Wednesday, July 16, 2008

DNA : Anwar Dibawa ke HKL !

Sepuluh kenderaan polis, termasuk yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar dari bangunan ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur menuju ke hospital Kuala Lumpur - dipercayai untuk ujian DNA.

Konvoi kenderaan dengan kawalan ketat itu keluar dari jam 8:35 malam dan sampai kira-kira 8.45 malam.

Anwar sebelum ini memberi keterangan kepada polis enam jam mulai 2.30 petang selepas dibawa ke IPK jam 1.11 petang tadi.

Beliau ditangkap sewaktu hampir tiba di kediamannya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur tengah hari tadi selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung isu dakwaan pemalsuan laporan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sementara 500 penyokong penasihat PKR masih lagi berkumpul di pinggir Jalan Hang Tuah.

Mereka diketuai ahli parlimen Batu dan juga ketua penerangan parti Tian Chua.

Mereka menyalakan lilin dan melaungkan slogan "reformasi."

Manakala sekumpulan 50 anggota polis, termasuk berpakaian biasa, berada di seberang jalan - sebelah bangunan IPK.

Malaysiakini difahamkan satu mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan