Tuesday, April 15, 2008

Polis Gegar Rumah Pemimpin !!!


LATTEST UPDATE

KUALA LUMPUR, 15 Apr (Hrkh) - Polis mula mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru malam tadi. Menurut Koordinator Media Parti KeADILan Rakyat, Ginie Lim, pihak polis menghantar notis kepada Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya, Azmin Ali sudah dibawa polis ke untuk siasatan di Balai Polis Dang Wangi, manakala polis dilaporkan sedang menghantar notis yang sama kepada Wan Azizah dan Khalid pagi ini.

Mereka berdua dipercayai dikehendaki hadir atau akan dibawa ke balai yang sama untuk siasatan.

Di sebalik kawalan ketat polis, perhimpunan malam tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tindakan polis ini dibuat berikutan kejayaan besar KeADILan menghimpunkan lebih 20 ribu rakyat untuk meraikan tarikh pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berakhir semalam.
Dengan pembebasan ini bermakna Anwar yang juga pemimpin utama Pakatan Rakyat boleh bertanding dalam pilihan raya kecil pada bila-bila masa kekosongan berlaku.

Sementara itu berikutan notis polis kepada tiga pemimpin utamanya, KeADILan akan mengadakan sidang akhbar tergemparnya di pejabat Anwar di Seksyen 14 Petaling Jaya jam 11 pagi hari ini.

Sidang akhbar tersebut akan dikendalikan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali.


Ada sumber yang melaporkan bahawa ;

Polis ke rumah Wan Azizah, Tan Sri Khalid & Azmin Ali pada pagi ini (Selasa 15 April) bagi Menyerahkan NOTIS supaya datang ke balai polis dang wangi untuk disiasat kerana anjur program di Kampung Baru semalam !

adakah mereka akan di tahan..?

Ya Allah, selamatkan pemimpin2 kami yang memperjuangkan keadilan!!
amin



No comments: