Friday, July 18, 2008

Anwar : Rakyat mahukan perubahan !

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi, masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyuarakan dan menyampaikan hasrat rakyat seluruhnya. Ribuan terima kasih kepada yang hadir ke kediaman saya semalam. Doa mereka untuk keselamatan diri dan keluarga amat saya hargai. Harapan mereka, semoga Pakatan Rakyat terus maju agar perubahan segera berlaku, keadaan negara lebih baik dan rakyat tidak lagi dibebankan dengan inflasi yang tinggi serta kenaikan harga minyak.

Melalui debat tempoh hari saya sudah menjelaskan beberapa mekanisme awalan untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50sen jika Pakatan Rakyat memerintah. Kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman bahawa dengan mengurangkan rizab tenaga lebihan yang dikeluarkan oleh pengeluar tenaga bebas(IPP) dari 41% ke 25%, akan menjimatkan RM 1.5 billion setahun ternyata mengesahkan hujah saya pada debat tersebut. Yang lucunya kenyataan pak menteri ini diletakkan di mukasurat 7 ataupun 8 di akhbar-akhbar berkenaan.

Yang lebih lucunya kenyataan Datuk Seri Syed Hamid Albar berhubung isu DNA saya. Mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Jikalau kebenaran jadi ukuran? Bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya! Jangan tahan orang tanpa bicara! Yang takut bukan saya tapi bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Jika Menteri Dalam Negeri tahu bagaimana rasanya diikat lalu dipukul setengah mati, oleh Ketua Polis Negara ketika itu dan di dalam Bukit Aman, ibu pejabat pasukan polis! Baru layak rasanya bicara dengan saya. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat pemerintah mampu untuk memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.

Kita sudah puas melihat kejelekan proses pendakwaan dan perbicaraan tahun 1998. Bukti-bukti dipalsukan, para saksi diugut serta dipaksa untuk mengaku. Semuanya taktik lama, aktor picisan baru yang sandiwaranya dimainkan oleh aktor penting yang lama. Cuma cubaan untuk mengelirukan rakyat kali ini pasti tidak akan berjaya. Rakyat mahukan perubahan.

ANWAR IBRAHIM

7 comments:

malayrulze said...

Sila baca dilaman web ini....

http://test.chedet.com/che_det/2008/07/the-anwar-debate.html#more

Edyes said...

Blog Mahathir tu bahaya. boleh memesongkan pemikiran.

Perkara pokok di sini ialah, adakah kita percaya kata-kata Mahathir?

Kita respek Mahathir kerana jasanya tapi bukan bermakna kita harus terima segala yang keluar dari mulutnya...

Anonymous said...

Sebagai manusia yang bebas dan berfikiran liberal kita tidak boleh mengambil sikap berat sebelah, saya baca semua tidak kira Anwar, Mahathir ke, kita tidak boleh menghukum sesiapa, jangan sesekali menuduh dan menghukum sekali gus, akibatnya kita yang terhukum!
Berbalik komen saudara "edyes" adakah kita percaya kata-kata Mahathir!
Begitu juga "adakah kita percaya kepada Anwar?"
Disebabkan Anwar lah saya menderita dan ramai rakyat menderita, kini nak saya percaya pada Anwar?
Mahathir takkan jadi PM lagi tapi untuk Anwar jadi PM mustahil bukan semua orang boleh menerima Anwar.

Edyes said...

saudara anon,

ingin saya jelaskan di sini bahawa perkara ini adalah sangat subjektif.

Saya berhak untuk mempercayai mana-mana pihak yang saya fikirkan membawa kepada kebaikkan dan begitu juga pada dengan saudara anon, berhak untuk tidak mempercayai sesiapa pun.

subjektif.

saya percaya Anwar tidak bersalah.

Anonymous said...

bkn memesongkan fikiran yang dikaji.. masalahnyer orang boleh berfikir.. bacelah dua2 side punyer blog, korang buat judgement sendiri..nnt korang tau arr mane bagus mane tak..

kata2 mahathir? aku rase lebih boleh dipercayai dr anwar tuh.. at least semua benda yg mahathir buat tuh kite nampak impaknyer.. yg anwar neh takde yg aku nampak kebolehan dier melainkan bercakap dan convince org laen utk sokong dier...

Edyes said...

kata-kata Mahathir...

percaya atau tidak percaya...

blog chedet memang saya baca, tetapi bukan untuk percaya ceritaranya. kunyah sebelum hadam.

Edyes said...

saya tak pernah nafikan jasa mahathir. memang banyak jasanya.

dan saya juga tidak pernah nafikan penipuan / kemungkaran yang berlaku sewaktu beliau memerintah.

jadi, pro con di sini ialah, biarlah mahathir dengan sejarahnya. mengapa perlu disentuh lagi, yang berjasa tetap dikenang, yang membuat onar juga akan diingati.

di dalam entri anwar ini, saya harap comment tumpu kepada entri.

ps: saya sangat tidak setuju dengan pernyataan chedet mengenai anwar dalam tajuk ANWAR DEBATE. puas ati..?