Thursday, July 3, 2008

Bukan Kerana Anwar !








"Bukan kerana Anwar"

Itulah ayat yang pertama terpacul dari mulut Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pidatonya pada malam 1 Julai yang lalu di stadium Melawati Shah Alam.

Agak terlewat bagi saya untuk menyampaikan berita bergambar bagi majlis serba hebat sebegini oleh kerana sumber yang terhad. Saya hadir pada malam tersebut tetapi agak malang kerana menyedari bahawa kamera saya ketinggalan. Kesilapan teknikal yang harus tidak berulang.

Saya juga amat terkejut dengan jumlah kehadiran pengunjung pada malam itu. Terlalu ramai sehinggakan yang duduk bersempit-sempit, yang berdiri berlapis-lapis. Sokongan tidak berbelah bahagi dari rakyat amat jelas sekali. Begitu juga dengan satu bancian online dari Malaysiakini yang menunjukkan lebih 94% responden percaya bahawa Anwar tidak bersalah dalam de javu tersebut.

A separate survey by the independent news website,Malaysiakini (www.malaysiakini.com), showed that 94.4 percent of its respondents believed the allegation was part of apolitical conspiracy against Anwar. - Malaysiakini.

Pada malam tersebut, DSAI menegaskan bahawa kebangkitan rakyat adalah bukan semata-mata kerana beliau. Anwar juga menjelaskan jika beliau terkorban seperti mana Rafiq Hariri yang dibom, seperti Benazir Bhutto yang ditembak di kepala dan Altantuya pula yang di'c4'kan di negara ini, rakyat perlu bangkit tidak kira samada beliau masih hidup atau telah tiada.

Jelasnya lagi, ini bukan soal Anwar. Ini adalah soal kedaulatan undang-undang di negara ini yang tinggi ketirisan dan umpama boleh dijual beli. Dari sudut kepolisian pula, adalah amat mudah bagi pihak tertentu untuk merekayasa tuduhan dan diterima bulat-bulat sebagai sebuah lapuran polis bagi merencatkan perjalanan kem Anwar menumbangkan kerajaan korup.

Merujuk kepada beberapa keping gambar di atas, saudara dan saudari akan saksikan baju yang dipakai oleh anwar sewaktu berpidato malam itu adalah baju yang sama dipakainya pada sebelah siang sewaktu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam.

Baju yang sama? tak mandi? saya bukan menghina tetapi memuji kesungguhan Anwar. Beliau umpama tidak putus-putus berusaha demi membela nasib rakyat sehingga tidaklah sempat baginya untuk menukar pakaian lain seperti baju batik sebagai contoh. Kebiasaanya DSAI mengenakan baju batik pada majlis-majlis pidatonya. Perkara yang detail sebegini mencerminkan peribadi beliau yang begitu bersungguh-sungguh menempuh segala halangan yang menimpa. Lawan tetap Lawan !!

Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau akan mengumumkan fakta di mana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku. Walaubagaimanapun, beliau tetap memaafkan pemuda tersebut dan tidak bermusuhan kerana pemuda itu masih mentah dalam membuat keputusan, masih mentah dari asakan pihak-pihak tertentu.

Anwar juga telah memaafkan orang-orang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan beliau pada tahun 1998 yang lalu, tetapi apabila kes yang diberi nafas baru ini kembali menjelma, beliau akan lawan habis-habisan. Cukuplah sekali beliau dipenjarakan, cukup sekali beliau ditelanjangkan, diaibkan, dibelasah separuh mati. Seraya beliau berkata"Saya telah maafkan Musa Hassan, Saya telah maafkan Gani Patail tapi mereka buat lagi. Kalau begitu saya Lawan tetap Lawan !!"

Banyak perkara yang disentuh oleh Anwar pada malam itu, soal minyak, soal 'corect-corect' mahkamah, soal penindasan, soal pengakuan bersumpah raja petra dan pelbagai lagi. Penjelasan demi penjelasan diutarkan kepada rakyat yang tidak sudah-sudah dimomokkan oleh media arus perdana.

Di akhir ceramah, beliau berdoa kepada Allah, "Jika ini adalah satu lagi ujian darimu ya Allah, biarlah ujian ini sebagai ujian yang terakhir sebelum kami berjaya melangkah ke Putrajaya".

Perjuangan ini harus diteruskan waima tanpa kelibat Anwar Ibrahim, kerana saya yakin bahawa kita semua penyokong yang tidak taksub kepada satu-satu pemimpin. Kita menyokong kerana dasar yang dibawa, kita memberi sokongan kepada pemimpin yang membela nasib bangsa. Perjuangan ini demi agama bangsa dan negara. Demi Islam, kita dituntut untuk menegakkan keadilan dan membasmi penindasan, itu sudah memadai untuk mengiktiraf sebuah perjuangan.

Sesungguhnya mereka merancang, Allah juga merancang, nescaya perancangan Allah itu lebih hebat lagi.

Allah Huakhbar !


EDYES
3 Julai 2008

ps: marilah meremang bersama saya dengan menonton video ini. klik sini

gambar ehsan dari pinkturtle

6 comments:

apisfires said...

anwar mimpi lagi...
ngape dia tak cakap masa itu juga??
nak susun ayat kelentong la tu....
ada ke anwar nak wat konspirasi??

Unknown said...

Salam..
PENGKHIANAT AGAMA,BANGSA&NEGARA HARUS DITEMBAK MATI AJE. SIMPAN PUN BT BANGKAI. Mula kesian la jg jk fkr mkin ke fitnah KES BUNTUT DIA NI. Tp bl dh sampai MELIBATKAN NEGARA US..YG TERANG2 NEGARA YAHUDI YG AMAT BENCIKAN NEGARA ISLAM TU YG DIJADIKAN KAWAN BAIK SI ANWAR BUNTUT NI..AKU JD MARAH. DIA NIE JENIS TAK SYG NEGARA&AGAMA. SANGGUP JUAL APA PUN. KALAU DH RASA DIRI TK MAIN BUNTU TAKUT APA?? BT SOLAT HAJAT. NI TK MINTA TLG PD KAFIR..MAHU AJE AKU TEMBAK PENGKHIANAT NI!!!!!

Edyes said...

Seorang lagi penonton setia TV3.

Anonymous said...

Salam..
Apa yg dikata dlm berita tu tk btl ke? Cuma encik betulkan. Mkin encik ni PA ANWAR kot. Tak btl dia bt panggilan ke US. Tk btl US antar surat pd Msia?? Tk betul ke,encik?? Apa yg encik tahu? Cuba bgtahu. Jgn mcm ANWAR..keja ada bukti..ada bukti..tp tk juga2 tunjukkan bukti. Smpai bila nk simpan bukti2 tu semmua. Fkr tak? Aku aku org tuduh..tk buat ada bukti tunggu apa lg. KELUARKAN LA! Jgn aje tk guna!!!!

Anonymous said...

Biasalah orang politik. Nampak sama macam stail Ezam, eh Ezam tu ikut stail bekas bos dia kot... ada bukti tapi cakap je ada. Ada ke idak tak tahu la. Tapi Anwar pun ada nafikan hubungannya dgn AS, tak pernah cntct AS pasal isu tu, siap nak nak saman lagi pihak yg tuduhnya. Kalau pihak yg tuduh Anwar ada hubungan ngan AS tu ada bukti; surat ke, emel ke, call ke, sms ke dll sila buktikan. Yang pasti UMNO memang perosak negara, kalau orang cerdik dah lama fikir; bila org tak sokong mulalah hantar BPR merujuk kes Dato Ahmad Said (MB Trg) dan SAPP sama gak ngan kes Bala... hilang terus bekas polis tu. Kesian tgk org yang masih sokong 'blind pig' kat puak UMNO ni. Yang tgk berita TV3 dan RTM pun kesian gak, kena tipu petak-petak...

Anonymous said...

Salam...

buat apisfires... jangan cepat melatah, sejarah dah menunjukkan BN buleh buat apa yang dia suka... Kalo Anwar kata masa tu dia kat Masjid tengah solat aku rasa pasni si Saiful tu buleh tukar pulak statement dia yang Anwar buat tak senonoh kat dia dalam masjid....

Buat penonton setia TV3, jangan la kita terus percaya berita2 yang disampaikan selagi takde bukti... fitnah namanya tu. Ada bukti ke yang Anwar contact/email/sms/anto surat kat US??? Ada bukti ke Anwar meliwat???

Insaflah semua, kiamat dah dekat...

P/s: aku musykil bila Anwar buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara & Peguam Negara - takde la pulak diorang kena tangkap masuk lokap....