2004.

Ekoran itu, pelbagai pihak dalam Umno mendesak supaya perubahan besar-besaran dilakukan dalam Umno, termasuk desakan akar umbi supaya dimansuhkan kuota pencalonan untuk jawatan tertinggi Umno.Mengikut kuota tersebut, calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian, timbalan presiden (20% atau 38 pencalonan), Majlis Tertinggi (10% atau 19 pencalonan) manakala kerusi MT pula memerlukan 5 peratus atau 10 pencalonan.

Di samping itu, bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah juga menyatakan kesediaannya untuk mencabar Abdullah bagi jawatan presiden dalam perhimpunan Umno pada 16 hingga 20 Disember depan.Tengku Razaleigh juga menghantar surat kepada kesemua bahagian Umno di seluruh negara, supaya mendesak pucuk pimpinan parti mengadakan perhimpunan agung tergempar untuk membincang kekalahan Umno dalam pilihanraya umum lalu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, bukan sahaja tidak adil untuk meminta Abdullah meletakkan jawatan, tetapi juga untuk menyalahkan beliau sepenuhnya bagi prestasi paling buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum sejak 50 tahun lalu."Amat tidak adil untuk berulang kali meminta perdana menteri meletakkan jawatan. BN telah menang dengan majoriti besar. "Kita telah memenangi 140 kerusi dalam Parlimen berbanding 82 oleh pembangkang.

Sebagai perbandingan, kita hanya kurang lapan kerusi bagi majoriti dua pertiga," kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Putrajaya petang tadi."Jika perdana menteri adalah punca kepada kekalahan kita, oleh itu kita sepatutnya hilang seluruh negara kepada pembangkang. "Kita kalah kerana terdapat banyak faktor penyumbang yang lain seperti penggunaan blog dan lamanweb untuk menghentam BN," katanya.

edyes wrote :

Sedih jer bunyi nyer nie... macam tak lama lagi jer...

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan