14/07/2008 10:16am
KUALA LUMPUR 14 Julai – Tiada perhimpunan haram dilaporkan berlaku di hadapan bangunan Parlimen sehingga pukul 10 pagi ini. Suasana tenang dan terkawal di sekitar kawasan Parlimen dengan kira-kira 300 polis mengawal setiap laluan masuk ke bangunan itu.
Kawalan ketat dilakukan pihak polis termasuk terhadap petugas media yang membuat liputan di Dewan Rakyat. Hanya ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen dibenarkan masuk. Wartawan yang ditugaskan membuat liputan di Dewan Rakyat hanya dibenarkan masuk kira-kira pukul 10.10 pagi. - Utusan
edyes wrote:
1. Siapa yang nak bayar ganti-rugi kelewatan pekerja-pekerja makan gaji sampai ke ofis hari ini kerana keseksakan lalulintas ?
2. Siapa pula nak ganti duit minyak yang terlebih pakai kerana jalan jem satu KL pagi tadi. Minyak dah mahal oii, lagi mau buat 'sekatan'...
3. Jadi, siapa sebenarnya yang nak buat demo kat parlimen? orang-orang UMNO yang nak menyokong usul undi tak percaya terhadap PM ke..?
3 comments:
silap, patut orang yg terperangkap dalam jammed tu elok tinggalkan kereta mereka tengah jalan pi minum kopi sampai semua selesai.minyak mahal sapa nak ganti.bukan sikit duit.sumpah seranah rakyat kepada kerajaan bakal tumbang!.jangan masuk opis!....biar kerajaan tanggung semua!
siapa sekarang demostrasi...pembangkang ka...POLIS!
kira ok la tu..
dulu masa reformasi 98, Bersih, Hindraf takde pon orang mintak gantirugi perniagaan, jamed, bla bla bla...
Saudara t.o.p,
masa peristiwa HINDRAF dan BERSIH, polis telah buat sekatan terlebih dahulu iaitu dari sehari sebelum event.
jadi, dalam konteks jalan jem, boleh minta gantirugi kat FRU.
sesapa yang patah gigi kena belasah pun boleh mintak ganti rugi kat FRU.
Post a Comment