Wednesday, July 9, 2008

Internet pada mata Paklah

Oleh Datuk A Kadir Jasin

HERDIKAN Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi terhadap media yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) seperti blog, laman perkongsian fail YouTube dan sistem pesanan ringkas (SMS) wajib dipandang berat.

Jelas daripada kenyataan yang dimukahadapankan oleh hampir semua akhbar arus perdana hari ini bahawa Perdana Menteri telah membuat “kerja rumah” atau telah dinasihati oleh pihak-pihak tertentu yang tahu mengenai peranan ICT dalam pembentukan pendapat umum.

Bahasa yang digunakannya boleh dianggap keras dan mengancam. Beliau menggunakan istilah seperti pengkhianatan, perbuatan khianat, pembohongan, “treason” dan “treachery.”

Beliau menuduh pengguna saluran siber ini sebagai tidak menunjuk hormat kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Selanjutnya di sini

edyes wrote:

Masih saya ingat dasar-dasar yang dibawa oleh paklah sewaktu memulakan era pemerintahanya. Beliau telah membuat satu keputusan yang amat memeranjatkan iaitu berbalik kepada zaman pertanian berbanding kepada zaman teknologi maklumat yang dibawa oleh Mahathir.

Pada tahun 2004, keputusan ini telah mencerminkan bahawa paklah berundur setapak dengan dasar pertaniannya. Tahun demi tahun, ranking Malaysia sebagai negara IT telah menurun sedangkan pada masa yang sama, lepasan IPTA dan IPTS yang mengikuti pengajian teknologi maklumat semakin bertambah. Apa sudah jadi dengan negara ini ?

Apabila timbul krisis makanan dunia sejak April 2008, ramai yang telah sedar termasuklah diri saya sendiri bahawa langkah dasar pertanian yang dibawa oleh paklah merupakan langkah yang sangat bijak bagi menangani krisis makanan yang semakin ketara di peringkat dunia.

Oleh demikian, Malaysia sepatutnya buat masa ini telah BEBAS dari sebarang krisis pemakanan setelah paklah membawa kembali dasar pertanian. Tiada sebab harga barang perlu berasaskan pertanian naik mendadak sepertimana yang berlaku dalam negara.

Ini adalah satu kegagalan yang jelas di mana kita masih di ambang krisis pemakanan dunia. Walaupun paklah telah membuat keputusan yang betul, tetapi lemahnya seorang pemimpin itu apabila langsung tidak berjaya mengotakan kata-kata dan janjinya kepada rakyat. Langkah mengembalikan kekuatan di sektor pertanian umpama tiada makna kerana kehidupan rakyat makin terjejas dengan kenaikkan harga barangan asas makanan dari setiap sudut.

Pada mata saya, paklah adalah seorang yang gagal. Gagal dalam mengurus kerajaan, gagal dalam memperjuangkan nasib rakyat, gagal mengawal tindak-tanduk jemaah menterinya, gagal memimpin negara ke arah yang lebih baik. Atas dasar ini saya bangkit, atas kesimpulan ini juga rakyat bangkit. Kini polis pula dikerah mengadakan latihan bersama tentera bagi menangani kebangkitan rakyat. Paklah gagal !

Mana perginya kredibiliti seorang pemimpin apabila pada hari ini menyatakan internet itu satu bahana? Hanya yang berfikiran negetif sahaja berpendapat bahwa internet itu lebih banyak negetif dari positif.

Penggunaan istilah seperti pengkhianatan, perbuatan khianat, pembohongan, “treason” dan “treachery” kepada pengguna internet adalah satu tuduhan berat seorang pemimpin terhadap rakyat. Sudahlah rakyat menderita, dituduh pula pengkhianat !

Apakah media arus perdana itu jauh lebih baik? fikir-fikirkanlah...

EDYES
09 Julai 2008

No comments: