Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambung keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini berhubung pemalsuan bukti kesnya 10 tahun lalu yang didakwa dilakukan oleh ketua polis negara dan peguam negara.
Berbanding keterangan minggu lalu, sejurus sebelum beliau ditahan polis bagi siasatan kes dakwaan meliwat, sesi kali ini dijangka lebih panjang, kemungkinannya sehingga selepas tengah hari.
edyes wrote:
Jika pada minggu lalu, DSAI meminta izin untuk keluar lebih awal demi menghadirkan diri ke IPK tepat pada masanya, kini Anwar kembali ke BPR lagi bagi memperincikan segala maklumat kepalsuan bukti kesnya pada tahun 1998 yang lalu. Anwar kemudianya ditangkap sebagai penjenayah besar sewaktu dalam perjalanan pulang untuk solat dan makan tengahari bersama keluarga.
Sesi yang dijangka lebih panjang ini amatlah diharapkan kepada badan 'bebas' seperti BPR untuk tidak mensia-siakan segala maklumat dan bukti yang telah diberi. Bila lagi masanya untuk BPR buktikan ketelusan badan tersebut di mata dunia. Ayuh BPR, sedarlah bahawa kerajaan BN telah nazak buat masa ini, tidak salah jika BPR bertindak dengan telus sekali ! sekali sahaja...
Saya tertanya-tanya, mengapa kerajaan berpendirian bahawa Musa dan Gani dikecualikan dari sebarang siasatan ?
1 comment:
Saudara,
Sejarah Penyokong DSAI dan DSAI sendiri dalam berhadapan dengan proses memberi keterangan di balai polis mempunyai rekod buruk sebelum ini. Penahan DSAI lalu menceritakan ramai pihak yang terlibat dan sudah pasti sangat menimbulkan kekecohan. Penyokong yang setia dengan DSAI pasti tidak menghiraukan sekalipun merusuh demi untuk mempertahankan DSAI. Atas rekod ini, pihak polis terpaksa membuat pertimbangan akal yang dapat mengelakkan kejadian tidak diingini dengan menahan DSAI sejam lebih awal. Ini strategi yang bersesuaian dengan konteks semasa perilaku penyokong DSAI.
Jika benar2 DSAI berkerjasama dengan polis, DSAI sepatutnya memberi keterangan pada hari yang ditetapkan. Apa akan jadi jika DSAI tidak muncul selepas 24 jam yg diberikan polis? Penyokong DSAI akan berkumpul untuk menghalang pihak polis daripada menjalankan tanggungjawabnya. Apa yg pasti polis akan dipersalahkan jika berlaku kekecohan.
perihal pendirian kerajaan mengecualikan peguam negara Ghani Patail dan ketua polis negara Datuk Musa Hassan... Saudara tidak sedar ka bahawa DSAI mendakwa kedua2 individu ini memalsukan laporan kecederaan pada tahun 1998. Anwar mempunyai syak wasangka keterlaluan sehingga menuduh kedua-duanya terlibat juga dalam konspirasi. untuk mengelak persepsi anwar ini berterusan, dan mengelak anwar memanipulasi fakta pertuduhan jika proses penyiasatan melibatkan kedua2 individu ini, maka pertimbangan akal juga dibuat untuk memberikan keselesaan dan keadilan bagi pihak anwar. Jika kedua2nya tidak terlibat dalam kes liwat anwar, tidak ada alasan lagi bagi anwar mendakwa dia jadi mangsa konpirasi menjatuhkan karier politik dan memalukan nama baiknya...
DSAI seorang yang paraniod... apa sahaja selain daripada PKR, PR.. semuanya konspirasi.
Hairan juga saya bila PKR pada mulanya mahu menyerang motif EZam Mohd Nor yg menyertai UMNO, Ezam mengatakan 'saya bersumpah secara Islam jika DSAI atau Datin Seri menyerang peribadi saya, saya akan dedahkan siapa sebenarnya mereka'.. sehingga kini PKR terus senyap!!
www.morionexpress.blogspot.com
Post a Comment