Thursday, April 10, 2008

Babi ancam nelayan Tanjung Sepat


Babi ancam nelayan Tanjung Sepat

SEPANG 9 April – Kegiatan menternak babi yang tidak terkawal di beberapa kampung sekitar Tanjung Sepat dekat sini mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian.

Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Kundang, Shahamid Sanusi, berkata, satu ketika dahulu aktiviti membuat belacan merupakan salah satu daripada mata pencarian utama penduduk di situ. Bagaimanapun, akibat pencemaran, aktiviti itu sukar diteruskan kerana kekurangan udang geragau yang menjadi sumber utama dalam pembuatan belacan.

“Selain udang geragau, kawasan pesisir pantai di sini juga kaya dengan hidupan laut lain seperti ikan, kerang, kepah dan mentarang tetapi sekarang semuanya berkurangan kerana pencemaran yang dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa najis dari ladang-ladang babi yang banyak terdapat di kawasan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan meneruskan cadangan membina ladang ternakan babi moden di Kampung Tumbuk, Kuala Langat dalam Parlimen Sepang kerana kawasan itu telah menjadi tapak utama ladang babi.

sumber : muka depan utusan meloya 10 April 2008

edyes wrote :

Astagafirullahalazim... Bawak-bawak lah beristigfar... bawak-bawak lah mengucap.

Cuba tenangkan fikiran, lapangkan minda dan fikir sejenak dua.

1. Ladang babi di sepang itu adalah kawasan penternakan babi yang utama di negeri selangor sewaktu di bawah kerajaan BN Selangor!

2. Kalau mereka kata nelayan terancam, kenapa sepanduk yang menghina kerajaan PKR-DAP-PAS yang dipaparkan? bukankah ladang tu telah wujud di zaman BN memerintah?

3. Apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar adalah satu evolusi, iaitu membina sebuah ladang ternakan babi moden yang berteknologi dengan kos yang tinggi demi untuk menjaga alam sekitar.

4. Ladang ternakan babi moden itu juga dibangunkan di tapak yang lama! Pastinya keadaan pencemaran yang digembar-gemburkan akan semakin pulih dan penduduk setempat seharusnya berterima kasih !!!

5. Adalah tidak wajar kerajaan baru negeri Selangor dipersalahkan dalam perkara ini. Umur kerajaan ini baru sebulan dan kita sebagai warga yang celik minda harus berfikir dengan lebih matang untuk menentukan siapa yang bersalah dalam hal ini.

6. Lihat cadangan Menteri Besar Selangor dari sudut yang positif.


No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan