Sunday, July 13, 2008

Usul Hilang Percaya Tidak Dapat Dielakkan

Usul Hilang Percaya Tidak Dapat Dielakkan
13 07 2008

Oleh Sheih kickdefella

Usul hilang percaya pada Abdullah tidak dapat tidak, harus dibentang dan wajib disokong oleh ahli-ahli Parlimen dari UMNO terutama Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.

Pengumuman Abdullah tentang proses penyerahan kuasa kepada Timbalannya Najib Razak pada Jun 2010 menandakan bahawa,

• Tekanan terhadap Abdullah supaya melepaskan jawatannya begitu kuat di dalam UMNO.
• Majlis Tertinggi UMNO telah menerima bahawa Abdullah adalah liabiliti kepada UMNO dan menyokong tekanan akar umbi supaya Abdullah berundur.
• Tiada pihak yang didalam UMNO yang menggesa Abdullah menarik balik keputusannya dan ini bermakna, UMNO secara keseluruhannya menolak kepimpinan Abdullah.
• Parti-parti rakan UMNO dan komponen BN tidak merasa terkejut atau menolak cadangan penyerahan kuasa Abdullah itu.

Oleh yang demikian, ini bererti,

• Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli partinya.
• Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti pemimpin-pemimpin partinya.
• Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli parlimen UMNO dan parti-parti komponen BN.

Berdasarkan kesimpulan tersebut,

• Abdullah tidak boleh kekal sebagai Perdana Menteri apabila dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.
• Abdullah tidak boleh menjadi Perdana Menteri apabila dia tidak lagi mewakili majoriti anggota Dewan Rakyat.

Maka dengan itu,

• Satu Usul Hilang Percaya terhadap kepimpinannya perlu dibentangkan, dibahaskan dan satu undian perlu dilakukan.

Apabila usul ini dibawa ke peringkat pengundian, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, demi perpaduan Barisan Nasional tidak boleh menyokong usul tersebut, tetapi demi masa depan Barisan Nasional mereka haruslah,
• Menggunakan ruang masa waktu perbahasan untuk membahaskan kelemahan dan kepincangan kepimpinan Abdullah yang telah mengakibatkan pretasi buruk Barisan Nasional dan mengakibatkan Barisan Nasional kehilangan 4 buah negeri termasuk Negeri Perdana Menteri sendiri, kehilangan kerusi-kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kehilangan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan dan gagal menawan semula Kelantan.
• Bertindak untuk berkecuali sewaktu pengundian di buat.

Oleh yang demikian, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional tidak dilihat menyokong usul pembangkang dan melanggar etika Barisan Nasional, tetapi pada waktu yang sama bersetuju bahawa kepimpinan Abdullah tidak harus diteruskan.

Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lain ahli Parlimen Barisan Nasional yang lantang menyelar Abdullah seharusnya bertindak konsisten sewaktu Usul ini dan tidak pula bersikap seperti lalang dan menampakkan diri mereka tidak ada bezanya dengan Abdullah sendiri yang tidak pernah konsisten didalam keputusannya.

Kenyataan Abdullah berhubung proses penyerahan kuasa kepada Najib pada Jun 2010 adalah satu penipuan dan jelas sekali tidak sah kerana,

• Penggal Abdullah sebagai pemimpin UMNO akan tamat Disember ini, oleh yang demikian beliau tidak boleh mengakui beliau masih Presiden UMNO sehingga Jun 2010.
• Abdullah hanya boleh mengaku menjadi Presiden sehingga 2010 selepas pemilihan pucuk pimpinan UMNO Disember ini dan jika Abdullah menang pemilihan tersebut.
• Najib bukan Timbalan Presiden UMNO sehingga 2010 oleh itu bagaimana Abdullah yang juga bukan Presiden sehingga 2010 boleh melantik Najib menerajui UMNO selepas Jun 2010.
• Oleh yang demikian bagaimana Abdullah boleh mahu melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Jun 2010?
• Perlantikkan Perdana Menteri bukan bidang kuasa Abdullah tetapi hak YDP Agung.

Beberapa faktor lain yang menyebabkan usul hilang percaya pada Abdullah harus dibahaskan dan dibuat pengundian,

• Abdullah telah gagal mempertahankan kedaulatan Negara sebaliknya merelakan pencabulan kedaulatan Negara oleh pihak luar.
• Abdullah telah mengusulkan supaya pencabulan kedaulatan Negara dihalalkan menerusi Iskandar Malaysia dimana warga asing boleh memasuki kawasan Iskandar tanpa memerlukan kelulusan imigresen dan tanpa dokumen yang sah.
• Abdullah membenarkan Perairan Negara di Selat Melaka dikawal oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Singapura.
• Abdullah telah membenarkan Tentera Komando Singapura menggunakan Pengkalan ‘Special Warfare’ di Gemas sedangkan ini bererti beliau telah kompromi pengkalan strategik Angkatan Tentera Malaysia.
• Abdullah telah hilang kewibawaannya dan terdedah kepada ugutan Amerika Syarikat apabila syarikat milik anaknya terbabit didalam skandal ‘supplying nuclear parts’ kepada negara ketiga.
• Asset milik anaknya, iaitu kapal milik syarikat anaknya telah ditahan kerana membawa ‘nuclear parts’ untuk pihak negara ketiga.
• Abdullah telah diberitahu oleh Presiden Amerika Syarikat bahawa pembabitan syarikat milik anaknya itu adalah boleh mengakibatkan anaknya di tahan dan diklasifikasikan sebagai bersimpati dengan pengganas.
• Pembabitannya sendiri didalam skandal Oil for Food di Iraq juga menyebabkan beliau terpaksa akur dengan tekanan luar untuk mempertahankan kedudukannya.

Oleh yang demikian, Abdullah terdedah kepada ugutan oleh kuasa besar yang boleh mengakibatkan beliau terpaksa kompromi keselamatan dan kedaulatan Negara jika ingin terus menjadi pemimpin Malaysia.

Ahli-ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional harus bertindak sebagai berkecuali sewaktu pengundian usul hilang percaya. Ahli-ahli Dewan Rakyat dari Pakatan Rakyat dan Bebas harus bertindak menyokong usul hilang percaya ini.

Abdullah perlu meletakkan jawatannya segera selaps beliau tidak lagi menikmati kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.


edyes wrote:

1. Parlimen ditutup buat orang ramai pada hari Isnin ini.

2. PAS dikatakan tidak akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap paklah. Adakah bermakna PAS sokong paklah?

3. Kita nak tengok sejauh mana kekuatan pahlawan songsang dari UMNO. Adakah mereka menyokong? jika menyokong, mereka hipokrit !

4. Inilah sejarah. Tunggu hari isnin, adakah sejarah kemerdekaan baru berlaku..?

4 comments:

Mr.Green said...

Besok DS Anwar akan berdemo depan Parlimen.Ada kebarangkalian beliau akan ditahan.saat ini lah ditunggu tunggu oleh mereka.minta pegawai keselamatan lebih keras!.

kalau DS Anwar kena tahan.Debat kensel!.lega mereka!

Pak Lah nak umum kebajikan untuk rakyat hari jumaat ini.Kenapa hari Jumaat ini.Kenapa tidak Esok? 140708.Nak alih tumpuan dari Usul yg bakal dibentangkan...

Edyes said...

kita kena faham, sekarang ini paklah dan juak2nya berada dalam kedudukan paling bahaya.

Dalam UMNO pun dah tak selamat jika usul tersebut dibentang.

DSAI nafikan demo pg Isnin dari pihak Pakatan Rakyat.

wait n see

Mr.Green said...

saya paham.

paham sangat...

cuma kita jangan melatah

Merlimau said...

bila paklah dah umumkan bersara 2010, itu bermakna paklah tidak lagi punya kredibiliti sebagai pemerintah.

Najib pun belum tentu dapat merasa jadi PM, silap2 paklah sendiri yang buang najib sebab kes alhantuya.

politik Malaysia, biasa la

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan