1:19 tengahhari.
Baru sebentar tadi saya menyaksikan siaran langsung daripada parlimen di TV1. Persidangan diteruskan seperti biasa namun ada adegan yang tak seronok mata memandang dengan gelagat pemimpin Barisan Nasinal. Beliau sudah dikenali sebagai seorang yg suka mencari publisiti murahan dalam apa jua isu yang dibentangkan. Beliau adalah YB Barisan Nasional dari Kinabatangan.
Saya tidak pasti apakah topik yang diperbincangkan pada masa itu kerana terlewat sedikit untuk menyaksikan siaran langsung tersebut. Apa yang pasti, beliau (YB Kinabatangan) telah menunjukkan isyarat lucah kepada salah seorang pemimpin daripada pembangkang. Yang Dipertua Dewan menegur tindakan kurang sopan yang ditunjukkan oleh beliau dan memberi amaran agar tidak menunjukkan sifat kebudak-budakan di parlimen.
Bukan itu sahaja, ramai daripada pemimpin Kerajaan tidak hadir semasa sesi persidangan berlansung. Dapat dilihat dengan jelas hampir separuh kerusi kosong yang majoritinya adalah daripada wakil dari Kerajaan. Sungguh memalukan apabila pemimpin yang dipilih oleh rakyat memperlihatkan sikap moraliti yang rendah dan tidak beretika sedangkan 21 juta rakyat melihat gelagat mereka di dewan.
Tidak cukup dengan itu,jawapan yang tidak memuaskan dan tidak berkualiti daripada Menteri² Kerajaan apabila ditanya oleh pembangkang sudah jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak layak memegang amanah rakyat.Inilah realiti pemimpin Barisal Nasional. Berjuang atas nama rakyat walhal untuk kepentingan diri semata-mata. Maka tidak hairanlah mereka bersorak dan bertepuk tangan apabila menang agar usul kenaikan harga minyak ditolak.
berita oleh jilfityan credit to http://jilfityan.blogspot.com
edyes wrote:
Saya akan cuba kupas isu apakah yang membawa kepada isyarat lucah tersebut. Juga saya akan dapatkan videonya insyaAllah.
No comments:
Post a Comment