Wednesday, April 9, 2008

PM diminta bercuti, Najib pemangku


PM diminta bercuti, Najib pemangku

Muda Mohd Noor Apr 9, 08 2:52pm

Sebahagian besar ketua bahagian Umno di Johor mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil cuti daripada menjalankan tugas perdana menteri dan presiden parti bagi meredakan kemarahan ahli Umno ekoran kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Menurut mereka, Abdullah perlu bercuti dan menyerahkan tugasan nya sekarang kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Desakan tersebut dibuat dalam perjumpaan kira-kira 20 ketua bahagian dengan menteri besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediamannya di Johor Bahru awal minggu lalu.

Bagaimanapun, enam lagi ketua bahagian yang terdiri daripada menteri kabinet dan timbalan menteri, tidak dijemput menghadiri perjumpaan tersebut.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Semberong), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru), Datuk Khaled Nordin (Pasir Gudang), Datuk Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) dan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing) yang merupakan timbalan menteri kesihatan tiada sewaktu perbincangan tersebut.

Turut tidak diundang, Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.

Johor mempunyai 26 bahagian Umno - negeri yang paling banyak selepas Sabah (25), Perak (24) dan Selangor (22).

Perak dan Selangor dirampas barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - dalam pilihanraya umum lalu.

Manakala Barisan Nasional (BN) Johor pula kehilangan satu kerusi parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini langkah terbaik untuk menyelamatkan Umno daripada terus menjadi tidak menentu seperti sekarang ini kerana semakin banyak Abdullah bercakap, semakin banyak kekeliruan yang timbul," kata seorang ketua bahagian yang turut menghadiri perjumpaan tersebut.

"Jika keadaan telah reda, Abdullah boleh mengambil semula jawatan tersebut atau membuat keputusan memberikan terus (jawatannya) kepada Najib," katanya, yang enggan dikenali, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, penyokong akar umbi Umno di Johor sangat bimbang dengan kenyataan-kenyataan Abdullah sejak kebelakangan ini.

Abdullah dijadual melawat Johor lusa dan mengadakan perjumpaan dengan badan perhubungan Umno negeri itu.

edyes wrote :

Apa sudah jadi ?? Gerakan yang agak merbahaya dari selatan tanah air. Nampaknya UMNO johor terasa begitu tercabar dengan kekalahan tanggal 8 Mac yang lalu.

Bisikan-bisikan dari selatan telah lama kedengaran. Semakin hari semakin kuat bisikan itu seraya menjadi perbualan. Kini, sudah tidak dapat disorokkan lagi suara-suara sumbang itu. Sudah menjadi pekikan "Bercuti lah paklah!! Beri laluan kepada najib untuk memangku (dan memaku), dan jika perlu, serahkan terus tampuk pemerintahan kepada Najib"

Apakah ini maksudnya UMNO masih kukuh di bawah paklah? atau kesinambunganya akan di sambung oleh Najib monggolia? Hanya mereka-mereka yang masih asyik menjilat sahaja kekal dengan pendirian bahawa paklah harus kekal kerana 'mereka' belum kenyang!

Mereka semua telah gentar!!! siapa 'mereka' itu..? mereka itu ialah semua orang-orang UMNO! baik Tun dan Mukhriz, mahupun Ku Li dan gua musang, termasuklah Abd Ghani dengan Johornya, juga Shahidan kassim dan Deris natang, merangkumi semua peringkat UMNO kaki jilat! Mereka semua takut pemerintahan 50tahun itu akan terkubur di museum.

Mereka cuak menghitung hari. Mereka akan bermatian untuk menyelamatkan UMNO iaitu periuk emas mereka!! Mereka akur bahwa tampuk pemerintahan negara akan bertukar tangan jika mereka tidak melakukan sesuatu... keadaan ini tidak pernah berlaku seumur hidup mereka... dan seumur hidup kita... inilah kuasa Allah!

Rentak Reformasi bergema lagi !! kali ini dengan semboyan yang tidak kenal erti putus usaha. Ayuh menuju ke hadapan, ke arah Malaysia yang lebih mapan!!

ITS TIME TO CHANGE !!!
WE DESERVED A BETTER
MALAYSIA...

REFORMASI !!

TAKBIR !!!


No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan