Wednesday, April 30, 2008

Parlimen : Laporan penuh hari pertama perbahasan

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Perbahasan hari pertama Parlimen hangat

Seperti yang dijangkakan kemasukan 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP membawa satu senario baru dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Suasana tidak lagi seperti pada penggal yang lalu (selepas pilihan raya umum 2004) yang hanya menyaksikan babak ampu mengampu sahaja yang berlaku.Sebaliknya kali ini Dewan Rakyat menyaksikan satu kehangatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sejak Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memulakan sidang Dewan Rakyat jam 10.00 pagi lagi, suasana dewan menjadi gamat dengan pertikaian demi pertikaian dikemukakan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Sidang yang sepatutnya dimulakan dengan Sesi Soalan dan Jawapan Lisan itu terganggu sementara berikutan perbalahan yang berlaku antara beberapa ahli parlimen dalam soal urutan soalan-soalan Soal Jawab Lisan, isu penggunaan perkataan-perkataan menghina, isu Aturan Urusan Mesyuarat, hak-hak ahli Parlimen dalam mendapatkan peluang menyoal balas yang mana rata-ratanya adalah isu teknikal.

Antara yang berbahas mengenai isu itu ialah, Azmin Ali (KeADILan-Gombak); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur); Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching); Dato' Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan); Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam); Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan beberapa ahli Parlimen lain yang mencelah sesekali.

Tidak ketinggalan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut memberi pandangan-pandangannya berdasarkan pengalaman di Dewan Rakyat terhadap beberapa isu yang dibangkitkan.

Speaker terpaksa menunggu hingga jam 10.55 pagi untuk memulakan seoalan pertama yang diajukan oleh Dato' Razali Ibrahim (BN-Muar) yang dijawab Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun jawapan yang diberi oleh Abdullah mengenai tahap kecekapan pentadbiran kerajaan dan isu-isu pembangunan tidak disenangi beberapa ahli Parlimen, yang menyebabkan mereka meminta soalan tambahan untuk diajukan kepada Perdana Menteri.

Begitupun Speaker menolak permintaan yang datangnya daripada beberapa Ahli Parlimen DAP, PAS dan wakil bebas, Dato' Paduka Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) menyebabkan suasana kembali tegang dan beberapa ahli Parlimen silih berganti bangun bagi meminta 'point of order'.

Kelam kabut dibuatnya Speaker hingga ada pula yang mencadangkan agar perbahasan ditangguhkan sementara berikutan kekalutan-kekalutan yang berlaku.

Sementara itu hanya tiga soalan sahaja yang mampu dibahaskan pagi tadi memandangkan kekalutan yang berlaku.Tiga soalan itu dibangkitkan oleh Razali (soalan pertama); Bung Mokhtar (soalan kedua) dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan Permatang Pauh) bagi soalan yang ketiga.

Sidang berjalan semula selepas Speker meminta semua ahli parlimen menunjukkan kesopanan dan daya kepimpinan mereka agar perjalanan perbahasan berjalan dengan lancar.

Semasa memulakan sesi perbahasan, Speaker menjemput Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) membentangkan usul tergempar di bawah perkara 18 (1), namun selepas membacakan usul itu dengan isinya mendesak kerajaan persekutuan memulangkan royalti minyak kepada negeri Terengganu, usul itu ditolak Speaker.

Penolakan usul itu sekali lagi menyebabkan keadaan gamat dengan beberapa ahli Parlimen termasuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); Dr Dzulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor); Dr Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bangun mendesak penjelasan dan penimbangan semula usul itu agar dibahaskan.

Namun Speaker tidak berganjak dengan keputusannya itu, menyebabkan ramai yang marah.

Sementara itu, suasana di luar Dewan Rakyat juga tidak kurang meriahnya, ramai yang tertumpu kepada skrin-skrin televisyen yang disediakan di Lobi Parlimen untuk mendengar perbahasan yang pastinya hangat dan membuatkan jantung sentiasa bergerak laju.

Kelihatan beberapa Ahli Parlimen keluar masuk dewan, dan ada juga yang sempat menjengah Kafeteria bagi membasahkan tekak menikmati sarapan pagi dalam suasana yang agak sibuk.

Antara yang kelihatan di Kafeteria ialah, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang duduk bersama bekas Ahli Parlimen BN Ketereh, Dato' Mohd Alwi Che Ahmad.

Seketika ternampak kelibat Presiden PAS yang keluar dari Dewan Rakyat dan terserempak dengan Presiden MIC, Dato' Seri S.Samy Vellu.Mereka bersalaman sambil jurugambar dari pelbagai media tidak henti-henti mengambil gambar mereka berdua.

Spontan dari mulut Samy menanyakan khabar kepada Presiden PAS, dan mereka kelihatan cukup mesra tanpa sebarang rasa prejudis walaupun dalam politik mereka bermusuh.

Presiden PAS seterusnya diberi laluan oleh Samy untuk ditemuramah wartawan-wartawan yang sememangnya menanti ulasan Presiden PAS itu mengenai beberapa isu yang sedang melanda negara hari ini terutamanya isu Melayu dan Islam.

Di Bilik Media pula, para wartawan sibuk mendengar perbahasan dan tidak kurang yang sinis mengkritik tingkah laku ahli Parlimen dengan 'lap top' di tangan ada yang mula menulis berita-berita panas yang berlaku pagi tadi.Semuanya mahu berita yang dilayangkan ke meja Editor akhbar masing-masing menepati kehendak dan sensasi, tidak kurang yang mahu berita mereka disiarkan segera.

Tidak kurang ada yang memerhatikan sahaja setiap gerak-geri yang terlintas di hadapan mereka.Team Harakahdaily terpaksa pulang ke pejabat pada jam 1.00 petang bagi melaporkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat.

Ketika ini (jam 1.30 petang) sidang telah pun dihentikan Speaker pada jam 1.00 petang dan akan bersambung sebentar sahaja lagi (jam 2.30 petang). - mks.

edyes wrote :

Perjuangan sudah bermula ! Ayuh ledak segala kepincangan kerajaan BN di Parlimen !

Parlimen : Sesi tergendala, tiga soalan dijawab

Sesi tergendala, tiga soalan dijawab

Sesi soalan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini tergendala hampir setengah sejam apabila beberapa wakil rakyat sering mempersoalkan peraturan mesyuarat.

Gangguan ini menyebabkan soalan pertama dapat dikemukakan selepas 20 minit sesi itu bermula untuk dijawab perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beberapa anggota parlimen termasuk Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) terus membangkitkan lagi soal peraturan mesyuarat sehingga mendorong yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berulang kali meminta mereka duduk untuk meneruskan sesi soal jawab.

Setelah hampir sejam kemudian, barulah soalan kedua dapat diteruskan.

Persidangan bermula dengan pengumuman pelantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) sebagai ketua pembangkang.

Sesi pertama sidang pertama penggal ke-12 disiarkan secara langsung di RTM 1, satu langkah baru selepas pembangkang meraih jumlah kerusi terbanyak dalam sejarah pilihanraya umum.

edyes wrote:

Sempat saya menonton Buletin 1.30 sebentar tadi, sungguh gamat.

Antara yang menarik ialah perkataan BigFoot digunakan oleh karpal singh yang ditujukan kepada YB Kinabatangan.

Banyak faktor yang menyebabkan perbahasan hari ini tergendala kononnya pihak pembangkang membangkitkan perkara remeh seperti susunan soalan dan jumlah agihan soalan di parlimen.

Antara yang berbahas mengenai isu itu ialah, Azmin Ali (KeADILan-Gombak); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur); Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching); Dato' Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan); Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam); Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan beberapa ahli Parlimen lain yang mencelah sesekali.

Tidak ketinggalan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut memberi pandangan-pandangannya berdasarkan pengalaman di Dewan Rakyat terhadap beberapa isu yang dibangkitkan.

Pembangkang tidak berpuas hati sesi soalan Dewan Rakyat yang membelakangkan ahli-ahli parlimen pembangkang, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali.

Sangat sedikit soalan yang dihantar oleh (wakil-wakil) Pakatan Rakyat diberi keutamaan dalam urutan soalan.

Jumlah perwakilan yang hadir dalam parlimen ialah, 82 ahli parlimen pembangkang berbanding BN hanya ada 77 ahli parlimen penyokong kerajaan. Tetapi, daripada 10 soalan, pihak pembangkang hanya diberi dua sahaja. Ini perkiraan yang sungguh tidak adil.

Sehingga rehat tengahari, hanya 3 soalan sahaja yang berjaya diusulkan.

Ingin sekali saya mengikuti perbahasan ini secara live di parlimen jika berkesempatan.

Selingan : Bling-Bling




Well, I'm The Best

Video Anwar Kembali Ke Parlimen

video

"Kita nak ahli-ahli parlimen kita menjalankan tanggungjawab dengan cukup baik, memberikan satu tentangan yang cukup hebat, menggempur Parlimen supaya betul-betul berfungsi dalam proses demokrasi dan mengurus kerajaan-kerajaan negeri dengan baik"

ANWAR IBRAHIM

Syed Ali letak jawatan tim pengerusi BN


sumber : malaysiakini

Ketua bahagian Umno Cheras, senator Datuk Syed Ali Alhabshee hari ini meletak jawatan sebagai timbalan pengerusi Barisan Nasional bagi kawasan parlimen Cheras, berkuatkuasa serta-merta.

Timbalan ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Mahadi Shukor memberitahu satu sidang akhbar bahawa surat peletakan jawatan Syed Ali akan dihantar kepada pengerusi BN Cheras, Datuk Sri Yee Hock Seng esok.

Bernama memetik Mahadi sebagai berkata, Syed Ali (foto) meletak jawatan tersebut kerana rasa bertanggungjawab terhadap kekalahan BN di kawasan parlimen dalam pilihanraya umum lalu, walaupun ia bukan kerusi Umno.

Syed Ali, 46, telah memegang jawatan tersebut sejak sepuluh tahun lalu.

Beliau tidak hadir di sidang akhbar tersebut.

Ahad lalu, Umno bahagian Cheras mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) dan meluluskan 15 resolusi termasuk menggesa ketua badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique digantikan dengan ahli parlimen Putrajaya, Datuk Tengku Adnan Mansor, yang juga setiausaha agung Umno.

Ia ekoran kekalahan teruk BN Wilayah yang hanya memenangi tiga daripada 13 kerusi parlimen, termasuk Labuan.

Semalam, ketua penerangan Umno WP, Datuk Suhaili Abd Rahman berkata, 10 daripada 13 ketua Umno di Wilayah Persekutuan menyokong kepimpinan Zulhasnan.

Sebaliknya, kata Suhaili, Syed Ali yang harus terlebih dahulu meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kekalahan BN di parlimen Cheras.

edyes wrote:

Sejak awal lagi saya melihat gelagat alhabshee menongkah arus, dan akhirnya mengorbankan karier politiknya bersama UMNO. Syabas !! Pengorbanan itu berbaloi pada mata saya.

Bermula dengan permintaan pucuk pimpinan bertanggungjawab di atas kekalahan teruk BN. Kemudian mengusulkan supaya quota pencalonan bagi jawatan presiden sebanyak 30% dimansuhkan dan akhir sekali menghentam Zulhasnan supaya digantikan kepada Ku Nan.

Dengan perletakkan jawatan ini, Datuk Syed Ali Alhabshee membuktikan sifat 'gentleman' yang terdapat dalam dirinya walaupun kekalahan di cheras bukanlah kerusi UMNO.

Tindakan ini juga mencerminkan beliau sebagai pemimpin yang berani. Berani demi kebenaran.

ps: W.E.L.C.O.M.E

Tuesday, April 29, 2008

DSAI Hadir di Dewan Rakyat

Dato' Seri Anwar Ibrahim hadir di majlis perasmian pembukaan penggal pertama persidangan parlimen ke-12 di Dewan Rakyat oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

Pastinya menjadi kejutan kepada juak-juak UMNO. Ditakuti, mereka akan lari bertempiaran apabila melihat kelibat Anwar Ibrahim.

Mana tidaknya, dalam forum anjuran mykmu sebelum ini, juak-juak UMNO terpekik terlolong setelah mendengar nama Anwar. kasihan...

Penampilan yang dinanti-nanti akan termakbul jua bersama kebenaran !

Berita Asal

Anwar iringi Azizah di Dewan Rakyat

Selepas tidak menjejakkan kaki selama 10 tahun sejak dipecat, mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul di Dewan Rakyat - bukan sebagai ahli parlimen.

Penasihat PKR, yang diuar-uarkan akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil agar dipilih sebagai anggota dewan itu, hadir sebagai pasangan ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menghadiri acara perasmian sidang ke-12 parlimen yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan juga majlis santapan baginda bersama ahli-ahli parlimen dan pasangan masing-masing.

Dr Wan Azizah makan bersama Tuanku Mizan Zainal Abidin, manakala suaminya makan bersama Raja Permasuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Ditanya kemungkinan beliau menjadi anggota parlimen, Anwar dilaporkan berkata:

"Oleh kerana saya sudahpun ada di sini, saya tidak lagi akan menoleh ke belakang."

"Saya fikir tak banyak masalah tapi kita bincang dululah dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Terlalu awal sekarang."

Pasangan Anwar dan Dr Wan Azizah sampai di bangunan Parlimen kira-kira 15 minit sebelum majlis pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Sepuluh tahun suatu tempoh yang panjang, saya rasa gembira kembali mengiringi ketua pembangkang, ia membuatkan saya lebih rendah diri dan menghormati tokoh pembangkang itu," katanya.

Rentetan Mutakhir : Kes ugut Karpal

TERKINI : Kenyataan Dari PAS Negeri Johor

PAS Negeri Johor ingin membuat kenyataan berkaitan dengan isu "darah YB Karpal Singh halal dibunuh" yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dan The STAR keluaran Sabtu, 26 April, 2008 serta kenyataan Sdr. Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Negeri Johor.

1. Kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian PAS Johor Bahru ataupun PAS Negeri Johor. Kenyataan tersebut adalah sebenarnya pandangan atau komen pembaca laman web yang bernama "Alif" di siarkan dalam ruangan interaksi "Shoutbox" laman web PAS Johor Bahru. PAS tidak mengenali siapakah Alif dan juga identiti dirinya.

2. PAS Negeri Johor menyarankan kepada wartawan atau pemberita supaya membuat rujukan terlebih dahulu dengan kepimpinan PAS Johor terutamanya Prof. Dato' Dr. Mahfudz Mohammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor sebelum membuat sebarangan ulasan di dalam akhbar. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham ke atas ulasan yang diterbitkan nanti.

3. Isu memohon maaf tidak timbul sama sekali kerana kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian rasmi PAS Negeri Johor.

4. Bagi kebaikan bersama, PAS Negeri Johor telah mengarahkan penyelia laman web PAS Johor Bahru supaya memadamkan kandungan kenyataan tersebut di dalam ruang shoutbox website PAS Johor Bahru di samping PAS Johor Bahru membuat komitment untuk menapis terlebih dahulu komen-komen yang diterima sebelum disiarkan dalam laman web.

5. PAS Johor Bahru telah membuat kenyataan maaf kepada DAP diatas apa yang telah berlaku yang juga disiarkan dalam laman web tersebut.

Sekian, terima kasih.

Prof. Dato' Dr. Mahfudz Mohammad
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

Sumber : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR

Berita Dari Laman PAS Johor Bahru

Isu Karpal dan Ugutan Akan Selesai...

Alhamdulillah, semalam beberapa orang pimpinan kawasan PASJB telah menemani pelajar kolej dan bapanya untuk berjumpa dan berunding dengan Sdr Norman Fernandez dari DAP Johor berhubung laporan kes polis yang bersabit ugutan 'bunuh' kepada Pengerusi DAP Nasional YB Karpal Singh.

Perjumpaan kami dengan wakil dari DAP ini berjalan dengan baik memandangkan kami diperingkat kawasan sudah lama kenal mengenal dan saling berhubungan dalam urusan setinggan dan peniaga sekitar Johor Bahru yang memerlukan bantuan guaman dari beliau.

Sebelum itu pelajar kolej tersebut dengan ditemani bapanya telah menyerah diri kepada Balai Polis Central Johor Bahru dan disoal siasat dengan diambil keterangan selama beberapa jam oleh pegawai penyiasat polis berhubung laporan polis yang telah dibuat oleh YB Karpal Singh di Balai Polis Pulau Tikus, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Amer Awal berkata, polis sedang menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Selepas itu sekitar jam 3:15 petang beliau dihantar oleh 2 orang pegawai polis untuk menemui pimpinan PAS Kawasan Johor Bahru dan Sdr Norman Fernandez dari DAP untuk menyerahkan surat permohonan maaf dan menyesali perbuatan dan masalah yang ditimbulkan olehnya.

"Pelajar itu juga berjanji untuk tidak menghantar mesej sedemikian rupa ke sebarang peti mesej (shoutbox) dan pelajar itu juga merayu agar YB Karpal menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

Sdr Norman Fernadez akhirnya bersedia untuk menolong dan berjanji akan mengajukan surat permohonan maaf tersebut kepada YB Karpal secepat mungkin dan menasihatkan pelajar kolej tersebut tidak mengulangi perbuatan 'nakal' itu dan seumpamanya.

Alhamdulillah Pakatan Rakyat peringkat negeri Johor tidak bermasalah dengan perkara ini dan sentiasa berbincang supaya agenda utama kita untuk mendaulatkan negara dan rakyat dengan kebajikan akan terlaksana menjelang PRU yang ke-13.

Alhamdulillah Pakatan Rakyat peringkat negeri Johor tidak bermasalah dengan perkara ini dan sentiasa berbincang supaya agenda utama kita untuk mendaulatkan negara dan rakyat dengan kebajikan akan terlaksana menjelang PRU yang ke-13.


Berita Penafian

Pemuda PAS nafi terlibat kes ugut Karpal
Oleh : Malaysiakini

Apr 29, 08 11:37am
Ketua Pemuda PAS Johor menafikan beliau turut mengiringi seorang pelajar menyerah diri ke balai polis semalam berhubung isu ugutan bunuh terhadap pengerusi DAP Karpal Singh

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang pada jam 1 tengah hari sewaktu pelajar itu dilaporkan berbuat demikian.

"Saya tidak faham bagaimana saya telah dikaitkan dalam perkara ini bersama-sama dengan pemuda-pemuda PAS Johor," katanya hari ini.

Menurut agensi berita Bernama, yang dipetik Malaysiakini malam tadi, pelajar kolej berumur 19 tahun itu menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan ahli parlimen Bukit Gelugor dalam laman web PAS Johor.

Beliau yang dilaporkan diiringi bapanya dan empat anggota Pemuda PAS negeri yang diketuai Khairul Faizi tiba di ibu balai polis Johor Bahru selatan pada pukul 1 tengah hari.

Selepas keterangannya direkodkan oleh polis, lapor agensi berita itu lagi, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada 4 petang.

edyes wrote :

Walau apapun tuduhan dan tohmahan, kita harus meneliti akan kesahihannya sebelum membuat sebarang rumusan.


Berita Terdahulu

Seorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor.

Diiringi bapanya dan empat ahli Pemuda PAS Johor yang diketuai pemimpinnya Khairul Faizi Ahmad Kamil, pelajar lelaki itu tiba di ibu balai polis Johor Baharu selatan pada jam 1 tengah hari.

Menurut Bernama, selepas keterangannya direkodkan oleh polis, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada jam 4 petang.

“Semasa di pejabat saya, beliau menulis surat memohon maaf dan menyatakan rasa kesal kepada Karpal kerana memuatkan komen itu dalam lamanweb itu.

“Pelajar itu juga berjanji tidak akan memuatkan mesej seumpama itu lagi di masa depan," kata Fernandez.

Fernandez juga berkata pelajar itu, yang namanya dirahsiakan, berharap Karpal akan memaafkannya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Katanya DAP Johor akan bertemu Karpal esok untuk menyampaikan surat itu.kepada Karpal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC II Amer Awal semasa dihubungi berkata polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah.

Polis juga dijangka merekodkan kenyataan daripada beberapa orang lagi.

Dalam laporan polis Sabtu lalu di Pulau Pinang, Karpal mendakwa komen pengulas yang dikenali sebagai "Alif" dalam lamanweb PAS, berbaur ugutan bunuh.

Katanya komen itu mendakwa beliau (Karpal) telah menghina Islam dan “darahnya halal dibunuh.”

Apabila Ahli Parlimen UMNO Mula Berkurang Ajar Di Parlimen

Oleh GB

Tindakan Ahli Parlimen Mersing yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad yang untuk tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah dengan tidak mengangkat tangan kanannya di sidang pertama pengggal ke dua belas telah menerima riaksi tindakbalas yang serupa dari Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang mengangkat tangan dengan tangan kiri dengan alasan tangan kanannya sakit.

Tindakan Karpal Singh itu adalah tepat sebagai menyindir Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak tegas di dalam mengenakan peraturan tersebut kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan mengubah ayat peraturan "seraya mengangkat tangan kanannya" kepada ayatnya sendiri: "kalau boleh angkat tangan kanan".

Ia adalah satu permulaan yang hodoh dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen BN yang tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dan juga merupakan satu sikap tidak profesyenal Speaker Dewan Rakyat yang tidak tegas mengenakan peraturan berkenaan ke atas Abdul Latif disebaliknya melakukan pembelaan peribadinya kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan menyatakan "mana tahu dia tidak boleh angkat tangan kanannya.." seraya disambut tepukan oleh ahli-ahl parlimen BN.

Karpal Singh yang telah terpukul dengan sikap berat sebelah dan tidak profesyenal Speaker Dewan Rakyat tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mengangkat tangan kanannya, disebaliknya mengangka tangan kirinya secara lesu dengan memberikan alasan tangannya sakit yang kemudiannya Speaker Dewan Rakyat terpaksa akur dengan permintaan Karpal Singh berkenaan.

Tindakan Abdul Latif itu jelas sama sekali cuba menunjukkan lagak samseng dan kurang ajarnya di Dewan Rakyat dengan membelakang peraturan sewaktu mengangkat sumpah sebagai seorang ahli parlimen dan lebih malang apabila tindakan itu mendapat pembelaan dari Speaker.

Jika demikian halnya maka di lain kali adalah wajar untuk dihapuskan sahaja peraturan mengangkat tangan kanan sewaktu membaca ikrar angkat sumpah oleh ahli-ahli parlimen.

Contoh tauladan yang telah dimulakan oleh ahli parlimen BN sendiri yang memegang jawatan timbalan menteri jelas menunjukkan bahawa peraturan Dewan Rakyat boleh dipatuhi atau pun tidak oleh ahli-ahlinya.

Di dalam sidang pertama penggal kedua belas yang bermula hari ini menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pukul 10.15 pagi dan diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Parlimen lain.

Rentetan : Bidasan kepada Faisal Tehrani

oleh agas-agas

Assalamualaikum ya syekh,

Antum sorang pengarang yg hebat,Alhamdulillah atas bakat kurnia Allah.Sdra wajib menggunakan bakat pd muafakat di Allah.

Saya bukan tahu menulis apalagi sastera, tapi kalau sdra FT sebut 'Usrah' maka nak juga beri sepatah dua.

Ok, babi serahkan pd kebijaksanaan Tuan2 punya ladang dan pihak berkuasa untuk selesaikan, binatang ini makhluk macam 'natang' lain juga.

Diharam makan bukan disuruh benci. Kalau tak ada larangan,jadi macam ternakan lembu-lembu yang peliharaan secara kampong.

Bagus sgt pehak kerajaan menwajibkan Sistem ladang moden utk kebaikan apale salahnya.

Lina Joy, Salman Rushdi tu aku setuju FT sebut sebagai peringatan, tapi saudara juga kata 'menghimpun kekuasaan'.Dalam dekad ini bahasa memang lain semasa 'menggunakan kuasa'.Orang bijak pandai memang tau menamakan ini bahasa politik, itu ilmiah, sastera, lucah.Apa nak buat memang pengajian dia.

Kita diajar bercakap menurut bahasa yang di faham pendengar, pun begitu pendengar membahasakan apa yg didengar mengikut bakat sendiri. Orang boleh mempolitikkan babi atau Ilmu. Kalau berlapang dada sebagaimana Nabi s.a.w. sanggup membuang perkataan 'Rasulullah' dalam perjanjian dgn pemuka Mekah. Bolehkah kita kata ia di korbankan kerana keutamaan Bahasa Politik?. Atau kerana proses 'mengumpul kuasa' .

Pada kali yang lain peristiwa Al-Fath Makkah, Nabi mewarwarkan sesiapa yang diam dalam Masjid,dlm rumah, dia aman selamat. Bolehkah dikatakan Baginda 'memancing undi' Pemuka Kafir Mekah bila beliau mengumumkan rumah Abu Sufian juga mendapat keamanan atau Baginda menggunakan bahasa Politik yang jijik. Bila Abu Sufian menerima Islam dalam suasana sudah hilang kuasa ini kita nak kata melompat Parti yang korup?. Mungkinkah ini boleh dilihat salah satu cara 'Menggunakan Kuasa'. Kebijaksanaan timbul di dada yng lapang.

Saya rasa banyak lagi cth dari Manusia sempurna ini yang dapat digali. Ketika di serang oleh samseng Thaif hingga darah mengalir memenuhi alas kaki Yang Mulia. Baginda dalam doa yang masyhur banyak memberi kita panduan.

Bagaimana tahanan perang di kendalikan, mengalah selangkah bukan bererti kita telah ditunggangi. Jika mata Pedang kita berada dileher si Kafir lalu seraya 'Bersyahadah', lalu kita bunuh kerana kita menentang Korupsi Politik yang keji.sekian, maaf atas kejahilan saya tapi nak komen juge.

"Boikot UMNO kerana lebih 40 tahun menghina Islam"

Wassalam

Monday, April 28, 2008

Faisal Tehrani : Bahasa Politik - PAS Sudah Kalah

Bagi yang rajin mentelaah, sila luangkan masa untuk melihat kata kontra dari Faisal Tehrani


Bahasa Politik: PAS Sudah Kalah

Saya hanya seorang pengarang. Ini pandangan saya. Seorang pengarang.

Mula-mula terima babi, akhirnya PAS akan memperakukan Lina Joy. Saya akan beritahu anda bagaimana ini bakal berlaku. Sila bersabar.

Ini pandangan saya. Seorang pengarang kecil. Bahasa politik melibatkan apa yang dinamai orang Jerman sebagai machtvorming iaitu menghimpun kekuasaan, dan machtaanwending iaitu menggunakan kekuasaan. Nah, suka? Saya juga boleh menggunakan jargon-jargon hebat dalam bahasa Jerman seperti Anwar Ibrahim, memandangkan seluruh dunia termasuk Jerusalem Post memuji beliau, maka saya wajar menjadikan beliau contoh. Sekadar contoh. Saya boleh membawa contoh pengguna jargon politik seperti pencipta kata 'glokal', tetapi macam tak relevan. Saya juga boleh menggunakan jargon bahasa Turki kalau mahu, tetapi ya, saya bukan orang politik.

Oleh kerana bahasa politik adalah menghimpun kekuasaan maka di Indonesia, sempena majlis memperingati 100 tahun Hamka saya boleh berkata begini, “Buku Buya Hamka, Tafsir Al Azhar menemani saya selama dua kali di penjara”.

Kemudian kerana saya lebih sastera daripada seluruh orang sastera di dunia ini saya akan berpesan pula dengan penuh kekudusan “Sastra itu baik, dan harus dimulai dari kecil.”

Hebat bukan cara saya memuja ulama besar Indonesia, Profesor Haji Abdul Malik Karim Amrullah alias Buya Hamka? (sila lihat TEMPO Interaktif Rabu, 09 April 2008). Saya beri saudara apa yang saudara mahu, saudara mahu Islam dan ulama? Saya beri. Dengan jargon hebat yang melongokan. Disuntik sedikit emosi: arghhh hari-hari lampau yang menyedihkan itu...

Jua oleh kerana bahasa politik ialah menggunakan kekuasaan, saya akan berkata begini pula di khalayak yang lain, katakanlah di Australia: “I see Shakespeare as a major figure of international and humanitarian dimension. In the solitude of my prison cell clearly Shakespeare appeared to me as a brilliant genius of all times and for all cultures. I am in debt to Shakespeare in that sense because I was able to fly away from that small constraint of those four walls during incarceration to become this major spectator of this classic work of that great genius.”

Begitu lah bunyi 'keynote di VIII World Shakespeare Congress' (Rujuk The VIII World Shakespeare Congress, Brisbane City Hall, July 16-21 2006)

Suka bukan? Kerana saudara mahu Barat, saya beri saudara seorang tokoh jenius Barat. Dan untuk lebih membikin hati sayu, saya suntik sedikit kesyahduan untuk membangkitkan keterharuan.

Latar sama. Tapi tema lain-lain. Bergantung apa yang saudara mahu dengar.

Begitulah bahasa yang saya gunakan. Orang akan terpana. Begitu bahasa politik. Untuk khalayak berbeza saya akan 'temberang' beza.

Bahasa politik beginilah yang akan memperdayakan PAS untuk mula-mula mempertahankan babi, akhirnya ya siapa tahu mungkin Salman Rushdie, opsss silap...Lina Joy. Bagaimana?

Bahasa politik. Ia adalah permainan politik. Lebih pragmatik bahasa itu, lebih indah karya seni itu. Dan lebih memukau pembaca. Lebih mempersona penganalisis. Rakyat? Damn you rakyat.

Apa yang telah berlaku selepas PRU 12? Penghargaan.

Begini, untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih, kita mesti mendahulukan yang telah 'memberi', yakni yang telah meletakkan kita di 'tempat kekuasaan' (walaupun kata Fran, sekadar di pinggiran). Pengundi, dan 'big boss' yang 'memberi' ini harus diberi hadiah.

Perak telah beri. Pulau Pinang telah beri. Kemudian giliran Selangor.

Saya tidak kata salah hal ladang babi itu. Tidak salah, tambah-tambah kalau betul caranya. Pengikut Theresa Kok makan babi tiga ekor dalam kenduri kemenangan mereka pun saya tak marah. Makanlah. Makan sampai tercekik dan senak pun saya tak larang. Siapa pula marah. Siapalah saya. Harakah dan Timbalan Presiden PAS pun sokong ladang babi. Sampai sanggup pekak telinga rungutan dan rasa marah jijik PAS kawasan Sepang. Bukan begitu Dr Halimah? Tak akan tak ada muslimat Sepang bisik-bisik? Bohonglah kalau tak ada.

Oleh kerana kita bersungguh-sungguh mahu 'mendahulukan' kepentingan mereka, kita telah mengajar mereka ini mua. Tahu mua? Buka kamus. Lagipun blog ini temanya 'sastera'.

Kemudian setelah babi, beri betis hendak paha tentunya. Akan ada permintaan lain. Itu ini. Atas nama hak asasi maka akan masuk gereja untuk memberitahu, ya ini hak asasi. Kita pun mahukan kesamarataan. Mahu guna perkataan Allah di gereja? Sila...lagipun ini sekadar bahasa. Kebetulan kata Tuhan dalam bahasa Arab itu Allah.

Tak salah masuk gereja. Siapa kata salah. Sebelum think tank PAS masuk gereja saya dah terlebih dahulu masuk. Di Jerman dulu saya masuk gereja. Bukan gereja biasa tapi gereja Dr Luther. Saya mahu memahami pertelingkahan Protestan dan Katholik. Saya keluar masuk gereja di Munster. Kemudian, saya tulis Tuhan Manusia. Saya beritahu pembaca yang Protestan mula-mula moderat, atau liberalis kemudian jadi esktrimis. George Bush itu Protestan. Paul Wolfowitz sang neo-con Protestan ke? Saya tak pasti. Boleh tanya Timbalan Presiden PAS, dia dokong ladang babi Sepang. Mungkin dia akan dokong juga Wolfowitz dengan agenda ekonomi US supremacy. Kenapa? Sebab itu bahasa politik si 'dia'. Jaga hati ketua, beri wala' kepada sang strategis yang memungkinkan semua ini, bukankah afdhal?

Kita utamakan kepentingan mereka dahulu. Kepentingan orang Islam? Ala, kemudianlah. Macam-macam alasan diberi. Maka PAS pun terperangkap. Kasihan Halimah Ali, masuk PAS lalu jadi exco, lalu jadi pembela babi. Tentu dia tak dapat tidur malam.

PAS terperangkap dalam jerat hak asasi, kesemarataan, atau hadiah pemberian. Rai dan rai dan rai segala keraian. Jangan bimbang, atas nama menjaga kesemarataan, atas nama harapan baru, dan berkebajikan maka mungkin Lina Joy yang lain pun kita dapat raikan. Lina Joy yang hari tu dah end of the story. Tambah-tambah alasan hak asasi itu akan jadi lebih berkesan dan munasabah kalau 'si pengguna jargon politik' datang dan temberang, PAS pun malu alah. PAS pun segan. Maklum, dapat kuasa sedikit-sedikit ini pun kerana pakatan sama-sama.

Bahasa politik. Celaka. Sungguh celaka bahasa politik ini tuan-tuan. Dengan bahasa politik kelak, tuan-tuan akan mengkhianati kata hati tuan-tuan (meski tuan-tuan tahu kebenaran entri saya ini) dengan alasan seperti; satu - 'ala ft cuma novelis, dia bukan tahu apa' atau dua - 'ala budak tu pelik, dia asyik kata nak ikut ahlul bait' atau macam-macam lagi bentuk diskredit lain. Bahasa politik sentiasa celaka. Teman saya seorang pomen kereta kata, 'bahasa politik itu babi'. Bezanya pada kata-kata sahaja. Macam beza bahasa politik untuk Majlis Silaturahim Antara Agama (IRGC) dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang mendapat bantahan daripada pelbagai pihak sebelum ini.

Saya janji akan selalu bangun malam dan maki hamun bahasa politik yang merebut kekuatan Islam ini dalam doa. Jangan perlekehkan doa saya. Tak percaya tanya 'lima orang ulama' itu. Mereka lebih arif, itu pun kalau mereka tak tahu malu. Kita semua tahu ke mana arah tujuan semua ini. Tak akan berhenti setakat babi. Kesamarataan ini yang Ali Taqi lawan dalam Tuhan Manusia, tetapi PAS akan menobatkan apa yang Ali Taqi lawan. Ali Taqi putus asa? Tidak.

PAS sudah kalah. Dengan melihat bahasa politik iaitu menghimpun kekuasaan dan menggunakan kekuasaan, PAS sudah tidak boleh diharap dengan FASAL 5 nya lagi. Saya pun tidak harap lagi. Meski sejak tahun 87 dulu (seperti syarat parti yakni sebaik sahaja baligh) saya tertarik dengan FASAL 5 itu. Hari ini, tahun 2008 saya tahu FASAL 5 itu hiasan sahaja. FASAL 5 sudah terkorban. Pembetulan: FASAL 5 sudah dikorban.

Kenapa sampai orang PAS kena tipu dengan bahasa politik yang cakap lain sana cakap lain sini? Satu, silibus usrah PAS sudah ketinggalan zaman. Dua, PAS memang sudah tinggalkan usrah. Boleh tanya berapa kerat cawangan yang ada usrah. Tiga, orang PAS tidak peduli falsafah. Macam post-moden, bahasa politik cakap sana lain, cakap sini lain itu ialah bahasa politik post-moden. Orang PAS yang tidak mahu berfikiran global dan asyik mencari massa secara sentimen semata-mata tak dapat menanggapi sepak terajang ala post-moden. Jadi, masuk perangkap semuanya. Dengan tok-tok guru sekali.

Memang jijik bahasa politik ini. Macam Presiden PAS, dua kali sudah saya dengar beliau mengajak ahli-ahli parlimen BN masuk Pakatan Rakyat. Katanya, mereka yang akan jadi katak lompat ini tidak akan dibayar. Fuhh, sudah pandai bahasa politik Machiavelli rupanya. Lompat parti samada berbayar atau tidak berbayar adalah keji, adalah satu korupsi. Ia salah. Yang bermaruah, beretika dan tidak keji ialah letak jawatan dan bertanding sekali lagi. Baru jantan. Aneh, ada ulama mengulang bahasa politik begini. Sudah macam watak Azman dalam drama saya, MISI. Disuruh jalan itik, dia jalan itik, disuruh menyalak, dia pun menyalak. Engku Daffa menunggang Subra, Mary dan Azman. Begitulah semuanya kena tunggang, oleh bahasa politik. Sudahnya Azman yang ingin merawat, jadi korup juga. Jadi penjenayah. Ah persis!

Siapa mengajar? Tolong jawab, siapa ajar tok guru kita jadi korup begini? Pak Syeikh mana? Abuya mana?

Mengapa orang PAS sokong korupsi ini? Ini korupsi moral dalam berpolitik. Sungguh jengkel!

Yang saya tidak sangka ialah PAS membiarkan dirinya ditunggangi ke tahap ini. Membiarkan diri ditunggang atau diperbodohkan sepertinya siaran ulangan yang menimpa Masjumi, Jabhah Islam lil Inqas, Ikhwanul Muslimin dan Jamaat Islami (di mana semua gerakan Islam ini berjuang, berjuang, berjuang tetapi last-last kemenangan mereka kena 'curi'). Orang mukmin konon tak akan masuk dalam lubang yang sama dua kali. Kasihan orang PAS sudah lupa ini semua. Kerana kurangnya bahasa usrah dan tarbiyyah sejak bahasa politik mengambil tempat. Tahniahlah. Kalau tuan-tuan dalam state of denial, tuan-tuan akan buat alasan untuk menolak kebenaran dalam entri ini. Alasan seperti, ala FT tu ikut sekian-sekian. Apa teguran saya sedikit pun tak mahu difikirkan. Sebab? Kepentingan diri. Apa lagi? Kalau nak kata kepentingan Islam, tunjuk mana Islamnya ajak lompat parti?

PAS sudah kalah dan terkehel dari jalan FASAL 5 tak apa. Nak harap ada pimpinan PAS yang berani melakukan 'syahid politik' menentang arus belum tentu. Tak apalah. Saya tahu kumpulan Ali Taqi ini akan melawan, tambah-tambah melihatkan PAS sudah kalah begini, atau mengalah begitu. Seperti Ali Taqi, protagonis Tuhan Manusia mereka akan matang cepat.

Saudara yang bijak menggunakan jargon politik, saudara ingat saya seorang?

SAUDARA, PAK SYEIKH, BIG BOSS, BRO...apa sahaja gelarnya, SAUDARA SILAP. KAMI TAK AKAN BERI SAUDARA JALAN MUDAH.

edyes wrote:

FT,

Anda memang seorang yang hebat dalam berkata2. saya mengkaguminya walaupun tidak selalu singgah di sini untuk membaca.

namun, sayang seribu kali sayang... idealogi yang dibawa oleh saudara sukar diterima oleh semua termasuklah saya.

Cubalah saudara FT memandang perjuangan PAS dengan lebih teliti. Hormatilah segala kata putus PAS dalam permuafakatanya dan pengorbanan dalam menjalankan agenda negara Islam.
Perkara ini terlalu subjektif, lompat parti pun subjektif. Adakah kerana matlamat menghalalkan cara?

Tidak saudara FT. Matlamat perjuangan sentiasa dijunjung!

Dalam aspek negara Islam, biarlah masa dan penerimaan itu berjalan selaras... selaras-larasnya...

PS: Kemenangan Lina Joy adalah kemenangan Barisan Nasional !

edyes

Pertembungan Parlimen Bermula Hari Ini !

oleh : kelantankini.com

SELEPAS sebulan setengah berakhirnya pilihan raya umum ke-12, hari ini para wakil rakyat yang dipilih bagi peringkat parlimen akan memulakan sidang pertamanya bagi penggal kedua belas.

Persidangan yang dijadualkan selama 16 hari itu dijangka akan menjadi perbahasan ‘panas’ ekoran pertambahan wakil rakyat yang mewakili pembangkang atau Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum lalu seramai Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, PKR dan DAP memenangi sebanyak 82 kerusi parlimen berbanding 20 pada penggal lalu, di mana pecahannya adalah PKR 31 kerusi, DAP (28) dan PAS (23).

Persidangan Dewan Rakyat kali ini mencatat sejarah apabila pihak pembangkang telah memilih seorang wakil rakyat wanita sebagai Ketua Pembangkang iaitu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Apa yang lebih menarik ialah buat pertama kalinya dalam sejarah sejak 50 tahun (sejak merdeka), parti pemerintah tidak memperoleh majoriti 2/3 pertiga di Dewan Rakyat.

Tambah menarik lagi semua presiden atau ketua parti dari Pakatan Rakyat kini berada di Dewan Rakyat. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang (Ketua Pembangkang penggal lalu).

Dengan suara yang agak besar ini diharap banyak isu nasional dan isu melibatkan rakyat bawahan di samping isu melibatkan penyelewengan parti pemerintah dapat diketengah dan diperbahaskan dengan berkesan.

Tambahan pula ramai wakil rakyat dari PR adalah terdiri daripada pemimpin muda yang mempunyai kemampuan dalam mengupas setiap isu yang akan dibangkitkan nanti.

Tentunya persidangan kali ini amat dinanti-nantikan lebih-lebih lagi selepas tsunami politik yang melanda BN pada pilihan raya lalu ditambah pula dengan kesudian pihak RTM yang ber’murah hati’ (sebenarnya kedekut) memperuntukkan masa 30 minit (saja) secara langsung setiap hari persidangan untuk tatapan rakyat.

Inilah masanya rakyat yang menjadi pengundi melihat peranan wakil rakyat pilihan mereka sebelum ini.

Mereka boleh melihat sejauh mana keupayaan dan tingkah laku wakil rakyat masing-masing sama ada pembangkang mahu pun kerajaan.

Selamat bersidang buat semua wakil rakyat!

edyes wrote:

Tidak sabar rasanya untuk saya melihat pertembungan menarik di antara BN dan PR !

Mari kita lihat sejauh mana perginya keangkuhan BN seperti tahun2 sebelumnya.

Mari kita saksikan pertikaman keris Hishamuddin dan pedang Mahfuz.

Mari kita dengarkan perbalahan antara KJ dan Nurul Izzah.

Mari kita tontoni serangan pahlawan-pahlawan berdarah Jebat ke atas perwira berdarah Tuah.

Semua yang diperkatakan ini adalah bertunaskan isu nasional dan bertunjangkan pembangunan ummah !

Selamat Berhujah...

Transaksi jualbeli tanah dan sumbangan PKNS kepada BALKIS

Transaksi jualbeli tanah dan sumbangan PKNS kepada BALKIS

Lokasi Tanah:SEKSYEN 7
Harga : RM250,000.00
Keluasan: 43560 k/p : RM5.74 pkp
Penjual : PKNS, Pembeli Balkis.
Cara Bayaran – Kontra. Hutang Kerajaan Negeri daripada PKNS.

PKNS – Derma Majlis Perasmian Kompleks Balkis RM218,719.60
Sumbangan Majlis Makan Malam Balkis RM200,000.00
Tajaan Meja Majlis Makan malam RM 10,000.00
Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat RM161,660.00
Jumlah : RM590,379.60

Para pembaca bolehlah berfikir sendiri betapa rosak dan korapnya kerajaan Selangor pimpinan Khir Toyo.

Bolehkah transaksi jualbeli seperti ini sah disisi undang-undang? Berapa pula jumlah yuran penilaian yang dibayar Balkis bagi tanah ini? Bagi tanah bangunan ianya mesti bernilai sekurang-kurangnya RM5 sekaki persegi. Jika diperhatikan jumlah sumbangan derma majlis perasmian Kompleks Balkis RM218,719.60.

Mengapa 60 sen? Mengapa satu jumlah yang tidak round figure? Mengkinkah PKNS juga membayarkan sekali wang penilaian bagi tanah itu apabila menjualnya kepada Balkis?

Pada kebiasaannya Kerajaan Negeri memberikan tanah kepada agensi seperti PKNS atas keperluan tertentu pembangunan. PKNS kemudiannya membangunkan tanah itu atau menjualkan kepada pembeli baru. Jika telahan ini benar maka sekali persegi ialah RM5.02, nilai terendah bagi tanah bangunan bagi tempat yang prime di Seksyen 7 Shah Alam.

Memohon tanah kerajaan dan kemudian menjualkan kepada pihak lain adalah antara kegiatan utama badan badan dibawah kerajaan negeri Selangor.

Yayasan Selangor adalah antara yang banyak mendapat tanah dari Kerajaan Negeri dan banyak juga yang dijualkan untuk mendapatkan wang. Cara mudah. Yayasan Selangor dibedah siasat segera.

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid perlu tegas dalam isu ini supaya tidak berlaku dan tidak ada siapa yang berani menderhaka kepada rakyat dimasa akan datang.

Salah urus/mismanagent jelas berlaku dalam anak-anak syarikat negeri yang diperbadankan termasuk juga badan-badan seperti Yayasan Selangor dan PKPS. Bedah siasat, reinvent dan turn around perlu malah wajib disegerakan sebelum menjadi lebih parah! Dan sebelum rakyat berarak menunyut keadilan diperkasakan!

Updates:

Kenyataan Zaharah Kecik bahawa pemindahan wang Balkis kepada Bakti yang dilakukannya adalah sah adalah salah sama sekali. Korum 2/3 yang disebutkannya tidak ujud sama sekali kerana dalam sebuah kerajaan caretaker ia hanyalah Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Menteri Besar.

Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, ADUN tidak berfungsi langsung. Bermakna mantan ADUN tidak berfungsi apa tah lagi sang isteri, sejak pembubaran Parlimen dan DUN.

Maka jika Zaharah berkata ada koram, maka koram itu tidak sah. Samalah, bahawa Zaharah membuat keputusan sendiri dengan nasihat kekandanya abang sayang abang ku Khir... Alahai..

Oleh Ibnu Khuzaimah
selangortoday.wordpress.com

edyes wrote:

Satu demi satu bau pekung yang busuk itu tersebar. Boleh kah saya katakan ini adalah satu proxy kepada Khir Toyo suatu masa dulu..?

Apakah yang bakal berlaku sekiranya kerajaan bertukar tangan kelak ? - dapatlah kita lihat ke mana arah kekayaan Malaysia itu diagihkan...

Sunday, April 27, 2008

Lagi Gerai Peniaga Diroboh DBKL

Pantai Dalam, 25 Apr 2008

Lebih dari 15 gerai-gerai makan yang dibangunkan oleh penduduk PPR Pantai Ria dirobohkan oleh DBKL.

Tanpa perbincangan, tanpa notis, tanpa memberi ruang kepada penduduk PPR Pantai Ria, pekerja DBKL menjalankan 'tugas' merobohkan gerai2 tersebut.

Terdapat juga bantahan-bantahan dari penduduk dan peniaga namun pihak polis mententeramkan keadaan.

Pihak DBKL hanya memberi peluang kepada pemilik gerai untuk mengalihkan barangan kepunyaan masing-masing sebelum meranapkan gerai dan membersihkan kawasan tersebut menjadi licin. Bagi pemilik gerai yang tiada di tempat kejadian, mereka tiada peluang untuk mengalihkan barangan mereka kerana tidak mengetahui perkara ini.

Antara jentera-jentera pemusnah yang hadir termasuklah;

3 Kereta Peronda Polis
1 Jentolak DBKL
1 JCB/Beho
3 van DBKL
3 lori tiga tan DBKL
5 Pajero DBKL

Sebelum ini, pihak peniaga tersebut telah mengemukakan surat kepada DBKL berkenaan tapak gerai dan telah ditandatangan oleh 17 peniaga tetapi tidak pernah mendapat layanan dari pihak DBKL.

Untuk pengetahuan semua, kedudukan PPR Pantai Ria terpisah dari pekan kecil Pantai Dalam oleh landasan keretapi. Setelah gerai2 ini dirobohkan, TIADA langsung gerai makan dan gerai keperluan pagi untuk PPR Pantai Ria.

Penduduk PPR Pantai Ria terpaksa menyeberang landasan keretapi untuk ke kedai makan dengan melalui jejantas yang tinggi. jejantas tersebut juga tidak begitu selamat pada waktu malam kerana tidak diterangi lampu.

Bagi warga tua pula, amatlah menyusahkan untuk melalui jejantas tersebut untuk ke pasar Pantai Dalam.

Pada malam yang sama, wakil dari Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu Mr. Ong telah berjumpa dengan peniaga2 ini bagi mendengar penjelasan kekejaman DBKL.

Bagi saya, tidak salah jika orang melayu berniaga. Hanya kecil-kecilan sahaja bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Sepatutnya pihak DBKL memberi ruang kepada penduduk PPR tersebut kerana rata2 pendapatan mereka adalah rendah dan ada yang tidak mempunyai pekerjaan.

Lokasi PPR tersebut juga menjadi faktor gerai2 ini dinaikkan kerana kepayahan menyeberangi landasan keretapi. Jika berlaku kemalangan di rel keretapi, siapakah yang disalahkan? sudah tentu si pelintas itu sendiri.

Kenapa peniaga-peniaga di kawasan cina tidak pernah diambil peduli tetapi peniaga melayu asyik menjadi mangsa ? salahkan orang melayu berniaga?

Apabila dibincangkan soal ekonomi, orang melayu juga dibodohkan kerana tidak terlibat dalam perniagaan. Tetapi apabila mula berniaga, gerai mereka pula dirobohkan tanpa sempat bersuara, tanpa notis dijaja.

DBKL sebagai wakil kerajaan sepatutnya lebih bijak menangani masalah seperti ini dan tidak bertindak seperti 'komunis' yang datang dan serang.

wallahualam

edyesdotcom

ps: gambar segerombolan DBKL tidak sempat diambil kerana hanya berada di tempat kejadian pada sebelah malamnya.

Isu Keris : Pernyataan DSAI

sumber: Harakahdaily

Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Pemuda Umno Dato' Hishamuddin Tun Hussien tidak perlu mengulangi kesilapan mengangkat keris yang memberi gambaran keangkuhan bangsa Melayu.

Katanya, kesilapan beliau bukan soal keris yang dijulangnya tetapi di sebaliknya iaitu sikap keangkuhan kuasa yang terus-menerus membuatkan rakyat negara ini mengubah undi mereka dalam pilihan raya lalu.

"Umno telah mempermainkan isu bangsa, etnik dan kaum dalam politik negara kita dan ini masih diteruskan oleh Umno," katanya dalam sidang media selepas melancarkan dua buah buku Allahyarham Rustam A. Sani di Perpustakaan Raja Tun Uda.

Misalnya kata beliau, dalam ulasan isu ternakan babi di Selangor dan ulasan mengenai ketuanan Melayu kononya orang Melayu sudah bangkit dan marah. Keadaan ini katanya memberi makna sentimen keangkuhan masih kukuh dalam Umno yang tidak boleh lagi diterima oleh rakyat negara ini.

"Langkah menyatakan minta maaf itu amat kita alu-alukan tetapi perkara ini harus diambil serius terutama sentimen dalam Umno iaitu menjulang keris," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Hishamuddin yang meminta maaf dan mengakui perbuatan menjulang keris Panca Warisan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjejaskan undi BN dalam pilihan raya lalu.

edyes wrote :

Saya tidak akan komen banyak tentang keris ini tetapi sangat bersetuju dengan DSAI mengenai perkara ini.

keris dianggap sebagai salah satu lambang kepada bangsa melayu, tetapi menghunus keris mencerminkan satu agenda yang agak angkuh.

Sebagai contoh, seperti di medang perang, keris itu di hunus bagi memulakan peperangan dan sekali lagi dihunus apabila mencapai kemenangan !

Oleh demikian, saya percaya bahwa keris masih akan menjadi lambang atau simbol 'kemelayuan' dengan value nya yang tersendiri bahkan buat selama-lamanya dikenang sebagai senjata ampuh bangsa melayu.

Dan, jika keris itu dihunus tak tentu hala atau tak tentu 'masa', maka akan termakanlah diri bagi mereka yang menghunus keris tersebut (seperti permohonan maaf Dato Hisham)...

Forum Perdana Di Stadium Melawati !!

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
Anjuran Bersama;
KERAJAAN NEGERI SELANGOR & JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
MENJANA ISLAM SYUMUL DI KALANGAN UMMAH
Ahli Panel
Y.BHG DATO' DR HARON DIN
Y.BHG DATUK ISMAIL KAMUS
Y.BHG USTAZ ROSLAN MOHAMAD
Moderator
Y.B. DATO' DR HASAN ALI
Lokasi
STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM
Tarikh
AHAD, 27 April 2008
Masa; 8.00 MALAM (dimulakan dengan Solah Isyak berjamaah)
NOTA - Hadirin diminta datang awal, dalam keadaan berwudhuk dan membawa tikar solah sendiri. - Gerai jualan makanan & minuman akan disediakan. Pihak yang berminat untuk berniaga sila hubungi 013-3600080 / 0134039760 untuk tempahan.

Warkah Untuk Web Master Trangnukite.net

Assalamualaikum WebMaster,

ok firstly, terima kasih kerana memberi tempat kepada edyes dan ianya amat dihargai.

Sejak sekian lama, saya telah menjadikan TKO sebagai sumber informasi utama dan utusan meloya hanyalah selingan untuk saya kerana isinya yang agak kelakar.

Walaubagaimana pun, saya sentiasa berpendapat bahwa sumber yang dihantar oleh rakan2 seperjuangan ini hendaklah diterima dan diterjemah dengan baik kerana tidak semua sumber itu sahih. oleh itu, kena la kita buat sedikit reserch berkenaan isu yang dibangkitkan.

Untuk pengetahuan semua, saya sedikit ketinggalan dalam arus informasi ini sejak seminggu lalu kerana menghadapi sedikit masalah iaitu; wife saya terlibat dalam minor accident. Banyak perkara harus saya selesaikan terutamanya isu Insuran.

Buat masa ini, saya bagaikan patah kaki kerana tiada kenderaan sehingga pertengahan bulan May. Antara event yang bakal saya terlepas ialah Ceramah Perdana sempena Hari Pekerja di stadium melawati pada 1-3May 2008.

Ada juga sumber yang mengatakan bahwa malam ini ada juga ceramah perdana. Saya hanya dapat memastikan kesahihannya setelah ke ruangan 'nak royat ni' dalam TKO. Sedih juga sebab tak dapat hadir ke stadium melawati untuk mendengar penceramah kesukaan saya sepanjang zaman iaitu Ismail Dictionary !

Tidak tahu di mana silapnya, baru saya perasan bahwa post / iklan mengenai ceramah perdana tersebut (di TKO) baru hari ini dipaparkan.

Saya akan kembali aktif dalam sehari dua ini dan terus berkomentar!!

Akhir kata, saya bersyukur kerana masalah yang dihadapi itu selesai dengan baik sekali dan ianya adalah dugaan dari yang maha Esa.

edyes

Thursday, April 24, 2008

sumber : malaysiakini

Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September, kata penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini.

Anwar menambah, lapor Bernama, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).

"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.

Bagaimanapun laman web The Star Online pula, juga memetik kenyataan Anwar di tempat yang sama, memberikan tarikh yang berbeza, 16 September atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia.

Beliau juga mendakwa BN sedang memantau dengan dekat pergerakannya sekarang dan ada kemungkinan akan bertindak keras atau mengugut wakil-wakil parti itu yang ingin berpindah kepada Pakatan.

Bekas menteri kewangan itu mendakwa, beliau boleh mengadakan rundingan dengan wakil rakyat BN sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong walaupun "bunyinya seperti bahan lawak."

Selain itu, laporan sama dipetik, Anwar juga memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang itu sebelum bertindak.

Sementara agensi AFP melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi".

"(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.

edyes wrote :

Percayalah saudara dan saudari sekalian, Dato Seri Anwar Ibrahim sedang menjalankan perang psikologi terhadap paklah dan juak2nya...

Supaya mereka sedar bahwa inilah masanya untuk buktikan kredibiliti kerajaan ! bukanya menabur fitnah ke atas kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat !!

Anwar yakin tubuh kerajaan sebelum 16 Sept.


KOTA KINABALU 23 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebelum sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Menurutnya, pakatan tersebut tidak perlu tergesa-gesa untuk memikirkan mengenai perkara itu kerana keutamaan kini ialah terhadap program penjelasan agenda dan hala tuju mereka.

''Sekarang kita biarkan Parlimen bersidang seperti biasa, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana tidak ada sebab untuk kita tergesa-gesa kerana saya yakin dengan izin Allah, kami akan berada di sana (sebagai kerajaan).

''Kalau tidak bulan depan, mungkin bulan seterusnya, mungkin Mei, Jun, Julai, sambutan merdeka atau sambutan Hari Malaysia. Saya jangka kita tidak akan melepasi tarikh itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan dua hari ke Sabah. Malam ini beliau akan memberi ceramah di Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun di Penampang dekat sini.

Anwar memberitahu, antara agenda pakatan pembangkang yang akan dijelaskan ialah mengenai royalti minyak yang perlu dinaikkan kepada 20 peratus bagi Sabah, Sarawak dan Terengganu memandangkan semua negeri tersebut kebetulan merupakan negeri termiskin.

Katanya, isu lain yang akan dibangkitkan ialah aspek pembelaan masyarakat luar bandar, pendidikan, perumahan rakyat, pinjaman mikro kredit dan masalah pendatang asing tanpa izin.

''Saya amat yakin Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah akan menerima penjelasan mengenai agenda kami," katanya sambil menolak desas-desus bahawa beliau akan mengadakan perbincangan bagi menarik Ahli Parlimen Sabah menyertai pembangkang semasa lawatannya.

Beliau sebaliknya secara sinis berkata, perbincangan dengan Ahli Parlimen tersebut boleh diadakan pada bila-bila masa sama ada di Hong Kong, Abu Dhabi atau Singapura.

Anwar turut mendakwa beberapa Ahli Parlimen telah membuat keputusan untuk menyertai pakatan pembangkang cuma tidak menyatakannya secara terbuka kepada umum.

Ditanya mengapa beliau semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak pernah membangkitkan soal kenaikan royalti minyak kepada Sabah, Anwar berkata, beliau pada masa itu berada di dalam kerangka pentadbiran UMNO dan BN.

Katanya, kerangka pentadbiran yang kini menjadi agenda pakatan pembangkang sama sekali berbeza dengan kerangka kerajaan BN hari ini yang akan memperjuangkan hak dan ketuanan rakyat.

edyes - Car Accident !





Accident di Jalan Maarof
Dipandu oleh Wife tercinta...
Saya terpaksa tinggalkan blog selama seminggu kerana masalah Insurance !

Monday, April 21, 2008

Selingan : Filem Bakal Box Office Tahun Ini





Bakal Menemui Anda Disember ini

Khairy Dan Hisham Bertelagah ?

Khairy: Keris antara punca BN kalah

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengakui bahawa isu keris menjadi satu daripada beberapa punca sokongan kepada BN merosot dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama pengundi, khususnya bukan Melayu, tidak menyokong ramai calon BN dalam pilihanraya umum tersebut.

"Kita perlu mengkaji dan berfikir untuk melihat isu keris ini secara terbuka," kata Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di "retreat" ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, kata Khairy, beliau tidak pasti sama ada isu keris tersebut akan di bawa ke perhimpunan agung Pemuda Umno hujung tahun ini. "Saya juga tidak tahu sama ada isu keris ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat exco pergerakan Pemuda Umno," tambah Khairy.

Beliau berkata, pada keseluruhannya, isu keris merupakan salah satu punca sokongan kepada BN berkurangan dalam pilihanraya umum ke-12.


Hishamuddin : Keris bukan punca kurang sokongan

Ketua pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa keris tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

"Perkara ini dibangkitkan hanya bertujuan menakut-nakutkan pihak tertentu tambahan kita berada dalam negara majmuk dan untuk mempengaruhi adalah perkara biasa,'' beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita semalam.

Hishammuddin berkata, berita-berita daripada laman web, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu diteliti terlebih dahulu kerana ia boleh menjejaskan perpaduan dan kredibiliti seseorang individu itu.

''Tak mungkin naib ketua saya boleh menyatakan sedemikian kerana dia sentiasa ada bersama-sama dengan saya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ke-39 dan Pengisytiharan 110 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih.

Bagaimanapun, Khairy dalam laporan itu menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama kemerosotan undi BN.


edyes wrote:

KJ oh KJ
Usahlah kau berdalih...

Terlajak sampan boleh diundur, terlajak bahasa badan binasa... itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk 'pejuang kebangsaan' yang bernama KJ.

Ironinya, sebelum ini dua akhbar bawah Kumpulan NSTP, yang dikaitkan dengan Khairy, Berita Harian dan New Straits Times menyalahkan Hishammuddin kerana menghunus keris 'Panca Warisan' selama tiga tahun berturut-turut mulai 2005.

Akhbar berikut bukanlah akhbar tabloid, harakah mahupun makkal ossai. Akhbar yang menyiarkan berita tersebut adalah media arus perdana yang dipercayai turun-temurun oleh bangsa UMNO dan akhirnya dinafikan oleh KJ setelah menyedari bahwa kata2nya itu menyinggung penghunus utama keris tersebut.

Bagi saya, tidak perlu lah menakut-nakutkan bangsa lain dengan menghunus keris. Kaum lain sedar akan had dan ketetapan yang telah termaktub dalam perlembagaan dan ianya tidak boleh dipinda sembarangan.

Kita juga harus sedar, jika kita melihat bangsa lain lebih maju, itu bukanlah salah mereka yang sentiasa bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka. Cuma saya begitu concern mengenai tanah2 melayu yang telah ditukar hak milik kepada bukan melayu kerana kerajaan yang mempunyai kuasa tidak memainkan peranan dengan baik malah memberi laluan demi memenuhi kantung kewangan mereka dan keluarga mereka...

Oleh demikian, janganlah sekali2 menyalahkan bangsa lain yang telah mula meminta2 kerana kelemahan pucuk pimpinan kerajaan itu sendiri...

Friday, April 18, 2008

Lagi Oleh LGE - Sek Agama Rakyat Dikecuali Cukai Tanah

SAR dan sekolah bantuan di Pulau Pinang dikecuali cukai tanah
Mohd Sabri Said Thu Apr 17, 08

MYT GEORGETOWN, 17 April (Hrkh) - Semua cukai tanah melibatkan sekolah bantuan modal dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dikecualikan kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mesyuarat exco petang semalam di pejabatnya di aras 28 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar). Segala pengwartaannya sedang diuruskan secepat mungkin mulai sekarang. "Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pagi ini memutuskan memberi kelonggaran pada bidang pendidikan iaitu pengecualian cukai tanah bagi semua sekolah bantuan modal dan SAR, " jelasnya.

Beliau menyifatkan, langkah tersebut merupakan satu lagi 'hadiah' untuk rakyat yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berfikir. Malahan kerajaan terdahulu menekan rakyat dengan berbagai cara termasuk menaikan cukai tanah berkali ganda.

Sikap sebegitu menyaksikan kemarahan di kalangan rakyat diperingkat akar umbi. Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mahu rakyat sendiri menilai perbezaan pengtadbiran dengan BN sebab selama ini mereka asyik dibelengu penindasan yang tidak kesudahan walaupun slogan BN 'Tradisi Membela Rakyat'. "Kerajaan Pakatan Rakyat tidak bijak mencipta slogan sebaliknya bekerja untuk kepuasan rakyat jelata. Kita tidak mahu rakyat terpaksa merana sedangkan kepimpinan kaya dengan harta," tambahnya.

Kerajaan juga tegasnya, sedang menimbang tungakan cukai berkenaan untuk memudahkan proses ubah syarat atau untuk memastikan tanah tersebut digunakan untuk pendidikan. Dua syarat pengecualian itu sambung Lim Guan Eng, ialah tanah itu mesti bermatlamat kegunaan pelajaran yang diperakui oleh kerajaan manakala ke dua status tanah itu mestilah tidak berasaskan keuntungan. - mr

Sumber : Harakah

Wilayah Pembangunan Iskandar atau W.P Singapore ?

Maklumat oleh Dai-chen

Saya terpanggil untuk meneroka lebih mendalam tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR) setelah kerajaan beria-ia sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini. Bukan apa, sebagai penduduk yang akan menerima tempias pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk mempunyai ilmu dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang kesannya kepada rakyat terutama penduduk yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya..

Dalam surat khabar cuma kata pembangunan ini akan menguntungkan penduduk setempat khususnya orang Melayu. Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa pulak huraiannya. Atas dasar itu, kajian yang tidak seberapa ini mungkin dapat membuka mata ramai tentang kesan dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri saya.

Saya akan huraikan kajian saya ini dalam bentuk soalan supaya dapat difikirkan bersama dan mudah difahami oleh orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil dan terpaksa dipindahkan ke kawasan lain atas dasar memberi laluan kepada pembangunan di negara tercinta.

Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar?
Cara termudah untuk dapatkan maklumat tentang WPI ialah melalui website WPI (www.wpi.com. my). Di dalam website ini terdapat brosur tentang WPI yang boleh didownload untuk dibaca. Cuma masalah disini maklumatnya agak terhad kerana maklumatnya ringkas dan tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini.

Berikut adalah petikan ucapan PM dalam brosur tersebut:

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka panjang kerajaan saya untuk mengubah lanskap Johor Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier. Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang keluasannya tiga kali saiz Singapura akan menjadi sebuah metropolis yang serba moden, dengan tiga juta penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang terbaik di rantau ini. Pada waktu itu, WPI akan memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak untuk seni bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai, sektor perkhidmatan, kewangan yang berdaya maju dan sistem pengangkutan bersepadu sepenuhnya.

Perancangan ke arah menjadikan wawasan itu sebagai kenyataan sudah pun bermula. Kerajaan saya juga sudah mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai bagi beberapa industri perkhidmatan terpilih, selain membenarkan pelabur mendapatkan sumber manusia untuk industri itu dari serata dunia. Kami juga melonggarkan syarat berhubung pemilikan asing dalam sektor terpilih. Untuk merancakkan pelaksanaan wilayah itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI, satu pengalaman yang menyenangkan.

Ada banyak faktor mengapa Iskandar adalah syurga untuk pelaburan. Dari segi geografinya, ia terletak di antara India dan China iaitu dua gergasi baru ekonomi yang menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan yang lebih murah berbanding pesaing di rantau ini, selain sistem perundangannya yang mudah. Iskandar juga dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan utamanya, dua lapangan terbang antarabangsa dan rangkaian lebuh raya yang canggih serta mesra pengguna. Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000 pelabur dari Malaysia, Singapura, Timur Tengah, China, India dan Amerika Syarikat sudah meninjau peluang di Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan minat untuk melabur di situ.

Dianugerahkan dengan hutan hujan tertua dunia, paya bakau, pulau-pulau yang indah dan pesisir pantai yang panjang, Iskandar akan menjadi model untuk pembangunan mapan dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi dan berhati-hati telah dilakukan bagi memastikan WPI menjadi kawasan pertumbuhan paling pesat di rantau ini menjelang 2025.

Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi

Antara persoalan yang bermain difikiran:

1. Apa itu pembangunan premier?
2. Untuk siapa metropolis yang serba moden, senibina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai?
3. kenapa perlu dilonggarkan syarat pemilikan asing?
4. syurga pelaburan untuk siapa?
5. betulke kat JB ni ada hutan hujan tertua di dunia?

Untuk lebih mudah faham dan maklumat lanjut boleh rujuk maklumat yang terdapat di dalam wikipedia disini.

Kawasan manakah yang bakal terlibat dengan WPI?

Ini adalah kawasan yang terlibat dengan WPI. Sekali imbas dah macam sebahagian pembesaran Singapura. Senang tak payah susah-susah gali pasir. Beli tanah dengan pemimpin-pemimpin Malaysia aje. Murah dan Mudah. Kawasan yang terlibat adalah sampai ke Majlis Perbandaran Kulai (termasuklah rumah Mawi di Felda Taib Andak. Jangan rumah Mawi pun kena ambik sudah le), Pasir Gudang dan Pontian.

Kenapa sumber maklumat di dalam website hanya disediakan dalam bahasa Inggeris?

Yang saya memusykilkan ialah kenapa website www.wpi.com. my, www.idr.com. my, www.irda.com. my, dan www.sjer.com. my menggunakan website yang sama sedangkan semua ini menjalankan fungsi yang berbeza.

Yang keduanya kenapa semua website menerangkan tentang WPI ini dalam bahasa Inggeris sedangkan yang akan membaca dan yang paling ramai terlibat adalah dikalangan orang Melayu. Tidak bolehkah sediakan satu website dalam bahasa Melayu supaya mudah penduduk boleh baca dan faham.

Juga tiada satu badan atau orang perseorangan yang datang ke balai raya atau ke ke kampung-kampung untuk terangkan tentang WPI hingga ke peringkat akar umbi. Apa salahnya menyediakan satu badan bertindak untuk menerima input penduduk setempat di kawasan terlibat. Ajak la orang Kampung Pasir, Kampung Melayu dan yang sewaktu dengannya sebagai wakil setempat.

Adakah penduduk boleh menghalang jika tanah mereka diambil bagi tujuan pembangunan?

Jawapan bagi persoalan di atas ialah rakyat tidak boleh menghalang pengambilan balik tanah bagi kegunaan persekutuan sebagaimana terkandung dalam Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

Kerajaan Persekutuan boleh mengambil tanah melalui kerajaan negeri kerana urusan tanah dibawah bidang kuasa negeri. Yang akan meluluskan ialah exco negeri yang terdiri dari ADUN atau wakil rakyat yang dipilih oleh kita rakyat malaysia yang mengundi dia dengan diketuai oleh Menteri Besar (di Johor Ghani Othman la).

Penduduk cuma boleh merundingkan jumlah pampasan yang boleh diterima sahaja. Maklumat lanjut sila buka buku akta ni yang boleh dibeli di kedai buku di Angsana atau kedai-kedai buku bahagian undang-undang.

Persoalannya, adilkah tanah datuk nenek kita diambil dan dijual kepada orang Singapura?

Kenapa WPI dikatakan menguntungkan Singapura?

"Wawasan Malaysia untuk selatan Johor adalah cemerlang... "
Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2 Jun 2007, The Straits Times, Singapore

"Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan menguntungkan di Singapura - kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai halangan lain - tapi menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor"
Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei 2007, The Straits Times, Singapore

Ini adalah 2 petikan komen daripada brosur yang didownload dari website yang disebut di atas. Rasanya dah boleh faham macamana faedah kepada Singapura. Dah tak laku kat tempat dia baru nak buang kat Johor.

Rakyat Singapura bakal untung sebab mereka boleh beli rumah, pejabat atau hotel yang dibina di atas tanah orang Malaysia yang diambil kerana harga yang murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Cuba kita lihat sama-sama di sini. Harga sebuah rumah flat di Singapura ialah dalam lingkungan SGD200,000 (RM 460,000) hingga SGD 700,000 (RM 1.6 juta)

Statistik Harga Rumah Di Singapura (sumber: http://www.hdb.gov.sg/)

Berapa ramai orang Malaysia boleh beli rumah harga macam tu jika dibuat dikawasan WPI? Bos tempat saya kerja pun belum tentu boleh beli rumah harga macam ni. Rumah banglo di Johor pun tak sampai RM500 ribu. Rumah teres setingkat kos sederhana (RM100,000 hingga RM 200,000) untuk duduk sendiri di JB pun belum mampu dibeli oleh orang yang duduk di JB, inikan pula harta tanah berharga ratusan ribu ringgit.

Menurut program kerajaan dalam Malaysia My Second Home Programme (www.mm2h.gov. my), penduduk asing boleh beli harta tanah di Malaysia yang berharga lebih RM 250,000 (SGD 109,000-murahnya bagi orang Singapura). Rumah kedai atau ruang pejabat di Malaysia lebih mahal dari harga rumah tetapi jauh lagi murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura.

Jika saya orang Singapura amatlah beruntung kerana harta tanah serta barang keperluan boleh dibeli pada harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik saya dan keturunan saya selama saya tidak menjual tanah tersebut.

Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli oleh orang Singapura?

Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai Lido untuk makan steamboat. Lepas tu balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas, Pontian.

Persoalan yang masih perlu diterokai:

Masih terdapat banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mungkin dilain kali kita bertemu lagi. Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana WPI melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:


  • Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
  • Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
  • Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
  • Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru?
  • Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
  • Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
  • Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam WPI?
  • Boleh rujuk di sini. Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat WPI?
  • Jika WPI akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya?
  • Harga barang keperluan? Kuasa beli?
  • Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan WPI?
  • Siapakah yang merancang pembangunan WPI?
  • Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
  • Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
  • Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
  • Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini?
  • Apa persediaan kita untuk itu?
  • Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang WPI?
  • Jika WPI ini 'berjaya', adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?
  • Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul.......memerlukan jawapan....di dunia dan akhirat.
Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpinnya selepas mati kelak.

Selamat berkoridor.

Yang benar,
Orang Johor Lama

* Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku terutama kepada penduduk di kawasan WPI. Tulisan ini adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak langkah ke arah kehidupan bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak haloba.

"Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri."
- Rakyat Malaysia

edyes wrote :

Satu ulasan yang agak panjang tetapi berbaloi bagi yang menghatamnya...

Pada hemat saya, matlamat utama negara bukanlah hanya kepada pembangunan dan kemajuan semata-mata. Kebajikan rakyat juga harus diutamakan...

Ingatlah bahwa pembangunan itu biarlah selaras dengan taraf kehidupan...

"Apalah gunanya kemajuan itu jika masih ramai rakyat yang merempat di bumi sendiri... "
-edyes

Antara MB P.Pinang dan MB Melaka...

Bila saya dapat tahu MB Pulau pinang, Lim Guan Eng naikkan elaun guru KAFA sebanyak RM100, lain pula jadinya di Negeri Melaka pada Januari 2008 mula elaun KAFA guru-guru JAIM dipotong sebanyak RM 288, dah tu tak beri notis lebih dulu.

Maknanya baik lagi Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada Kerajaan UMNO Melaka. Dah tu tak ada seorang pun ADUN UMNO yang berani bangkit perjuangkan nasib guru-guru agama. Bila ada apa-apa majlis kerajaan negeri dan UMNO, guru-guru JAIM dipaksa hadir untuk tolong meramaikan tanpa ambil kira mereka perlu bersama keluarga atau tidak.

Ini jelas menggambarkan pada kita bahawa Guru KAFA JAIM telah dijadikan buruh kasar dan buruh paksaan Ali Rustam, nak lawan tak berani kerana semua bertaraf kontrak yang boleh dibuang bila-bila masa umpama lampin pakai buang yang telah digunakan. Elaun yang diberikan pun tak berpadanan dengan kerja yang telah dibebankan. Betapa siksanya hidup orang Agama di bawah pemerintahan Dinasti BN Melaka. Kalau ada pembangkang-khususnya PAS sudah tentu perkara ini adakan diperjuangkan.

edyes wrote :

Apabila Lim Guan Eng memperkatakan tentang model pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz agar menjadi ikutan, sejuk hati orang PAS, sejuk hati setiap umat islam yang mendengarnya dan ianya memberikan satu harapan yang baik.

Beliau sekali lagi mengagumkan arena politik tanah air dengan penambahan elaun guru agama KAFA yang sudah pastinya akan dicemburui oleh pemimpin UMNO yang lain dalam konteks memperjuangkan agama dan bangsa.

Dalam satu petikan, beliau turut mengatakan sekiranya agenda negara islam yang dibawa oleh parti PAS memberi kebaikkan kepada semua kaum "why not?".

Masih ingatkah kita siapakah lelaki cina yang mempertaruhkan dirinya dan juga hampir mengorbankan karier politiknya demi memperjuangkan nasib seorang gadis melayu? Hingga terperuk ke lubang ISA !

Komentar ini bukanlah ingin mengagung-agungkan individu tertentu, cuma ingin memperingatkan kepada pemimpin UMNO yang pada dasarnya ingin memperjuangkan agama dan bangsa tetapi tiada implementasi yang boleh dibanggakan.

Kita semua harus sedar selama ini kita sering dimomokkan oleh BN bahwa parti DAP adalah terlalu jahat dan tidak boleh diterima pakai sampai bila-bila sedangkan mereka di DAP hanya memperjuangkan hak keadilan sama seperti pembangkang lain. DAP tidak pernah diberikan peluang untuk membuktikan agenda yang di bawa oleh mereka boleh diterima oleh semua kaum.

Kita berharap agar maklumat bagi segala aktiviti, pembaharuan, kemajuan, pencapaian dan kebajikan yang di bawa oleh DAP diperolehi oleh rakyat dan difahami dari sudut yang lebih positif agar terbuka mata mereka2 yang sering menghina tanpa usul periksa!

Thursday, April 17, 2008

Apakah Kerajaan Sudah Hilang Kawalan ??

Saya pohon supaya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Malaysia dengan segera !!

Saya dapat rasakan kerajaan BN dan kroninya 'sedang' melahap hasil bumi sang petani, hasil titik peluh pesawah, hasil penat lelah para pengguna seantero, kerana kedudukan mereka yang semakin terjejas.

Kemungkinan masa yang tinggal oleh mereka maximumnya hanya sepenggal dan minimumnya beberapa bulan sahaja lagi! oleh demikian, mereka2 yang menguasai ekonomi monopoli ini tidak akan melepaskan peluang untuk 'melantak wang rakyat' untuk hari tua mereka dan keluarga mereka !!!

Selepas hargi mee naik sebaik sahaja kerajaan BN mengekalkan penguasaan dalam PRU12, juga selepas harga beras meningkat secara mendadak, harga roti pula naik bagaikan tidak diberi pilihan oleh rakyat Malaysia untuk terus survive. Ini semua adalah makanan asas rakyat !!!

Untuk bersarapan, bagi golongan pertengahan, nasi lemak adalah pilihan utama. Roti juga antara pilihan termasuklah roti buku, roti krim dan makanan asas gandum/tepung seperti juga roti canai. Segala jenis mee tidak terlepas daripada pilihan untuk bersarapan.

Manakala Tengahari dan Malam pula, sekali lagi nasi menjadi pilihan seperti nasi campur dan nasi goreng. waktu petang dan lewat malam pula roti tetap antara pilihan bagi golongan pertengahan. Mee kari ? Mee rebus ? Mee jawa? Mee lambak? semua terlibat dalam sahsiah pemakanan rakyat Malaysia!!

Arakian harga mee, harga beras dan harga roti meningkat, barang asas mana lagi yang akan dinaikkan selepas ini? Apakah kerajaan sekarang sudah hilang kawalan..?

Saya yakin rakyat semakin tertekan dengan kenaikkan yang tidak munahsabah ini. Sudah terang lagi jelas, kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat malah menindas dengan pelbagai kenaikkan kos sara hidup.

Kami semua sudah jelak dengan sandiwara kerajaan yang selama ini berpura-pura dan apabila keadaan menjadi gawat, semua langkah yang diambil oleh kerajaan umpama tiada berguna lagi pada mata rakyat! Itulah akibatnya kerana sentiasa menidakkan keadilan sejagat dari semua aspek!

Di sini ingin saya bertanya, apakah maksud ekonomi negara meningkat 6% (KDNK) seperti yang dicanangkan sebelum PRU? Di mana rasional 6% ini?


edyes

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan