Monday, July 21, 2008

14 x E200 Kompressor


Kerajaan Terengganu telah membeli 14 buah kereta Mercerdes Benz E200 Kompressor untuk kegunaan 10 Exco, Speaker, SUK, Peg Kew Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Pembelian E200 yang berharga RM245,000(tanpa cukai) adalah untuk menggantikan Perdana V6 Executive yang telah digunakan lebih dari 4 tahun. Kos keseluruhan pembelian berjumlah RM3.43 juta !

Difahamkan keputusan untuk menggantikan kereta Perdana V6 itu telah dibuat oleh kerajaan Terengganu pada bulan lepas dengan alasan ia lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang serta menjimatkan dari segi kos penyelenggaraan.

SUKJ wrote:

RM3.43 juta..? Inilah yang susah untuk kita faham. Mereka suruh rakyat berjimat cermat tetapi pada masa yang sama mereka tidak laksanakan 'kepimpinan melalui tauladan'?

Sepatutnya dalam keadaan negara sedang menghadapi kemelesetan ekonomi sebegini, tindakan yang lebih tepat ialah menggantikan yang lebih mahal kepada yang lebih murah. Bukannya menggantikan yang murah kepada yang lebih mahal...? Sudah terbalik...??

Kenapa tidak menggantikan juga dengan Perdana V6 Executive yang baru? Walau apa pun alasan yang diberikan, ia tetap merupakan tindakan yang kurang bijak dan kurang wajar bila membelanjakan jumlah wang yang besar dan bukan wajib. Bayangkan sekiranya harga Perdana V6 Executive tanpa cukai ialah RM100,000 sebuah, maka jika 14 buah baru cuma RM1.4 juta...?

Lagi pun kebiasaannya jika Exco atau Pegawai Kanan kerajaan Terengganu mempunyai urusan di Kuala Lumpur, mereka akan menggunakan kapal terbang dan bukan menggunakan kereta untuk ke Kuala Lumpur?

Sebenarnya kemampuan dan keupayaan seseorang Exco atau Pegawai Kerajaan menjalankan sesuatu tugas dan tanggong jawab terletak pada hati dan akal fikiran mereka dan bukannya terletak pada jenis kereta rasmi yang digunakan oleh mereka...??

ps: I've used SUKJ words as I'm totally agree with him.

3 comments:

Anonymous said...

salam
sebagai orang ganu, sedih saya bila baca berita ni. konon kerajaan kata suruh berjimat cermat, tibe nok beli kete baru pulok!!! hal ini menimbulkan beberapa persoalan...
1. betul ke nak suruh jimat cermat... tunjukkan kepimpinan melalui tauladan..
2.teruk sangat ke mutu kereta nasional kita sampai kena beli mercedes? baru pakai 4 thn dah kena tukar baru. kalau perdana v6 executive model paling mahal dalam keluarga proton tarafnya dah macam tu, model2 lain agaknya setahun dua dah kena tukar. patutla dapat nama tin milo...
3.dah lupa ke dulu rakyat ganu berduyun2 keluar sokong keputusan tuanku tukar kepimpinan dari era idris jusoh ke mat said. harap kerajaan sekarang sedar anda berada di tempat anda sekarang atas sokongan rakyat...tunaikan amanah ini, bela nasib rakyat, jangan utamakan diri sendiri je...
baikla guna duit banyak tu bela nasib rakyat miskin kat ganu. dulu dah abis banyak buat masjid kristal. janganla membazir dah...
-rakyat ganu yang kecewa

Anonymous said...

Bila lagi nak dpt benda2 mcm nie..
klu pakai perdana v6 apa class.... Exco beb...

Edyes said...

Baguslah, inilah caranya rakyat negeri Terengganu diraikan dengan wang royalti.

Exco pakai Mercedes baru ada class? Exco cuma 14 orang berbanding rakyat sejuta orang.

patutnya, wakil rakyat mengorbankan sedikit keselesaan demi rakyat!