Monday, July 14, 2008

Paklah : Demi Kepentingan Islam Dan Melayu

PETALING JAYA 14 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, UMNO sedia berunding dengan Pas demi kepentingan Islam dan orang Melayu. Beliau berkata, dalam beberapa isu, UMNO dan Pas harus mempunyai kesefahaman bagi memastikan dua kepentingan itu tidak terjejas. - Utusan

edyes wrote:

Sayang semuanya, sudah terlambat...
Tak guna, engkau katakan lagi....

Ibarat anjing yang tersepit, UMNO sekali lagi menawarkan kepada PAS sebuah rundingan dengan alasan 'demi kepentingan Islam dan kepentingan orang melayu'.

Masih saya ingat bahawa sebelum pilihanraya lalu, mereka begitu angkuh untuk melupuskan PAS dari arena politik tanah air dengan chobaan besar-besaran untuk menawan Kelantan.

Kita ulangkaji balik sejarah PRU12 lalu. Mereka (UMNO) sanggup berbuat apa sahaja asalkan parti PAS tumpas di Kelantan. Dengan menggunakan media arus perdana, SPR, duit, penukaran alamat IC serta merta dan pelbagai lagi cara supaya semua negeri dikuasai oleh BN dan selepas itu mereka akan katakan hanya UMNO yang berhak ke atas negara ini. chehhh..

Akhirnya dengan kuasa Allah, segala yang dirancang menjadi sebaliknya. BN tumpas 5+1 negeri dan dari sudut semenanjung, UMNO led BN telahpun tewas !

Kini, mereka sudah tersepit. Bergaduh sesama sendiri merebut kuasa. Kemudian mengalihkan perhatian kononya Pakatan Rakyat retak menanti belah. Kami di Pakatan Rakyat tidak mudah menelan propaganda yang dibawa.

Negara Islam tetap menjadi matlamat utama tanpa membebankan kaum lain. Dengan Islam, kita bawa semua bangsa maju ke hadapan. Itu boleh berlaku, tetapi bukan atas platform BN.

2 comments:

Anonymous said...

saya bersetuju dengan saudara, saya berharap pas tidak akan termakan dengan janji-janji yang dibuat oleh umno. Pengalaman yang dahulu patutnya diambil iktibar. Yang merosakan orang melayu itu bukan bangsa asing tetapi tangan-tangan orang umno itu sendiri.

Pakcik Botak said...

Saya harap PAS kaji apa yang berlaku, jangan hancurkan harapan rakyat. Walaupun apa berlaku,insyaallah Pakatan Rakyat akan ke Putrajaya. Yang merosakan ketuanan Melayu bukannya kaum lain tetapi tangan-tangan pembesar yang angkuh dan sombong menindas rakyat