Mengapa SPR terus berdiam? Difahamkan, ada lagi 4 pengakuan 'mengundi DUN dan Parlimen bagi pihak'. Maka tidak hairanlah mengapa undi pos sangat penting bagi kerajaan hingga tidak sanggup mereformasikannya sepertimana tuntutan BERSIH.
Andainya undi tersebut dihabagi 2, separuh untuk BN dan separuh untuk PR, itu sedikit baik. Tetapi malangnya kita mendapati, hampir keseluruhan undi pos jatuh ke tangan BN dengan alasan - polis dan askar taat mengundi kerajaan. Sedangkan sebenarnya, polis dan askar juga ramai yang telah benci kepada kerajaan korup penindas rakyat.
Berikut adalah laporan Malaysiakini:
Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.
Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.
Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.
Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."
Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera. -mkini
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
9 comments:
alaa.. Malaysia kini.. sape nak caye...
Sejak akhir-akhir ini kita telah melihat kebobrokan pentadbiran di PPinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.(perhimpunan Bersih, gereja-murtad, bacaan Al-Quraan-Azan dan sebagainya)
Keboborokan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?) tanpa mempertahankan akidah dan syiar Islam. Keadaan ini barangkalinya tidak akan terjadi sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP yang sememangnya anti-Islam....
Kembalilah PAS kepada perjuangan asal sebuah negara Islam bukannya negara kebajikan seperti yang direncanakan dan disukai oleh DAP....!
Sesuatu yang manis dalam perjuangan adalah mengakui kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.
Dasar hujah bodoh tungkaran hati.
Hahaha... BN gila kuasa.. takut kalah.
dah pencen baru berani nak bersuara.
yg masih bertugas taknak buat pengakuan ke?
PRU ke-7?
Kalau aku tulis askar tahun 1932 ckp dia pangkah PAS sampai putus lengan mcm mane? Hahaha
Kalo aku ckp askar zaman perang dunia kedua 1942 dipaksa undi PAS korang caya bulat2?
Weih cuba habaq mai mcm mana korang menang 5 negeri PRU lps? :)
anon 1.38
kalau SPR dan BN lebih terbuka dan telus, bukan setakat 5 negeri hang tau dalam PRU12 lepas .. silap2 PR dah memerintah... ini fakta ... kau fikirlah dengan terbuka
Kenapa ahli2 UMNO takut sgt utk menerima kenyataan akan kalah pd PRU13 sedangkan kekalahan bukan suatu perkara hina dlm amalan demokrasi senaliknya ujian utk melihat kejujuran perjuangan ahli2 UMNO
malaysia kini..
haprak..
sikit aku tak percaya..
Post a Comment