Monday, July 7, 2008

Gambar Sekitar PROTES 678











Selamatkan Negara Kita !

Selamatkan Malaysia.

Itulah antara kata-kata keramat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada malam kemuncak Himpunan PROTES Sejuta Rakyat.

Saya mendapat berita bahawa Ahli-ahli parlimen pakatan rakyat telah diejek kerana himpunan ini tidak mencapat angka sejuta. Namun begitu harus diingat, matlamat tetap tercapai.

Matlamat kita berhimpun bukan semata-mata ingin membuat kacau bilau di segenap jalan, tetapi berhimpun menyatakan rasa bantahan, meluahkan ketidak-puas-hatian.

Biarlah hari ini para ahli parlimen pengecut Barisan Nasional, yang sanggup untuk mengundi lulus bagi pengstrukturan subsidi yang bakal menyebabkan minyak naik lagi. Biarlah mereka tertawa hari ini kerana hari untuk rakyat kian menjelang tiba.

Pada minggu ini juga, dijangkakan bahawa akan berlaku lagi satu kegemparan di arena politik tanahair. Seperti yang disebut oleh Dato' Seri, Akan ada satu lagi dedahan. Ianya bersangkutan dengan penyalahgunaan mahkamah dan sistem perhakiman negara. Seorang pegawai tinggi dijangka akan mendedahkan rekayasa yang berlaku, bukti yang diada-adakan dan plot-plot bagi melancarkan konspirasi terhadap pemecatan DSAI.

Masih saya katakan, ini bukan kerana Anwar sila klik sini untuk entri berkaitan. Ini adalah demi kedaulatan undang-undang negara. Demi Malaysia, selamatkan Malaysia dari kedurjanaan.

Ingin sekali lagi saya menyebut di sini, sindrom yang melanda Bala sindram. Kehilangan beliau menjadi tanda tanya. Apakah saudara semua tidak boleh mencongak bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Congaklah, fikirlah, perhalusilah permasalahan ini kerana ianya melibatkan masa depan negara, dan masa depan saudara.

Adakah pemimpin-pemimpin negara ini 'kebal' dari undang-undang Malaysia? Mengapa ada unsur-unsur imunity sehinggakan tidak boleh dilibatkan dalam mana-mana kes termasuklah kes bunuh C4? Kita sebagai rakyat yang celik tidak lagi boleh diperbodohkan.

Hari ini hari Isnin, sama-sama kita nantikan Tsunami berikutnya. Percaya atau tidak, kita berada dalam krisis politik yang terhebat dalam sejarah negara.

7 comments:

Hebatnyer Melayu said...

salam.....

Apa sudah jadi saudara.... perhimpunan yang seumpama FUN FAIR ini tidak sepatutnya diadakan hanya menjatuhkan imej kerajaan negeru selangor sahaja... Kenapa siarkan gambar yang elok2 kenapa tidak siarkan gamabr alak menayangkan punggung dan di belasah oleh orang ramai. Program yang tiada matlamat ini hanya membazirkan masa dan wang sahaja. Disaat harga minyak naik rakyat sepatut melihat kerajaan negeri mengamalkan konsep jimat cermat bukan dengan aktiviti yang tiada matlamat.
sekian....

http://hebatnyermelayu.blogspot.com

Gandum said...

Edy

camner nak contact ko kat sini..

Pangeran said...

Edyes

jemput mampir laman blog gue.

http://pimaipimaitangtu.blogspot.com

Edy said...

saudara HM,

saya pun tertanya-tanya, apa sudah jadi?

tapi sebelum itu, ingin juga saya tanya kepada saudara HM, apakah komen saudara jika perhimpunan ini berupa sebuah perhimpunan kacau bilau di kawasan tumpuan pelancong seperti di klcc?

sudah tentu ayat saudara lebih keras dengan mengatakan perhimpunan tersebut menyusahkan rakyat lain. betul tak..?

Oleh demikian, walaupun perhimpunan ini umpama fun-fair, ianya 'fair' enought untuk menyampaikan mesej rakyat kepada kerajaan pusat demi menurunkan harga minyak.

Edy said...

saudara Gandum,

boleh email kepada saya di sini ;

edyes21@yahoo.com.


saudara pengeran,

terima kasih atas jemputan, saya menghargainya dengan meletakkan pautan ke blog saudara di link bloggers terpilih.

Hebatnyer Melayu said...

salam.......

Adakah dengan kumpulkan sejuta rakyat kerajaan akan menurunkan harga minyak. Bagi saya jangan katakan sejuta aepuluh juta pun kerajaan belum tentu lagi harga minyak akan turun. sebabnya ini bukan melibatkan masalah dalaman ini melibatkan krisis global dan semua negara mengalami.Kerja yang sia-sia yang dilakukan hanya untuk kepentingan politik sesorang bukan untuk semua. program yang mana pengisian diisi oleh konsep budaya pun..tidakkah memalukan orang melayu yang hadir melainkanlah yang saudara edy ini peminat muzik pun or underground. jadi saudara edy berpolitik cara bijak bukan berpolitik mengikut orang.

sekian....

http://hebatnyermelayu.blogspot.com

Edy said...

saudara HM,

saya percaya pemuzik jalanan jemputan itu juga tidak bersetuju dengan kerajaan pusat.

walaupun mereka umpama kutu jalanan, tetapi mereka juga manusia yang hidup seperti kita. cuba kaji lirik lagu yang disampaikan, bukan cara penyampaian.

berhimpun adalah hak kami. Matlamat bagi menunjukkan bantahan terhadap kenaikkan harga minyak. ok

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan