Thursday, July 17, 2008

DNA : Anwar Akan Bersalah !











Salam perjuangan,

Walaupun saya hadir sedikit lewat iaitu sekitar jam 12 malam, sempat juga saya bersama pejuang yang lain untuk memberikan satu bentuk protes rentetan dari penahanan Dato Seri Anwar Ibrahim di IPKKL Jalan Hang Tuah.

Saya tidak nampak si Tuah di jalan tersebut, tetapi saya nampak Jalan Hang Tuah dipenuhi Jebat ! Saya tidak sempat melihat kelibat aktiviti menyalakan lilin mungkin kerana saya telah dihalang oleh Anjing-anjing yang begitu ramai sekali. Anjing ramai ?

Terserempak pula rakan seperjuangan dari Seremban, Huraira. Beliau adalah ahli PAS bahagian Rembau yang bertungkus lumus menentang KJ pada PRU12 tempohari. Saya menjemput Huraira dan rakan-rakan untuk bermalam di rumah saya kerana beliau mengatakan akan turut serta dalam perhimpunan keesokkan harinya.

Menurut cerita dari mulut ke mulut, difahamkan berlaku satu kejadian yang agak pelik atau secalit kebetulan. Lif yang membawa DSAI turun dari tinggat 9 secara tiba-tiba jammed! Ianya berlaku sehingga memaksa pihak bomba datang untuk membuka pintu lif yang jammed itu. Jika benar ini berlaku, adakah ianya kebetulan? Jika benar ini berlaku, apakah itu satu tindakkan jahat serangan psichology terhadap DSAI yang berumur 61 tahun itu? Polis nampaknya memberi tekanan fizikal dan mental kepada DSAI walaupun tidak menyentuh beliau.

Terima atau tidak, kita telah melalui satu saat de javu yang dirancang. Anwar pada malam tadi tidur dilokap, dan hari ini kemungkinan besar beliau akan dibawa ke mahkamah Jalan Duta supaya pihak polis boleh memohon penahanan reman 14 hari. 14 hari. 14 hari !

Sepatutnya mengikut undang-undang, Anwar harus dibebaskan setelah memberi keterangan atau setidak-tidaknya setelah pihak polis mendapat DNA dari Anwar. Kenapa harus direman ? Kerana Anwar begitu berbahaya kepada kerajaan !

Saudara dan saudari, perkara ini bersangkut paut dengan kes bunuh dan kes rasuah besar-besaran. Percayalah jika Anwar tidak disabit bersalah, sudah tentu kerajaan BN akan runtuh dalam masa yang singkat. Ini antara hidup dan mati. Hidup Anwar bermakna matilah kerajaan BN kerana beliau telah banyak membongkar dan kemuncaknya adalah malam debat yang lalu.

Saya nak tanya saudara saudari sekalian, adakah saudara akan percaya keputusan DNA kelak ? Jika mereka mahu Anwar bersalah dalam kes liwat ini, sudah tentu keputusan matching DNA itu akan positif. Sekiranya negetif atau sekiranya Anwar selamat dari tuduhan, apakah yang bakal berlaku selepas itu? Tamparan yang hebar buat Paklah, Najib dan rakan-rakan. Pasti ini tidak sekali-kali dibenarkan berlaku. Jadi Anwar tetap akan dijadikan bersalah !

Saya telahpun batalkan trip untuk balik kampung minggu ini kerana ingin mengambil bahagian dalam perhimpunan yang bakal diadakan Sabtu dan Ahad ini. Maaf kepada mak di Paroi sana, Abang balik minggu lain lahhhh.

Bangkitlah, bangkitlah, bangkitlah pada hari ini !! Atau perkara yang sama akan berlaku sehingga ke anak cucu kita. Demi Agama, Bangsa dan Negara, bangkitlah !!

RE-FOR-MA-SI !!

TAKBIR !


EDYES
17 Julai 8.30am

3 comments:

The Truth said...

Assalmulaikum / Seamat Sejahtera
Saya berpendapat DSAI keluar & berjuang dari luar negara dari dlm negara seperti Ayahtollah Khomeini. Ini bukan bermakna DSAI pengecut atau meninggalkan penyokong berliau. Semangat perjuangan akan lemah & mungkin tergendala jika DSAI berkempen dari Sungai Buluh ! Dari apa yg telah berlaku, kita tahu penghujung kes liwat ini. Segoga Allah memberi pedoman & petunjuk ke jalan yg benar. wslm

malayrulze said...

Assalamualaikum,saudara edyes

Minta maaf sekali lagi saya merasakan comment saya ini hanya kontra dari isu yang anda ketengahkan,dari apa yang saya lihat anda lebih suka tidak mempercayai sekeliling anda,mahkamah tidak betul,polis digelar anjing,pihak hospital yang menguruskan matching DNA juga anda tidak mempercayai...

Saya dapat merasakan saudara edyes ini benar2 mengikut perasaan sehingga yang indah pun anda nampak buruk...kepada pihak edyes jika benarla nalar anda itu tentu sekali kerajaan dapat mengubah keputusan pilihanraya negeri yang dirampas oleh pihak pembangkang .Ini menunjukkan kerajaan sekarang ini tidaklah seteruk yang anda anggap.

Kenapa dengan isu pembangkang dapat merampas 5 negeri ini,anda mengangap keputusan ini adalah benar???? disini saya dapat simpulkan jika sebarang keputusan yang memihak pada pihak anda baru anda katakan kerajaan ini telus.... saya harap saudara edyes ini berdirilah di alam yang nyata... jangan hanya menyokong keputusan yang hanya memihak kepada phak anda,keputusan yang tidak memihak kepada anda,anda nyatakan ini semua salah,semua kosnpirasi,semuanyalah pembohong.(dalam situasi ini saya dapat ketegorikan anda sebagai indenial)masalah psikiatry yang masih boleh dirubah.

Jesteru itu saya amat berharap saudara edyes ini cubalah meneutralkan diri anda,ingat politik itu kotor..... anda pastikah anwar tidak melakukan liwat?anda pastikah kerajaan sekarang tidak terlibat???jika anda tiada bukti yang anda nampak janganlar anda berada dipihak indenial...... serahkan kepada pihak yang lebih arif untuk menentukan,dan saya ingin sangat bertanya kepada saudara edyes jika dalam siasatan mendapati anwar ibrahim tidak bersalah??? ADAKAH ANDA MASIH MENYATAKAN MAHKAMAH ITU TIDAK ADIL,POLIS ITU ANJING,DAN KERAJAAN ITU PEMBOHONG?? Fikirkanlah,jadi seorang yang neutral....jika anda bukan seorang yang arif dalam DNA biarkan yang arif menenentukan wassalam

Edyes said...

kepada malayrulze,

1. Berkenaan kemenangan 5 negeri, Saya percaya jika tiada penipuan, sudah tentu bukan hanya kemenangan 5+1negeri, malah kerajaan pusat juga pada tanggal 10 Mac akan bertukar tangan.

2. saya tidak neutral, ada sesuatu yang saya perjuangkan. Saya tidak akan duduk diam selagi ada rakyat yang masih sengsara di kala kerajaan membelanjakan lebih 3juta untuk kenderaan mewah 'ahli'nya.

3. Polis Anjing ? jangan silap, saya hanya menuduh polis yang membelasah demonstrator sebagai anjing. dalam entri di atas, tuduhan anjing itu kerana kebiadapan mereka dalam memberkas 'teroris' Anwar Ibrahim.

4. Saya tidak kira apa jua keputusanya, jika Anwar salah atau tidak salah dalam kes liwat terbaru, itu bukan masalahnya. Masalahnya ialah mahkamah hari ini telah banyak dicemari ! keadilan itu umpama sudah rosak di negara ini.

5. Kerajaan Pusat memang pembohong !

6. saya tidak taksub anwar. sila refer entri ini.

7. Terima kasih atas komen anda. Niat anda memang ikhlas pada pandangan saya.