Wednesday, April 16, 2008

Black 14: Polis ke pejabat MB S'gor

Pihak polis akhirnya berlembut dan bersetuju mengambil kenyataan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di pejabat rasminya berhubung siasatan perhimpunan ‘Black 14' di Kampung Baru kelmarin.

Anggota polis tiba di pejabat Khalid pada kira-kira jam 1 tengahari dan selesai mengambil kenyataannya dalam masa 20 minit.

Bagaimanapun, mereka masih berkeras meminta tiga lagi pemimpin PKR - termasuk presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden Azmin Ali - memberi kenyataan mereka di ibu pejabat polis Selangor di Shah Alam.

Pagi ini polis menolak pelawaan parti itu untuk ke pejabat menteri besar Selangor di Shah Alam untuk mengambil kenyataan pemimpin parti tersebut.

Bagaimanapun selepas perbincangan dengan peguam PKR, pihak polis setuju untuk mengambil kenyataan menteri besar di pejabatnya, manakala tiga yang lain dikehendaki berbuat demikian di ibu pejabat polis negeri.

Difahamkan Khalid, yang sebelumnya telah membatalkan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri pagi tadi, dan menemani tiga pemimpin PKR itu untuk memberi kenyataan di ibu pejabat polis negeri.

Polis mendakwa perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman itu - sempena pembebasan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada larangan berpolitik - haram dan diadakan tanpa permit polis.

-Malaysiakini


No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan