Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan yang telah 'menggegarkan' negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun kes ini belum pun diputuskan kesahihannya malah masih dalam siasatan mengikut lunas undang-undang, namun segala tindakan individu selama ini masih menimbulkan tanda-tanya yang sehingga kini belum lagi muncul daripada 'tempat persembunyiannya' walaupun setelah membuat aduan dan laporan polis di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.
Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.
Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.
"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.
Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre'.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang dipetik sebagai berkata mengakui gambar yang tersiar diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari lalu bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.
"Dia (pembantu Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan," katanya.
Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.
PS : Melihat gambar-gambar di atas, menggambarkan 'budak' ini adalah pro-UMNO.
sumber anon
10 comments:
Istimewa sungguh Anwar ni....kalau org lain tak kan dapat bilik diraja....sian org2 yang terpedaya dgn lakonan mantap dia...
Me
Kalau setakat gambar, belum cukup lagi buktinye Bro...
anon 11.38,
salahkanlah pihak kerajaan, sebab bagi anwar wad diraja...
anon 11.40,
sebab tu saya kata 'menggambarkan'. saya tak kata 'membuktikan'.
gambar itu memberi gambaran. atau bayangan. ok.
no offence
Edyes takpe..
cakap dengan org umno ni..macam kita sembang ngan batu...lantak dorang la nak cakap apa berlakon ka.jelas kita sudah nampak bumbung putrajaya..
dengar kata Azizan sekarang kelihatan merayau dan meracau dipekan Alor Gajah...
kita tengok la pulak budak sepol ni nak jadi apa lepas ni..
mungkin mereka belum sadar kerana balasan Allah tu bukan segera.tapi lihatlah apa terjadi pada watak individu yg mengfitnah dan menzalimi DS Anwar..
megat junid
mokhtar abdullah
rahim noor
khalid jerfi
azizan.
che det
waiting list
musa hassan
gani patail
sepol bukhari
Allahuakbar
AKU HERAN BAGAIMANA ANUAR BOLEH MEMBUTAKAN MATA HATI KORANG HINGGA TAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN....
DULU KORANG SUMPAH CHEDET...SAMPAI SEMBAHYANG HAJAT MINTA CHEDET MATI...LEPAS TU PI DOA DEPAN KAABAH MINTA ANUAR SELAMAT DAN BEBAS....KEBENARAN TELAH TERBUKTI...CHEDET HIDUP SIHAT SAMPAI LANI.....SI ANUAR SENGSARA DALAM PENJARA....ITULAH KEBENARAN DARI TUHAN YANG MAHAKAYA...
YANG DINAMAKAN KAUM LUT NI DIA SUKA PADA LELAKI YANG MUDA DAN HENSEM....NAH NIBUKTINYA...
TAK TAU LAH MACAM MANA BENIH KAUM LUT BOLEH TERLEPAS SEKOK KAT MALAYSIA.....YA ALLAH YA TUHAN KU...SELAMATKAN MALAYSIA DARI KAUM LUT INI......AMIN
Ni lah politik mind orang melayu bermati matian menyokong pemimpin kesukaan masing2 kalau boleh taik pemimpin pun dia kata wangi tak de bezanya dengan taksub pengikut ajaran sesat yang digambarkan sanggup minum air mandi pemimpim.
Janganlah taksub sangat pada pemimpin, mana yang baik kita ambik yang tak baik kita hentam baik pihak kerajaan atau baik pihak Anwar.
Tapi dari kes dulu orang yang taksub dengan Anwar ni sewel dia memang lain macam apa yang dia nampak pada Anwar tu bersih macam bayi baru dilahirkan. Kalau kata kerajaan sekarang tak betul iya aku setuju tapi jangan lah salah pilih lagi. Anwar memang maukan simpati, politik dia politik simpati dia membina momentum sokongan dengan simpati ini memang cara dia dari dulu sampai sekarang. Yang menyokong dia tu agak2 lah kalau tak puas hati tunggu lah pru13 kalau dia tak bersalah dia bertanding pilih lah dia. Aku percaya Anwar ni nanti makan sumpah orang2 yang percayakan dia kita saksikan lah nanti ....
Anwar dimakan sumpah?
Setelah beliau didapati bersalah oleh mahkamah undang-undang barisan nasional???
sumpah aku tak percaya kepada mahkamah kat Malaysia nie. keadaan dah makin teruk !! orang-orang tertentu dikebalkan dari undang2 negara. sapa nak percaya..?
paklah tak bagus..anwar pon tak bagus.. same2 gile kuasa nak memerintah dan bukan nak majukan negara.. drpd dok gaduh2, baek korang blaja rajen2 pastue keje leklok.. politik nie semua dr semua sudut kotor... btol x? yang penting, aku taknak pak lah memerintah!! n aku gak tak suke anwar!
salam...
apa yang nak di fikir2kan lagi..sumpah aje dgn AlQuran tu..itu pun kalau Anuar percaya kpd AlQuran dan Agama Islam..everybody is happy dan puas hati...
wassallam
Post a Comment