Monday, July 14, 2008

Jika Besok Minyak Turun RM1.62 seliter

Adalah menjadi satu gimmik yang jahat apabila DSAI dihalang secara halus untuk hadir menyaksikan perbahasan undi tidak percaya. Saya berasa hairan dan terkejut kerana tidak menerima sebarang maklumat mengenai perhimpunan protes harga minyak di parlimen tetapi berita sana-sini mengatakan bahawa akan terdapat perhimpunan haram. Haram Jadah.

Dari sini, dapat saya agak bahawa pihak kerajaan sedang dalam ketakutan menunggu detik hancurnya sebuah kerajaan separuh abad. Mereka akan lebih ketar apabila melihat kelibat Anwar di parlimen. Kehadiran Anwar pasti akan menyemarakkan lagi semangat ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga 'bakal' ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Usul penstrukturan harga minyak pada bulan lalu memihak kepada Kerajaan BN dengan undian popular 129 berbalas 79. Jika bancian ini menjadi perkiraan paklah untuk bersikap confiden, maka kita akan dapat melihat paklah tersungkur di dewan parlimen.

Apabila usul undi tidak percaya berjaya dibawa untuk pembentangan, kita akan lihat nyawa paklah di kerusi Perdana Menteri umpama nyawa-nyawa ikan. Siapa yang mahu lihat paklah kekal berbanding siapa yang mahu lihat regim paklah terkubur. Tidak perlu tunggu tahun 2010. Kita tak perlu projek koridor, kita perlu lebih kebajikan untuk rakyat.

Juga apabila usul undi tidak percaya dibentangkan, inilah masanya bagi ahli-ahli parlimen yang ingin menyeberang tetapi sangsi, melakukan satu sejarah dengan menyokong usul tersebut. Sekali sahaja dalam hidup ini melakukan satu pembaharuan, satu perubahan, satu penghijrahan adalah perkara yang ingin dilakukan oleh setiap insan.

Ahli parlimen juga manusia biasa. Jika ada peluang untuk merubah diri, pasti peluang itu tidak dilepaskan begitu sahaja. Tambahan pula peluang itu hadir hanya sekali. Apakah peluang itu diambil oleh MP Barisan Nasional? Sama-samalah kita berdoa agar sesuatu yang lebih baik berlaku pada hari ini. Kita bukan meminta kejutan untuk perkara yang merosakkan, kita berdoa agar negara ini menjadi lebih berkebajikan biarpun bukan untuk kita, tetapi untuk bangsa kita.

Saya bukan obses untuk melihat sesuatu yang tidak pasti. Tetapi adalah tidak menjadi kesalahan kepada saya untuk mengimpikan harga minyak yang berganda lebih murah, iaitu serendah RM1.62sen seliter. Pada waktu itu, saya akan isi full tank RM60 bagi kereta Waja dan saya seperti orang lain juga, akan tetap berjimat. Semua akan menjalani gaya hidup sepertimana hari ini kerana kita berhak untuk tidak tertekan apabila memikirkan hal harga minyak.

Apakah kita sebagai rakyat menerima seadanya harga minyak RM2.70sen per liter? Negara pengeluar minyak yang menjual minyak dengan harga yang begitu mahal untuk rakyatnya. Lebih baik kita jangan jual minyak kepada negara luar. RM2.70sen per liter ??

1 comment:

Anonymous said...

Kalau minyak harga 1.62 seliter, aku rasa fulltank kancil aku baru RM30. sekarang ni RM70 pun tak full lagi.


Anak johor