Tuesday, January 11, 2011

Nazri Cabar Anwar Berdebat Isu APCO!!! Akhirnya!!!

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

Nazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

"Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu," kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide (APCO), sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan 1Malaysia dan kempen 'One Israel', walaupun kerajaan mendedahkan dokumen yang menafikan dakwaannya tersebut.

Berikutan kegagalan Anwar untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lepas, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong. Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Anwar mencabar PM hanyalah gimik lama dan hanya mahukan publisiti.

"Saya tidak fikir PM akan jatuh dalam perangkap ini. Anwar dalam keadaan tersepit akan mengambil apa sahaja peluang untuk menyanggah data dan informasi ataupun usaha Perdana Menteri dalam apa-apa hal.

"PM melahirkan hujah yang menyakinkan dalam apa yang dilaksanakannya dalam tempoh setahun lebih. Kita sudah yakin bahawa informasi itu boleh dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas bertemu petugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Selasa.

Rais berkata semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan, lonjakan saham tidak pernah mencapai 1,500 mata, dan kini pendapatan orang kampung pun semakin meningkat dengan kenaikan harga getah sehingga RM12 sekilogram baru-baru ini.

Anggota Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula berkata Najib tidak perlu melayan kehendak Anwar kerana Anwar bukan seorang pakar ekonomi atau pakar kewangan, malah tidak ada pengalaman dan juga kelulusan.

"Tak perlu PM masuk perangkap politik Anwar. Anwar hanya berlagak pandai dan dia adalah pakar putar alam," dakwanya.

Apa yang penting ialah Perdana Menteri dan kerajaan memberikan penerangan kepada rakyat mengenai apa jua rasa tidak puas hati yang tercetus, terutama kos sara hidup yang semakin meningkat, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu.

Sementara itu Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin berkata cabaran Anwar untuk berdebat dengan Najib mengenai polisi ekonomi, dilihat sebagai satu usaha terdesak.

Katanya, Anwar tidak perlu untuk berdebat memandangkan rakyat kini lebih cenderung menonton majlis yang berbentuk forum perdana.

Di IPOH, Pergerakan Pemuda Umno Perak menyifatkan cabaran Anwar itu merupakan taktik murahannya untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap krisis peribadinya sendiri.

Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata sekiranya Anwar benar-benar mahu berdebat, beliau sewajarnya menerima pelawaan Ketua Pergerakan Umno Khairy Jamaluddin.

Pergerakan Pemuda Umno Perak menyokong penuh cabaran Khairy untuk berdebat mengenai isu pelaksanaan pendekatan ekonomi yang termaktub dalam Pelan 100 Hari pakatan pembangkang, katanya dalam satu kenyataan.

Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keahlian Pemuda Umno Hishamudin Yahya pula berkata pelawaan Anwar itu tidak perlu dilayan sebaliknya Najib perlu terus memastikan semua program yang dirancang kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan.

Daripada segi pendekatan ekonomi, beliau berkata walaupun Anwar telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun beliau masih gagal mempamerkan 'kehebatan' menarik pelabur luar negara ke negeri itu.-BERNAMA

 
EDYES wrote:
 
I reserve my comment.

7 comments:

Anonymous said...

Nazri ni sapa aahh?
Orang Malaysia ke, Yahudi ke atau Amerikan???

Art Pokon said...

memang puak apco nie penakot...sahut la kalau berani.....depa hanya tunjuk jantan kat media ja..

Kalau Anwar sahut cabaran Nazri...apa pulak dalehnya....pirahhhh.....rakyat tetap sengsara dengan kenaikan harga barang....

me~ said...

Hantar saifuddin je debat ngan nazri ni. tu pon belum tentu nazri lepas..
hehe..

Anonymous said...

jenis keturunan umno memang penakut..bukan baru kenal..dah 50 tahun begitu.

Anonymous said...

taraf saberi chik jer tu...bedebat merapu rapu je nanti...

Anonymous said...

Saya Saiful cabar Anwar debat,..

Tajuk: MKI(masihkah kau ingat) - Kenangan di Kondo Itu

bunbinban said...

nape la malaysia ni menteri2 dia tahap bodoh dia melampau-lampau, termasuklah pengikut2 dorang seperti anon 11:40? Anwar belum jawab korang dah gantung dia?.