Wednesday, July 16, 2008

Anwar Ibrahim DiTahan Polis Bertopeng !!!

Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

edyes wrote:

Wahai polis dan kerajaan !

Negara ini adalah negara yang bertamadun !

Tergamak kamu tahan Anwar ditepi jalan !!!!! sedangkan beliau telah bersetuju untuk hadir jam 2 petang !!

Kesabaran rakyat yang kian tipis ini jangan dicabar !!!

Kamu jangan ingat kami akan berdiam diri !!

Apakah sejarah pahit 1998 akan berulang?? adakah itu yang paklah mahu !!!

LAWAN TETAP LAWAN !!!

REFORMASI !!!

Gambar Manusia Bertopeng di Sini

KERAJAAN PENJAJAH !

4 comments:

Mr Green said...

KONSPIRASI 98 buku cerita dibuka! Dajal!

aku takkan ampunkan mereka yang zalim!biar roh mereka tergantung

aku takkan maafkan saiful bukhari!ingat balasan Allah!

Edyes said...

Teringat saya pasal debat Anwar semalam.

Anwar ada kata, "entah apalah nasib saya besok lusa".

Beliau pun telah agak perkara sebegini akan berlaku terhadapnya.

P.E.M.A.N.T.A.U said...

Sudah bermula episod balas dendam....dosa anwar kepada bn iaitu debat hingga memalukan menteri penerangan,menteri kewangan dan seluruh kabinet BN. LAWAN TETAP LAWAN.

hanitha said...

YA ALLAH YA TUHAN KU, LINDUNGI LAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DARIPADA ANJING-ANJING KEPARAT KERAJAAN BARISAN NASIONAL. KUATKAN LA IMAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM. LINDUNGI LAH HAMBA MU YANG DI ZALIMI ITU. AMIN

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan