Monday, April 14, 2008

Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat !!!

Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat
Apr 14, 08 12:35pm
kemaskini 2:19pm

Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik.

sumber: malaysiakini

edyes wrote :

MCA dah pecahkan tembelang... seperti artikel saya sebelum ini, telah dijangkakan ada orang melayu berugama Islam terlibat !!! dan lebih menjengkilkan, Orang yang sama ini lantang memerangi isu ternakan babi baru2 ini di pejabat menteri besar !!!

LAKUM DINUKUM WALIYADIN...

ikuti komen dari seorang sahabat dengan nama pena sripetaling dan saya sependapat denganya...

Tidak disangka lansung.. harapkan pagar, pagar makan babi, rupanya diantara orang yang paling lantang bersuara merupakan dalang dan pemain utama dibelakang projek babi di Selangor.

Sungguh memalukan apabila Malaysiakini mendedahkan melalui lidah salah seorang pemimpin MCA yang menyatakan sebenarnya seorang wakil rakyat Umno berada dibelakang isu babi dimana yang terlibat dalam penternakan isu babi di Selangor adalah syarikat bumiputra (Di mana kah nilai agama sykt bumiputra ini yang sanggup menggadaikan prinsip agama semata-mata untuk keuntungan didunia).

AllahuAkbar..

Kebenaran akhirnya terserlah dan kebatilan terhapus...

Allahu Akbar!!!

1 comment:

rakyat biasa juga said...

Salam.,

Tidak mengejutkan tp bertambah memualkan..sebelum ni duit PPRT, Tabung Haji pun mereka rembat... belum kira berapa pub dan disko milik melayu...duit zakat belanja ke mana.,
sedikit masa lalu, duit tabung tsunami...dan mcm2 lagi yg kita tak tahu...Hadhari...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan