Friday, April 11, 2008

Apa Komen Anda Tentang Gambar Ini ?


MB Ir Nizar bersama ADUN DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pd 18 Mac 2008.Gambar di bawah MB Ir Nizar ketika meluangkan masa di rumah seorang dari 3 mangsa yg terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan. MB Ir Nizar yg boleh bertutur dalam dialek mandarin.hokkien dan kantonese turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yg meratapi kehilangan bapanya. (gambar dibawah tidak mungkin tersiar di media arus perdana).
>
Menteri Besar Perak yang baru Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin memulakan tugas sebagai MB dengan melawat mangsa letupan terowong bawah tanah kilang tepung Malayan Flour Mill di Segari.Dalam kejadian itu tiga pekerja kilang tepung terbunuh manakala empat lagi cedera termasuk seorang parah.Keprihatinan MB yang bergegas melawat mangsa serba sedikit dapat meredakan kesedihan kaum keluarga mangsa yang terlibat. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kemudahan pada MB Perak menjalankan amanahnya untuk seluruh rakyat Perak.
oleh isuhangat
>
edyes wrote :
Tiada apa yang nak dikomenkan, cuma nak tunggu komen dari orang UMNO berkenaan gambar ini. Agak menyayat hati... saya juga memahami perasaan budak ini kerana saya telah melaluinya sewaktu sebaya dengannya...

No comments: