Di sini saya ingin menyatakan pendirian saya terhadap kejadian selak yang berlaku tempohari.
Saya adalah antara orang yang meredakan keadaan di stadium MBPJ pada waktu itu, menghampiri 7pm. Begitu sedih, sebak dan begitu terasa dengan apa yang telah berlaku. Perhimpunan yang berjalan dengan lancar telah dicemari.
Pengunjung PROTES masih lagi menunjukkan protes terhadap apa yang berlaku walaupun Hishamuddin Rais telah memberi kata dua iaitu bertanggungjawab penuh. Walaupun kata-kata Hishamuddin itu disampaikan dengan sebak, nasi telahpun menjadi bubur. Nama Hishamuddin tercalar dek anak pemuzik jalanan. Ya, memang pemuzik jalanan itu juga bersama menentang kerajaan pusat, tetapi biarlah berpada dalam wadah perjuangan.
Tahniah di atas penarikkan diri Dewan Pemuda Pas. Saya sokong tindakkan itu sepertimana keresahan saya setelah muzik berbentuk rockapak berkumandang. Kematangan PAS dalam isu ini amatlah dihargai. Saya yakin PAS masih dan akan tetap bersama dalam Pakatan Rakyat demi membina sebuah negara yang berkebajikan. Dari pengajaran jadi teladan kepada semua.
Saya amat berharap agar perkara seumpama ini menjadi satu pengajaran. Kita bukan hanya perlu hormat kepada ahli PAS dalam aspek ini, kita perlu hormat kepada warga-warga yang hadir dalam himpunan tersebut yang terdiri daripada kanak-kanak, ibu-ibu, dan warga emas.
Persembahan menyalak sambil menyelak itu memang keterlaluan. Iktibar harus di ambil. Perjalanan harus diteruskan. Perjuangan kita masih panjang, demi melihat bangkitnya syiar Islam di bumi Malaysia, demi menyaksikan keadilan terpelihara, demi kesejahteraan dan merakyatkan ekonomi di bumi tercinta. Selamatkan Malaysia !
No comments:
Post a Comment