Tuesday, January 4, 2011

Kesilapan Malaysiakini Semalam(3 Januari) Telah Diperbetul !

 
Semalam, saya telah dihubungi oleh seorang mahasiswa yang memaklumkan bahawa terdapat kesilapan dalam laporan Malaysiakini dalam entri di sini. Bila saya usul periksa, mendapati memang berlaku kesilapan pada tajuk dan isi laporan tersebut di mana mahasiswa Pro-M yang dikenalpasti sebagai anak muda pendesak kerajaan, telah ditulis sebagai Pro-BN oleh Malaysiakini.
 
Oleh kerana saya melihat kesilapan itu bukan hanya pada tajuk tetapi terdapat juga pada perenggan pertama seolah-oleh satu kesilapan yang disengajakan berbanding sekiranya kesalahan itu hanya pada tajuk. Dengan pantas saya menghantar sebuah email kepada Malaysiakini dan melantunkan satu entri dalam blog edyesdotcom.
 
Sejurus selepas email dihantar, saya dapat reply dari Fathi sendiri yang memperakui terdapat kesilapan dan ia segera diperbetulkan. Saya juga terima email dari sahabat saya iaitu Jimadie, yang menyatakan bahawa kesilapan yang berlaku itu adalah tidak disengajakan. Maka saya laporkan dalam entri ini sepertimana yang telah dimaklumkan kepada saya.
 
Kepada Mahasiswa Pro-M, anda adalah Pro-M yang saya kenal selama ini maka jadilah golongan pendesak kepada perubahan ! Mujurlah anda bukan Pro-BN seperti yang dilapor Malaysiakini sebelum ini...
 
 
EDYES @ edyesdotcom

No comments: