Monday, July 21, 2008

Gempar !! Gagasan UMNO-PAS !

Sebelum saudara membaca arkikel ini, saya memohon maaf jika penyebaran artikel ini bakal menimbulkan kecelaruan. Saya mahukan kesahihan!

Ya Allah, Kau peliharalah ketabahan ahli dan pemimpin PAS dalam mengharungi arus reformasi ini, dalam memperjuangkan agamaMu. Tabahkan pemimpin kami dari ketamakkan kuasa yang sementara.

artikel oleh Ahli PAS Dalaman

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.

Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.

Tawaran tersebut adalah:

a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke-13 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:

a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS

Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:

1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik
a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.
d. Segala temujanji dan perjumpaan termasuk perjumpaan di London adalah atas usaha Mustafa Ali
e. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
f. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
g. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.

2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau

3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Khabarnya, beliau dijanjikan jawatan exco sekiranya PAS masuk semula ke dalam BN. Oleh kerana itulah beliau adalah antara ang begitu kuat berusaha di dalam membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.
a. Beliau berjaya mempengaruhi Dewan Ulama PAS Pusat bagi menyokong usaha kerjasama ini.
b. Beliau juga berjaya mempengaruhi Dewan Muslimat PAS Pusat melalui isteri beliau yang menjadi Ketua Dewan Muslimat Terengganu.

Dan, antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:

1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.
a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.
f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.

2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali. Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian.
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.

Nasib baiklah pimpinan Ikhwan telah menyatakan rasa tidak senang hati mereka terhadap cadangan puak2 ini untuk menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Juga, antara yang menentang cadangan ini adalah Mursyidul Am sendiri, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru amat tidak bersetuju dengan usaha ini kerana:

a. UMNO akan belot kepada PAS seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. PAS adalah saingan kepada UMNO. Sekiranya UMNO sudah kembali gagah dan perkasa, apa perlu lagi UMNO kepada PAS. Dan, PAS kelak terpaksa dibersihkan oleh UMNO kerana PAS adalah saingan semula jadi UMNO
b. PAS juga akan mungkir janji kepada mereka yang memberi mandat kepada PAS, terutamanya orang bukan Islam yang telah mula berjinak dengan PAS. Sifat mungkir janji bukan sifat yang diajar oleh Islam

Saya amat yakin majoriti ahli PAS tidak bersetuju dengan tindakan drastik ini. Tindakan ini adalah satu tindakan yang tidak matang, begitu bersifat khianat dan juga bersifat mungkir janji kepada mereka yang mengundi kita.

Juga, UMNO itu sendiri tidak boleh dipercayai dan kekalahan mereka baru-baru ini adalah disebabkan sifat korup dan zalim mereka. Tiada apa yang PAS dapat capai sekiranya PAS mengikut kehendak UMNO selain dari mengekalkan sebuah rejim yang korup dan tidak berguna seperti UMNO.

PAS juga akan kehilangan kepercayaan orang bukan Islam buat selamanya sekiranya PAS mengkhianati kepercaayan mereka. Dan apabila PAS dikhianati oleh UMNO nanti, dimanakah PAS akan bergantung harap?

Hujjah Ustaz Nik Aziz itu amat benar. PAS telah pun dikhianati sekali, tiada jaminan yang PAS tidak akan dikhianati sekali lagi.

Marilah kita semua ahli PAS mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pimpinan kita tidak mengkhianati kepercayaan yang kelak akan merugikan PAS di masa hadapan.

PAS harus disedarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpegang teguh dengan janji dan PAS tidak seharusnya memungkiri janji mereka.

Ahli PAS Dalaman

21.07.2008

SETELAH MENTELAAH ARTIKEL INI BEBERAPA KALI, SAYA MENDAPATI ARTIKEL INI PENUH DENGAN HASUTAN, FITNAH DAN PEMECAHBELAHAN. IA BOLEH SAMA SEKALI MENGHANCURKAN PAS JIKA DITERIMA SECARA DANGKAL.

SAYA ANGGAP ARTIKEL INI SATU DARI PROPAGANDA BESAR BN, BERMOTIF UNTUK MENJATUHKAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT ! JUGA MENGUMPAN ATAS NAMA PAS SUPAYA ARTIKEL INI MUDAH DISEBARKAN.

PUN BEGITU, TIDAK SALAH KITA MEMBACA ARTIKEL INI BERSAMA ISTIQAMAH YANG KUAT.

5 comments:

Syahir Ghani said...

saya percaya ini hanya propaganda umno. mereka mengambil peluang ini untuk memporakperandakan pakatan rakyat.

saya yakin pemimpin PAS mampu berfikir dengan rasional nya. Saya juga yakin pemimpin PAS tidak gila kuasa.

Berjuanglah wahai pemimpin ku. Allah bersama-sama kita.

Takbir!!!

Mr Green said...

Pada saya ini adalah salah satu divert attention dari kes DS Anwar yg jelas mereka terperangkap dgn cerita mereka.Rakyat sudah tahu kisah Liwat ni.maka mereka mula mengacau PAS pula.

jika kalau PAS akan join UMNO maka lagi parah UMNO kerana ahli PAS akan boikot mereka dan menyokong PR.PAS akan dibuli oleh UMNO.

Persoalannya kenapa sekarang baru nak muzakarah? kenapa baru nak offer pangkat dan darjat? kenapa tidak dari dulu lagi.kerana UMNO bakal ditanam hidup hidup? kerana bapak menteri sudah tahu jawatan mereka dihujung tanduk.kerana mereka tahu kemaraan tentera ANWAR.

Deria 6 Saya rasa Gerakan dan MCA akan join PR satu hari nanti..tak lupa MIC(bukan samy vellu ketua).

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Edyes said...

saya padam satu komen.

kerana komen tersebut penuh emosi tanpa asas. mungkin kerana si anon itu tidak baca entri ini dari mula sampai habis yakni hanya baca di tengah-tengah sahaja.

harap maklum

Master Yoda said...

Salam tuan empunya blog....

Aku sependapat dgn syahir ghani...

Camtu je lah taktik diorg, kuar isu besar, takleh tahan rakyat marhaen komen, kuarkan satu lagi isu besar lain...

Yang isu besar dulu, tak solve...Gantung tak bertali....

Dan repeat and repeat again....Taktik yang hanya org pendek akal je tertipu....

p/s: Aku takkan lupe isu kenaikan petrol Jun 2008 psl yg ni aku pling skit hati....

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan