ALOR STAR 10 Julai — Sebuah helikopter SK 61A Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas di padang awam Taman Matahari, Bidong kira-kira 40 kilometer dari sini pukul 7.15 malam tadi. Menurut kenyataan TUDM yang dikeluarkan di sini hari ini, pendaratan cemas itu dilakukan kerana pesawat tersebut mengalami sedikit masalah teknikal. — Bernama
edyes wrote:
Nasib baik tiada yang terkorban untuk nahas kali ini. Kepada Menteri Pertahanan Malaysia, saya merayu agar pihak kementerian mengumpulkan semua heli yang bernama NURI untuk di'scrap'kan. Nuri sudah tidak releven di alaf ini. Janganlah kerana ingin berjimat, maka nyawa 'pilot' negara menjadi pertaruhan.
Sebagai kerajaan yang 'prihatin' adalah tidak wajar untuk membiarkan Nuri-Nuri ini berterbangan kerana rekodnya yang telah membunuh puluhan nyawa perwira negara. Mereka ini tidak harus mati sebegini, mereka adalah perwira negara. Jika mereka mati sekalipun, biarlah mereka mati di medan perang.
Jika ada lagi berlaku kemalangan Nuri yang melibatkan kematian, siapa yang harus bertanggungjawab? Kepada balu dan anak-anak kecil, bagaimana pula nasib mereka? adakah ini dikira sebagai sebuah pengorbanan untuk negara..??
Memanglah ajal dan maut itu di tangan tuhan, tapi sekiranya Nuri ini diharamkan, maka kematian dalam menjalankan tugas sedikit sebanyak dapat dielakkan.
No comments:
Post a Comment