Wednesday, July 16, 2008

Anwar buat Shabery Terkebil !

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua.

Sejak awal hari ini saya menanti dengan penuh debaran, menunggu dengan sabar detik 9 malam bagi menyaksikan secara langsung debat di antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Shabery Chek yang bertajuk “Hari ini bentuk kerajaan, besok harga minyak turun”.

Sebagai Menteri Penerangan, Shabery mewakili kerajaan demi menerangkan kepada rakyat “Mengapa harga minyak dinaikkan” manakala Anwar Ibrahim sebagai wakil daripada rakyat bagi membahaskan “Kenaikkan harga minyak boleh dielakkan”.

Seperti semua sedia maklum, kita sering mendengar ucapan-ucapan Anwar yang menyentuh soal harga minyak malah kita sudah hampir khatam mengenai hal minyak ini dari pembelajaran yang dibawa oleh beliau serta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP.

Kali ini, saya begitu bersemangat sekali kerana berpeluang mendengar hujah-hujah dari pihak kerajaan yang seolah-oleh tidak mempedulikan nasib rakyat dengan keputusan menaikkan harga minyak secara mendadak. Saya ingin dengar, jika benar kenaikkan harga minyak itu tidak dapat dielakkan, apakah hujah-hujahnya? Boleh diterima pakai atau tidak?

Dengan harapan yang menggunung, kita semua berharap mendapat sesuatu yang benar-benar meyakinkan dari pihak kerajaan bahawasanya harga minyak itu adalah muktamad tidak boleh dikekalkan atau diturunkan. Mudah! Hanya jelaskan sebabnya tetapi biarlah dalilnya konkrit.

Anwar Ibrahim memulakan pidatonya dengan tenang, dengan emosi yang cukup terkawal di mana dalam keadaan ini, segala ungkapan yang lahir dari pidatonya cukup rasional, padat, proaktif dan mudah diterima oleh penonton. Tetapi Shabery dengan begitu angkuh menyentuh kembali peristiwa Anwar sewaktu beliau menjadi mahasiswa pada 1970 lalu. Siapakah Shabery pada 1970? Mengapa menyetuh perihal lampau?

Dari awal lagi Shabery menggunakan medan debat ini hanya untuk menghentam Anwar sedangkan beliau lupa bahawa dalam perdebatan yang singkat itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan kepada rakyat “Mengapa harga minyak dinaikkan”. Shabery perlu sedar, ini adalah peluang yang sangat baik dari pihak kerajaan untuk menerangkan secara terperinci perihal kenaikkan harga minyak. Bukan medan untuk membuat provokasi murahan supaya tumpuan berdebat itu lusuh.

Saya bersyukur kerana Anwar pada malam ini sangat tenang. Ketenangan yang mencerminkan ketepatan berhujah dengan isi yang kukuh serta fakta yang jelas. Dengan mudah Shahery terperangkap dengan kelicikan Anwar dalam berdebat.

Ungkapan penurunan harga minyak 50sen telah disalah tafsir oleh Shabery dengan mempersoalkan bahawa Anwar sepatutnya menurunkan harga minyak sekitar sebelum kenaikkan 70sen iaitu dari harga RM1.92. Dengan ikhlas Anwar menerangkan penurunan 50sen kepada RM2.20 adalah langkah awal untuk mengawal anjakkan ekonomi yang tidak menentu.

Kemudian Shabery bertanya adakah turun 50sen sahaja yang mampu dilakukan jika Anwar memerintah? Adakah dalam keadaan harga minyak dunia yang semakin naik, tetapi scenario yang berlaku di negara ini sekiranya Anwar memerintah adalah menurunkan harga minyak?

Walaupun Anwar tidak sempat menjawab persoalan itu kerna telah dijelaskan bahwa penurunan 50sen sebagai langkah awal, Ingin saya tambah di sini, arakian Pakatan Rakyat memerintah kelak. Harga minyak domestic akan dikurangkan sedikit demi sedikit, secara berperingkat. Ini boleh dilakukan mengikut maksud Anwar.

Jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, besok harga minyak akan turun 50sen sebagai langkah awal, kemudian apabila segala ketirisan dapat dibendung, apabila sistem kewangan negara yang telah rosak itu dibaikpulih, sudah tentu harga minyak diturunkan lagi di atas fahaman, segala ketirisan yang berlaku selama ini merosakkan kekuatan ekonomi Malaysia. Jadi apabila rasuah dibendung, ekonomi kembali kuat. Harus diingat, naiknya harga minyak global, negara kita mendapat hasil yang lumayan dan rakyat mendapat manfaat.

Shabery mengatakan Petronas tidak harus diganggu. Anwar kata kami respek dengan kesungguhan Petronas, tetapi yang menjadi persoalan pokok di sini ialah pemberian Petronas kepada kerajaan itu sepatutnya diagihkan dengan baik. Shaberi terkebil.

Shabery sekali lagi mengatakan adakah titik peluh warga Petronas yang membuat keuntungan amat besar itu wajar digunakan untuk seluruh rakyat? Jangan kata Anwar sahaja yang boleh jawab, saya pun boleh jawab. Mereka yang berusaha hingga Petronas untung beratus bilion itu telah dibayar gajinya dengan berpatutan sekali. Bonus dua kali setahun sebanyak lebih kurang 6 bulan gaji adalah setimpal dengan keringatnya berbanding pesawah-pesawah yang membanting tulang memerah keringat untuk mencukupkan bekalan beras negara.

Jadi ingin saya nyatakan di sini, Petronas itu adalah khazanah negara. Untungnya dari dalam dan luar negara tidak kiralah walau sekadar 26% sekalipun hasil dalam negara adalah untuk kerajaan yang memerintah. Dari mana datangnya keuntungan luar negara Petronas? Dari mana datangnya modal Petronas dagangan? Sudah tentu ianya adalah pelaburan kerajaan yakni wang rakyat dan sebagai galang ganti, tidak salah jika saya katakana segala keuntungan Petronas wajar diagihkan kepada seluruh rakyat. Itu saya kata, Anwar hanya kata jumlah pemberian Petronas kepada kerajaan perlu dikemaskini dan perlu diperhalusi demi menjaga kestabilan ekonomi negara.

Anwar begitu jelas menyatakan kesungguhan dalam meringankan beban rakyat. Anwar begitu ikhlas. Ini bukan soal Pakatan Rakyat, ini bukan soal siapa yang nak jadi Perdana Menteri. Ini adalah soal rakyat. Rakyat yang terbeban dengan kemelesetan ekonomi akibat daripada tindak-tanduk kejam kerajaan yang sedia ada ini.

Shabery cuba membandingkan harga minyak tanpa subsidi seperti yang berlaku di eropah, tetapi tidak menyatakan perihal kuasa membeli rakyat di sana. Anwar menyebut pendapatan per kapita mereka di eropah berkaliganda lebih tinggi dari rakyat negara ini. Itu adalah fakta dan shabery terkebil lagi.

Apabila Shabery membezakan kadar inflasi di negara minyak murah seperti venuzuela dan negara arab. Itu tidak dinafikan oleh Anwar. Namun secara spontan Anwar mengatakan bahawa negara yang dimaksudkan oleh shabery itu mempunyai kadar inflasi yang tinggi dengan harga minyak yang rendah manakala negara kita sebagai net exporter ini mempunyai harga minyak yang tinggi dan inflasinya juga tinggi malah semakin meninggi dalam masa beberapa bulan lagi dengan kadar pengangguran yang sangat besar. Shabery sekali lagi terkebil dan kali ini mengelap buih-buih yang membuak di celah bibirnya.

Akhir sekali, Shabery menyentuh dalil yang mengatakan negara ini akan menjadi net importer pada 2015 dan persoalan yang dibawa ialah apakah kerajaan Anwar akan terus menaikkan harga minyak pada kadar harga global tanpa subsidi?

Dengan akal Anwar menjawab, biarlah fakta kehabisan isi telaga minyak itu disebut dengan penuh iaitu, “Jika sekiranya carigali minyak itu atau pencarian minyak itu berhenti sekarang, ianya akan bertahan sehingga 2015”. Itu jika Petronas berhenti mencari minyak.

Adakah Petronas akan berhenti meneroka pada saat ini? Anwar menjelaskan, 10 tahun dulu telah dinyatakan minyak di negara ini akan habis pada tahun 2005 tetapi pada hari ini ianya bertambah selaras dengan penerokaan minyak yang baik dari Petronas. Kesimpulanya, fakta Petronas sendiri menunjukkan bahawa setiap 1 liter minyak yang disedut, maka penemuan baru adalah sebanyak 1.8liter. Kita berhujah dengan fakta !

Akhir kata, sekali lagi saya mendefinasikan bahawa, Shabery telah gagal meyakinkan rakyat terbanyak perihal “Mengapa harga minyak sedemikian rupa” malah beliau banyak menggunakan masa debat yang diperuntukkan hanya untuk membidas kenangan lampau DSAI semata-mata. Tiada fakta melainkan retorik semata-mata.

Saya sudahi artikel pendek ini dengan ucapan jutaan tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana begitu bersungguh-sunggu mempertahankan hak rakyat. Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada agenda daily kerana memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mendengar pidato Anwar.

Kepada rakyat yang berada diceruk kampung sana, yang tidak terdedah kepada sumber berita yang benar-benar sahih, gunakanlah peluang ini untuk berfikir dengan lebih mendalam. Apa yang diperjuangkan oleh Anwar dan rakan Pakatan Rakyat adalah untuk anda semua. Bangkitlah, Kita Wajar Memiliki Malaysia Yang Lebih Hebat ! We Deserve a Better Malaysia.

REFORMASI !

Takbir !!

EDYES
15 Julai 2008, 11.57pm

39 comments:

Anonymous said...

Cepat sungguh anda bertindak.. Ternyata peluang yang ada digunakan hanya untuk mencela Anuar. Saya fikir ini adalah peluang terbaik Kerajaan untuk memberitahu rakyat kenapa harga minyak naik diatas desakan 'supply' yang kurang dipasaran antarabangsa. Semudah itu telah dirosakkan oleh Kerajaan. Sayang beribu sayang wahai Kerajaan.

Anonymous said...

korang nih nampak gaya nya masih x paham-paham lagi tentang isu harga minyak naik. x paham ker ia adalah kehendak GLOBAL..!! bila sebut global jgn lah pandang remeh tentang hal ini. korang x mentadbir senang lah cakap. pot pet sana cni. anwar x abis2 memutar belitkan statement. renung2kan lah.. mungkin anda2 semua nih dh berdarah pembangkang, dh x makan saman pun aper kehendak kerajaan. Anwar jgn byk ckp klu selagi TAK MAMPU turunkan harga minyak walaupun 50SEN..!!

Edyes said...

Dinda_pesona,

siapa sebenarnya yang tidak faham?

adakah hanya kerana harga minyak global naik, maka negara net expoter seperti Malaysia ini terancam? Fikirlah elok2... kita ada akal, kita harus jangan hipokrit.

Adakah DP percaya bahwa minyak negara akan habis 2015? termakan dakyah BN lah gamaknya.

Anonymous said...

assalamualaikum wrth...
sememangnya DSAI, d best malam tdk..n penuh bergaya ngan fakta2nya n berterus terang serta penuh keikhlasan untuk menolong rakyat yang tertindas skrg nin. Cheek? emm kena anta Biro TataNegara supaya faham soalan n jawab ngan jelas n terang, bukan bg jawapan personal attack. ini bukan ceramah pilihan raya tetapi bgmana nk kurangkn beban rakyat...

Mr Green said...

Edyes

Barangkali Nordin Kardi dah tarbiah budak Dinda ni,Sama bengog.

Kalau Mahasiswa diluarnegara bole gelak dengan jawapan Ahmad Shabery Chek dan Nordin kardi.Budak hingusan ni bole kata DS Anwar putar belit statement.

Dah baja umno tu nak salah pembangkang. tgk statement akhir Dinda Persona. Bagai mana Anwar nak turunkan minyak kalau tak jadi PM...anak sapa la bengong ni..

Sedih..

Iskandar PT said...

Salam Bro,
Sememangnya Anwar boleh diberikan 5bintang dengan fakta penurunan harga petrol dan Shabery diberikan 10 bintang kerana:
1. berani berdebat dengan DSAI.
2. Memperbodohkan diri.
3. Tak menjawab solan.
4. Bawa Nordin Kardi yang sama bodoh dengan beliau.
5. Buta ekonomi.
6. Buat lawak bodoh.
7. Memalukan kementerian Propaganda BN.
8. Buka pekung BN/UMNO
9. Lari dari tajuk debat.
10. Berani bagi siaran langsung pada debat.

tahniah buat Shabery kerana dapat sepuluh bintang .

Anak_Parit

Anonymous said...

Salam sedara blogger,

Tuk sedara dan Mr Green;

Jgn dilayan kan sgt budak dinda_pesona ni...Dia budak lagi, masih blaja kat "Tadika Politik"...Tapi silap masuk tadika plak gayanye...."Tadika Melayu Penipu dan Temberang"

Anonymous said...

Apa yg sy lihat mlm td adlh 2 org yg berdiri slama 1 jam....membuang masa ramai rakyat Malaysia...xde apa2 yg jd pun???

++Dang Wangi++

Anonymous said...

Ada satu saja dari Sha biri-biri yang bernas, ayat last Pak Lah ambil sedikit je.

Anonymous said...

Salam,

Masa sebelum pilihanraya harga minyak mentah ialah us110 satu tong sekarang us140 satu tong.
Annuar kata harga turun buat permulaannya 50 sen jadi RM2.20 satu liter berbanding rm 2.70 sekarang.

lepas tu, kerajaan kaji lagi turunkan simpanan minyak dan gas IPP dari 40 peratus kepada 20 peratus, jimat RM1 billion. Ambil deviden Petronas kepada kerajaan RM1 billion. Kurangkan insentif kepada pelabur-pelabur jimat RM1 billion. kaji semula kos projek-projek mega (koridor) jimat RM5 billion. Rampas harta-harta Menteri daripada hasil rasuah RM10 billion. Rampas simpanan luar negara kroni-kroni RM5 Billion. Bila campor semua hasilnya pulangkan kepada rakyat melalui subisidi minyak, makanan, perubatan dan pendidikan.

Ekonomi haru hara bukan negara tidak ada duit tetapi duit negara masuk poket orang-orang tertentu sahaja. Ini semua susah nak bukti tetapi memang berlaku.

Mr Green said...

anoy

hang nak jadi macam mana? orang suruh duduk dengaq apa orang nak ulas.apa yang anda mahu sebenarnya...layan provokasi strawbery?

Anonymous said...

Orang bercerita masalah minyak. Dia berbuih mulut cerita pasal sejarah. Adoiii…… Lain kali buat tajuk “Sejarah Ekonomi Dahulu Kala” pastu debat, panggil Shabery. Huhuhuhuhuhu

Anonymous said...

hujah saberi tentang DSAI buat demo masa student menyebabkan saya mencari sebab demo(ialah saya masa tu bayi lagi-tak tau apa2).saya dah jumpa!.mak kata DSAI buat demo sebab nak minta kerajaan buka mata,pasal org kat BALING,KEDAH,ada yang tak makan.Rupanya DSAI ni dulu2 pejuang rakyat!,kalau macam ni siapa tak sokong pejuang rakyat mcm ni,Memang LOL!

Edyes said...

BERITA TERBARU !

ANWAR DITANGKAP DI HADAPAN RUMAHNYA PADA JAM 12.45PM

Anonymous said...

dinda_pesona (d_p),

Kata d_p: "x paham ker ia adalah kehendak GLOBAL..!! bila sebut global jgn lah pandang remeh tentang hal ini."

Kata saya: "kehendak global" > "harga minyak naik" > Petronas turut untung : Untung sebelum cukai Petronas tahun ini RM95.5 bilion (naik 25.2% berbanding tahun 2007, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, prestasi kewangan itu DIPACU OLEH KENAIKAN HARGA MINYAK MENTAH... > Bayaran kepada Kerajaan turut meningkat iaitu sebanyak RM67.6 bilion (2007: RM52.3 bilion) > Justeru, dari RM67.6 bilion itu, tidak bolehkah diperuntukkan RM5 bilion untuk menambah subsidi minyak bagi membolehkan harga minyak diturunkan sebanyak 50 sen. Kerajaan yang pandang remeh hal ini sebab itu Kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dan tergesa-gesa kerana pandang remeh pada kesusahan rakyat.

Kata d_p lagi: "anwar x abis2 memutar belitkan statement."

Kata saya lagi: Dalam debat antara DSAI dan Datuk Shabery, hujah Datuk Shabery lebih berputar belit, tidak menjawab soalan, tidak menggunakan matematik, lari tajuk, menyerang peribadi dan tidak ada akauntabiliti. Lihat saja hujah Shabery tentang peranan Anwar dalam Kementerian Kewangan dulu tentang kontrak IPP, Shabery akhirnya terbelit sendiri setelah DSAI dengan tegas dan berani, menyatakan Kementerian Kewangan (di bawah pentadbirannya pada masa itu) dan TNB (yang tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan IPP) tetapi PM pada masa itu menolak keputusan Kementerian Kewangan dan TNB sehingga Ani Arope meletak jawatan. Nah, siapa yang memutar belit statement di sini, Anwar atau Shabery?

d_p kata lagi: "Anwar jgn byk ckp klu selagi TAK MAMPU turunkan harga minyak walaupun 50SEN..!!"

Saya kata lagi: DSAI bukan tak mampu. Beliau mampu, beliau ada cara dan beliau komited untuk menurunkan harga minyak demi rakyat, bukan kroni. Tidak seperti kerajaan UMNO/BN sekarang yang tak pernah mampu menurunkan harga minyak, tetapi hanya mampu menaikkan harga minyak, apatah lagi menunjukkan kemahuan untuk menurunkannya demi rakyat.
_____
d_p, bukan saya berdarah pembangkang, tapi darah saya adalah darah seorang rakyat biasa yang gaji bulanan tidak sebanyak gaji pak menteri. Gaji saya hanya cukup makan dan pakai, apatah lagi dalam situasi kos sara hidup yang kian mencengkam...

Tak Sungguh Tak Kata

Unknown said...

Depa dah kalah debat, apa lagi tangkaplah! Tak aci sungguh depa ni ;-(

buang sumber rakyat! tunggu aja di balai polis dah lah...tak payah hntr team utk tangkap...mengabis boreh...kata org N9

Anonymous said...

eh.. betul ke PETRONAS bagi bonus 2 kali setahun? Tak pernah dengar pulak, sebab ramai member2 kerja kat PETRONAS cakap bonus derang setahun sekali je. And last year bonus derang 5 bulan, bukan 6 bulan. Mana dapat info tu? Kalau betul, nyesal saya tolak offer PETRONAS...

Anonymous said...

Anda terlampau taksub dengan DSAI...Isu minyak adalah Isu Global, seluruh dunia alami masalah kenaikan harga minyak. "Hari ini bentuk Kerajaan, Esok minyak turun 50sen" tak nampak ke secara jelas yang amat-amat jelas..itu semua Kempen Politik. Kalau harga pasaran minyak dunia makin naik, secara logiknya, DSAI akan turunkan harga minyak selepas kuasai kerajaan? Fikirkan lah..

Edyes said...

TRGS,

2 kali setahun... satu time raya satu time tengah tahun... lebih kurang macam tu lah.

Terima kasih kerana membetulkan fakta yang saya post. bukan 6 bulan tetapi 5 bulan. Dalam mimpi pun belum tentu saya dapat bonus banyak tu, mungkin saya tak cukup rajin...

Elok jugak TRGS tolak tawaran tu, sekurang-kurangnya dapat memberi khidmat kepada kerajaan.


kepada anon 5.19,

anon menulis (atau berkata) "Kalau harga pasaran minyak dunia makin naik, secara logiknya, DSAI akan turunkan harga minyak selepas kuasai kerajaan? Fikirkan lah.."

Saya kata "perkara ini(turun harga minyak berperingkat) mungkin mustahil buat kerajaan BN, tetapi tidak mustahil dilakukan oleh pemimpin yang berjiwa rakyat. Pemimpin yang merakyatkan ekonomi !"

Anonymous said...

Owh... tadi saya baru je verify balik statement saudara dengan member kat petronas, dia cakap yang pertengahan tahun tuh, utk org2 yang mendapat outstanding performance dan hanya merangkumi lebih kurang 30% daripada pekerja di petronas. Jadi, saya minta maaf terpaksa memperbetulkan sekali lagi statement saudara, bonus utk semua pekerja mereka sekali setahun, yg 30% tu dapat performance allowance katanya. Hrmm... dan dia claim memang semua company bagi performance allowance... (rasanya nak kerja ngan PLUS pulak la, dengar kata dia bagi bonus 12 bulan.. hehehe.. keje ngan gomen bonus ntah dapat ntah tidak... hrmm)

Anonymous said...

Tahniah untuk Shabery Chik, sekurang-kurangnya beliau mampu menunjukkan kebodohan beliau dikhalayak umum demi mempertahankan bos beliau. Tak boleh dibayangkan kalau Pak Lah yang berdebat dengan DSAI. Alamat terkedu le Perdana Menteri Malaysia!

Admin said...

Pasal debat malam tadi semua rakyat dapat lihat betapa jauhnya perbezaan pemikiran diantara 2 orang wakil bagi kedua-dua pihak... saper yang merasakan shabery yang menang tu kita boleh agak sejauh mana pemikiran dia.

Lagi satu aku teringat yang aku pernah terima email dari kawan-kawan yang forward.. aku paste kat sini dan korang baca dan nilai lah sendiri yer...

**********************************

Sama-sama Kita fikirkan patutkah kita menanggung beban mengenai krisis minyak sedangkan orang PETRONAS tersenyum lebar bila bonus berlipat ganda walaupun acapkali minyak naik jadi agenda. FIKIRKAN SEJENAKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wahai warga Malaysia sekelian.... hebahkanlah cerita benar ini kpd
rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas.... .


Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga
minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi
tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu....
Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu.... Sebenarnya kita ni
duduk je Malaysia...tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan
Srawak tu, kita tak penah pakai pun...Minyak yang kita gali tu ialah
minyak Gred A...Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut
dijual keseluruhannya keluar negara...jadi petronas telah beli pulak
minyak gred C...Diulang Gred C.....untuk digunakan dimalaysia dan
diletak logo Petronas.... dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan
keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor
sekali...maklumlah minyak gred C.


Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell.
Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah
dari gred B...Inilah yg rakyat malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak
disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana
setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita
negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan. Itu lah
antara sebab2 nye...


Untuk pengetahuan anda semua...semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62
kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah
minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak
petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-mail tersebut adalah
mengarut.Anda semua kena tipu.....Minyak tetap naik jugak
kan....Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2
besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas...sebab bila
reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas...bila
makin besar untung...makin besar lah bonus yang orang2 petronas
dapat...Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan
bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan
bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati....


Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi
yang ALLAH bagi tanpa mengagaihkan sama rata kepada rakyat....Cerita ini
bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg
bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita
keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia...masa aku
dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku
tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)"dah la gaji dia rm 6+++...Siapa
yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....


Pasal Peraduan Car Craze......yang menang tu semua org yg senang2 dan
ada contribute dgn petronas...apa salahnya kalau petronas kurangkan
harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...
Semua rakyat dapat rasa..ni tidak...dahla jual minyak gred C....
Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...
aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2
dengan cara demikian.


Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia...tetapi
setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex @ Mobil/Esso dan
skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan
minyak
tersebut lagi menjimatkan. .Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg
anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda...

malayrulze said...

assalamualaikum,sebelum saya meneruskan ucapan saya ... eloklah saya meminta maaf jika perkara yang saya tulis ini tidak disokong oleh mana-mana pihak,saya adalah seorang selalu berpindah randah dari sebuah negara ke negara lain kerana mengikut ibu dan bapa.saya telah duduk di US selama 5 tahun ,UK 3 tahun dan terakhir Indonesia selama lima tahun terakhir ini dan kembali ke Malaysia pertengahan Mei yang lepas...sememangnya bagi mereka yang tinggal di luar negara mungkin lebih sesuai untuk membandingkan harga yang ditetapkan oleh kerajaan terhadap minyak adalah wajar atau tidak?
Bagi saya ,saya lebih suka ingin mengajak para pembaca membuka minda dan saya lebih suka membandingkan harga minyak di Indonesia ,ini kerana Indonesia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak dunia.... kewajaran pihak kerajaan menetapkan harga minyak dalam kadar 2.70 bagi saya agak wajar...kerana jika dibandingkan dengan Indonesia harga seliter minyak adalah sekitar rp 10ribu iaitu sekitar rm3.50 .....cuba anda bayangkan sebuah negara pengeluar minyak menetapkan harga rm3.50 dan di Indonesia pasaran minyak mereka hampir 80% dikuasai oleh brand tempatan iaitu pertamina iaitu sebuah syarikat kerajaan Indonesia jika tak salah saya..maka disini menunjukkan bahawa kerajaan bukanlah sengaja ingin menaikkan harga minyak tetapi ini adalah tekanan kenaikkan harga minyak dunia.....
saya juga suka ingin membuka minda para pembaca,saya ada terdengar yang rakyat malaysia tidak bersedia untuk kenaikkan harga minyak sebegini rupa dengan membanding pedapatan perkapita rakyat..... bagaimana pula dengan rakyat Indonesia adakah mereka benar2 bersedia?dengan gaji guru disana sekarang lepasan university hanya sekitar rp 1juta iaitu sekitar rm500 ,gaji seorang doktor hanya sekitar rp 2juta iaitu sekitar rm800 bayangkanlah saudara-saudara pembaca adakah mereka benar2 bersedia? sedangkan kita disini kenaikkan yang masih disubsidi ini pun kita masih merungut dan gaji kita yang boleh dikatakan amat bagus dan mampu bayar itu dan ini pun kita masih merungut,saya bukanlah pro kerajaan tapi saya amat bersyukur kerana Malaysia masih mampu memberi subsidi kepada rakyatnya.JANGANLAH KITA MEMBANDINGKAN PENDAPATAN PEKAPITA RAKYAT.ini semua adalah kerana KENAIKKAN HARGA MINYK DUNIA.

Bila saya ketengah isu ini ,nanti pasti ada suara2 yang menyatakan alar... Indonesia kan harga barang dia murah...tak terasa sangat..... jika begitu saya suka mengambil contoh satu barang asas di Indonesia iaitu gula yang berharga rp7000 perkilo iaitu sekitar rm 2.60 bayangkanlah saudara gula dinegara kita masih rm1.40 tapi ramai rakyat yang masih merungut.... apalah daya kerajaan yang ada sekarang ini jika kita sebagai rakyat tidak tahu bersyukur dan asyik merungut ,kita sepatutnya menadah tangan dan bersyukur kepada yang diatas kerana dilahirkan disebuah negara bernama Malaysia.... jesteru itu kita sebagai rakyat marilah bersama cuba sedaya upaya mencari peluang untuk meningkatkan taraf hidup kita ,dan bukan hanya tahu menkritik itu dan ini.... sedangkan kita masih ditakuk lama....akhir kata kepada pembaca marilah kita membuka minda untuk memikirkan perkara ini.... adakah kita ditipu,tertipu atau menipu???
Akhir kata hujan emas di negeri orang ,hujan batu dinegeri sendiri lebih elok dinegeri sendiri.dan saya minta maaf sekali lagi jika comment saya ini ada yang menentang.wassalam.

Anonymous said...

kepada pembaca sekelian
Pertama sekali marilah kita memberi komen dengan minda yang terbuka. Usaha yang ditunjukkan oleh Saudara saberi chik haruslah dipuji. Kita bukan mencari siapa pemenang dalam debat tersebut. Peluang yang diberi oleh kerajaan haruslah dipuji. Kalau tak ada debat secara terbuka, kita minta tapi bila dah ada kita pula menjadi juara untuk mengutuk. Masing-masing ada hujah terpulang pada kita untuk menerima atau menolak..tak usahlah kita mengutuk.. mungkin ini adalah permulaan...akan ada debat-debat yang seterusnya jika kita sebagai rakyat dapat membuka minda untuk berfikir tanpa memihak kepada mana-mana pihak..sebab itu bukan semua antara kita yang mampu menjadi seorang yang adil bila kita diletakkan dalam keadaan untuk memilih salah satu sahaja...semuga kita sentiasa bersyukur akan nikmat yang allah kurniakan kepada kita selama ini...janji allah tidak pernah dimungkiri...sesiapa yang bersyukur akan ku tambahkan lagi nikmatku....memang beban kenaikan minyak dirasai semua tapi adakah dengan mengutuk orang lain akan menyelesaikan masalah kita...mintalah pertolongan pada allah kalau kita benar-benar yakin padanya...sekali hambaku berjalan padaku..aku akan berlari kepadanya...sejengkal hambaku datang sehasta aku... menghampirinya...cubalah...saudara akan dapat merasai nikmat kehidupan yang tidak pernah kita rasai....
kita dibandar merasa seperti keperitan hidup tak tertanggung lagi...malu kalau tanya pakcik dan makcik dikampung...jawapnya mudah aje.....alhamdulillah syukur apa yang allah bagi.... bukan kerajaan atau sesiap bagi....tapi allah bagi.....maaf kalau ada yang tersinggung...

Anonymous said...

Kepada saudara malayrulze,

Saya akui fakta yg saudara nyatakan itu... Dan saya juga sering keluar negara atas urusan perniagaan dan peribadi. Berkenaan negara Indon yang harga minyaknya lebih tinggi dari Malaysia dan saudara menyatakan rakyat Malaysia tidak tahu bersyukur dan hanya tahu merunggut.. Pada saya saudara bukanlah orang yang mendalami keadaan rakyat Malaysia. Saudara sendiri nyatakan yang saudara sering berpindah rendah :)

Saudara perlu memahami bahawa kekuataan ekonomi sesebuah negara bergantung pada ekonomi demestik. Walaupun harga minyak dunia sekarang melonjak naik, tapi harga minyak tersebut berubah-ubah setiap saat (USD134.46/barrel - harga disaat saya menulis di blog ini).

Sebagai contoh kita lihat di Eropah... Indeks inflasi dan pengguna menjadi salah satu daripada menentukan kekuataan matawang negara mereka. Dari segi ekonomi, kekuatan @ kelemahan mata wang menjadi penentu kejayaan ekonomi sesebuah negara.

Berbalik pada soal minyak, dasar kerajaan sekarang bukan hanya membebankan rakyat tetapi secara beransur akan melemahkan ekonomi negara!!

Bila harga minyak naik, negara akan dilanda kadar inflasi yang amat tinggi. Dengan pendapatan perkapita rakyat malaysia yang amat rendah, kuasa membeli menjadi semakin mengecil. Secara tidak langsung akan melemahkan ekonomi domestik.

Bila ekonomi domestik mengecut, lambakkan barang2 akan terjadi dan secara langsung atau tidak pelabur-pelabur luar akan menjauhi Malaysia. Maka dengan terjadinya situasi begini, pembangunan akan terbantut dan RAKYAT akan menderita!!

Dengan suasana politik dan cara pengurusan kerajaan sekarang, Malaysia bukanlah lebih baik dari Indonesia seperti yang saudara katakan tetapi Malaysia kini menjadi negara yang mungkin lebih teruk dari negara-negara yang baru merangkak membangun. Amat menyedihkan!!

Di Malaysia, minyak adalah sumber pendapatan UTAMA negara. Dengan pendapatan dari hasil minyak yang tinggi serta pengurusan yang lebih cekap dan telus, kerajaan sepatutnya boleh memberikan subsidi minyak yang banyak (RM1.50 - RM2.00 per liter) untuk menjana pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi suasana ekonomi global yang muram ini.

Bila harga minyak pada tahap "mampu" kepada rakyat, maka kadar inflasi akan sendirinya menurun, ekonomi domestik mampu berkembang, kerajaan mampu menarik lebih ramai pelabur-pelabur luar dan secara tidak langsung kerajaan memperolehi cukai yang tinggi!!!!

Jadi saudara malayrulze, dengan rungutan rakyat bukanlah bermakna rakyat tidak bersyukur... tapi cuba saudara pandang pada perspektif yang lebih luas sebelum menyatakan pendapat saudara... Apalah guna kerajaan berjimat dengan menaikkan harga minyak (salah satu alasan untuk menjaga kepentingan generasi akan datang) sedangkan ekonomi negara semakin meruncing dan pendapatan negara semakin terhad dan rakyat menjadi semakin papa kedana!! Apakah dengan cara manaikkan harga minyak akan menjamin generasi akan datang? Dengan rakyat menjadi papa kedana, apakah generasi akan datang boleh jadi kaya raya?

Sauda menyatakan supaya kita semua mencari peluang untuk meningkatkan taraf hidup... tetapi saudara sedar atau tidak dengan kadar inflasi yang tinggi, ekonomi domestik mengecut, rakyat tak mampu melakukan apa-apa... Banyak syarikat-syarikat sudah mula atau akan memberhentikan pekerja, apa yang ada untuk rakyat lakukan???? Bukan semua orang melayu "ditakuk lama"!!! Malaysia dibawah kepimpinan terdahulu telah maju dan telah terpelajar!! Malah lebih ramai orang melayu sekarang lebih bijak dan cerdik dari saudara mahupun saya sendiri.

Fikirlah.. Pandanglah... Kita mampu berkata-kata tetapi kadang-kadang kita lupa yang kita sebenarnya berdiri diatas kesusahan orang lain!!!

Wassalam...

Anonymous said...

anonymous 5.19 am,

Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih dan alasan dicipta. Buktinya, Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor Darul Ehsan mampu memberi air percuma kepada rakyatnya seperti yang dijanjikan.

Tak Sungguh Tak Kata

Anonymous said...

sekali imbas memang menarik hati memancing rakyat dengan pengurangan 50sen/liter. kalau ada pemidato kata 65 sen pun lagi baik. kita sama-sama sokong pula yang ini. Tapi jika sdr Anwar berjaya mengheret kerajaan semasa Allahyarham Tun Razak dulu, mungkin Petronas tidak wujud dengan megahnya sehingga hari ini. Ini lah pola pemikiran orang-orang yang telah tersepit tapi masih belum insaf diatas apa yang sebenarnya telah dilakukan. Hari ini memerintah esok turun harga minyak. sdr Anwar pada krisis 1996/7 telah mendapatkan pakej bantuan IMF. yg mana syarat-syarat nye menekan rakyat Malaysia ( Tiada subsidi, BLR naik), tapi hasrat ini ditentang oleh diktator itu. Agak2nya, siapakah perosak negara? Hari-hari berlaku kekacauan, roadblok sana sini, himpun situ-sini, siapalah agaknya punya angkara. janganlah lontar batu sembunyi tangan pula, walaupun Tuhan mereka tak tahu, tapi Tuhan yg sebenar2nya tahu apa yg telah beliau lakukan. jadi fikirlah dengan tenang semua ini. Seseorang itu akan menutupi kejahatanya dengan seribu kebaikan. bak kata orang tua2, pijak semut pun tak mati....

Edyes said...

Saya agak hairan, kenapa masih ada yang menganggap Anwar mengusulkan pinjaman IMF?

Ini semua dakyah tahun 1998 ! saya pun dulu termakan jugak dakyah nie. Tapi bila saya fikir, kerajaan kuku besi macam BN nie boleh buat apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Seperti tahun 1998, dan berulangnya pada tahun 2008.

malayrulze said...

Assalamualaikum
Kepada puteraku73

Saya rasa dengan keluarga saya menetap dari sebuah negara ke negara yang lain lebih membuatkan saya merasakan tiada negara sebaik Malaysia didalam dunia ini.

Saya rasa maklum balas yang diberi oleh puteraku73 bukanlah satu maklum balas yang dapat mengaitkan antara kekuatan ekonomi dengan penurunan harga minyak dapat memacu pertumbuhan ekonomi sedangkan pada masa yang sama kenaikkan harga minyak ini dirasai oleh semua negara didunia ini.

Lagi2 ramai pihak yang masih memikirkan kenaikkan ini adalah tidak wajar,jesteru itu saya rasa mungkin pendapat saya hanya seorang rakyat biasa yang menetap diluar negara.....jadi ingin sekali saya mengajak puteraku73 membaca di laman ini,supaya puteraku73 menerima hakikat bahawa harga minyak sekarang sedang naik.....

http://test.chedet.com/che_det/2008/07/petronas-dan-harga-minyak.html


saya masih tertanya-tanya adakah rakyat malaysia masih ingin membandingkan harga minyak di negara lain....negara pengeluar minyak....Indonesia dan brunei masing2 menetapkan pada kadar rm3.50 dan rm2.50 ......ingin membandingkan pendapatan perkapita rakyat?? janganlar banding dengan Indonesia ,saya rasa rakyat malaysia masih mampu membayar harga minyak dengan kadar 2.70 dan harga barang sekarang masih ditahap wajar.... berbanding Indonesia.....kalau banding dengan UK harga minyak disana hampir mencecah rm7.00/liter duit kita. Tentu sekali ada suara2 pula yang bersuara yelar UKkan negara maju....kita balik semula pada negara Indonesia adakah mereka negara maju yang masih menetapkan harga minyak pada kadar rm3.50 . Ini tidak lain adalah kesan kenaikkan harga minyak.....

Saya tidak mahu membincangkan kenapa kerajaan tidak mahu menggunakan keuntungan petronas bagi membayar subsidi minyak.... kerana iainya sudah cukup jelas dihuraikan dilaman web diatas....wassalam

malayrulze said...

minta maaf sambung kembali....

Kedatangan pelabur kedalam negara bukan sahaja bergantung pada tahap ekonomi yang mampan tapi keadaan negara yang aman damai.... dengan tidak cuba memburukkan keadaan seperti membantah kenaikan harga minyak dijalanan ,menghuru-harakan negara,menyatakan negara ini tidak selamat dan sebagainya boleh menjatuhkan imej negara dimata dunia sekaligus menakutkan pelabur2 asing melabur di dalam negara seperti yang berlaku pada tahun 1997...dan jika tidak salah saya berlaku baru2 ini juga....maka kita sebagai rakyat Malaysia juga berperanan untuk meningkatkan Imej negara...janganlah kita terkecoh dengan permainan politik yang sememangnya kotor... kita bertindak sebagai individu yang neutral,dan memikirkan apa yang kita mampu bagi untuk Malaysia bukannya apa yang Malaysia mampu bagi untuk kita..sekian

malayrulze said...

Assalamualaikum,

Kepada saudara edyes.... saya bukanlah cuba untuk tidak menidakkan apa yang anda lontarkan dengan menyatakan KERAJAAN KUKU BESI BN.....

Saya rasa anda begitu taksub terhadap seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim dengan menyatakan kerajaan BN sebuah kerajaan kuku besi....anda tahukah bagaimana dinamakan pemerintahan kuku besi?? Saya lebih suka membawa saudara edyes mengembara ke negara jerman pada satu ketika dahulu yang diperintah oleh seorang diktator terkenal bernama HITLER....sesiapa yang melawan atau cuba menyanggah pendapat dengannya akan dibunuh (adakah Malaysia sekarang begitu??) Tiada demokrasi dalam pemilihan pemimpin dan wakil (adakah malaysia begitu dengan tidak mengadakan pilihanraya?? janganlah cuba menidakkan apa yang telah dipilih oleh majoriti rakyat)

Saya rasa lebih baik edyes membuka laman ini

http://greyfalcon.us/restored/How%20Hitler%20Became%20a%20Dictator.htm

untuk memahami ciri2 diktator dan negara kuku besi....janganlah sampai kerana seorang dua pemimpin saudara edyes telah mengiktirafkan BN dan UMNO itu sebagai kuku besi.....cubalah jadi neutral ... adakah UMNO ,BN yang telah memerdekakan tanah melayu menjadi malaya menjadi malaysia ini tidak ada jasanya??? yang banyak membawa perubahan bandar2 seperti Kuala Lumpur dari tempat melombong bijih timah menjadi sebuah bandaraya yang pesat membangun ini masih dikatakan kuku besi???
Membela nasib2 anak2 melayu seperti kita yang dari bodoh ABC kepada pandai ABC ,mampukah orang2 melayu seperti kita ini menghantar anak2 keluar negara untuk melanjutkan pelajaran??? yang memerlukan belanja beratus ribu ringgit... jika tiada bantuan dari pihak kerajaan<- INIKAH YANG DINAMAKAN PEMERINTAHAN KUKU BESI??Inilah menunjukkan bahawa selama kerajaan yang ada memerintah nasib2 orang melayu seperti kita masih terbela.....kerajaan masih cuba sedaya upaya untuk terus membela,perkara sebegini tidak akan berlaku jika kita masih bertekak sesama sendiri,menyalahkan antara satu sama lain....

Siapakah Anwar Ibrahim sehingga kita sanggup menyokong apa yang dibuat olehnya adalah benar???? Cubalah saudara edyes menunjukkan satu sahaja jasa yang besar yang pernah anwar Ibrahim buat kepada negara atau rakyat khususnya???

Fikirkanlah,kita sebagai rakyat memang suka kalau benda yang diberi percuma,tiada tekanan, tapi adakah kita fikir jika kita selalu dimanjakan adakah kita mampu bersaing pada masa hadapan kelak??

Akhir kata saya ingin memetik kata-kata Tun Dr Mahathir yang melayu ni mudah lupa..... wassalam

Anonymous said...

malayrulze,

nape nak bandingkan dgn indon bro..
nape x banding dgn negara lg bagus bro..
minyak dorang x sama ngn kite.kite ade petronas.dorang ape ade..siap nak tarik diri dari geng2 negara pengeluar minyak kalo x silap.
indon memacam hal bro..gunung berapi sana sini..tsunami gempa bumi siap..

ampun kalo salah ckp.



-payed penyu

Edyes said...

Malayrulez,

1. Lihat bagaimana Anwar ditangkap baru2 ini.

2. Peristiwa Memali

3. Cara DBKL merobohkan setinggan dan kedai2.

4. Menguasai semua agensi termasuklah mahkamah, polis, spr dlll.

Kita telah berada di alaf baru. Di alaf ini, pembunuhan itu tidak lagi sewenangnya berlaku seperti zaman hitler dulu (kecuali di afrika, palestin, iraq, afghan).

Tetapi apa yang berlaku di negara tanah tumpah darah kita ialah, Pembunuhan secara halus. Rakyat negara ini dibunuh secara perlahan-lahan oleh kerajaan yang menindas.

setujukah dengan ayat di atas, atau saya ulang di sini.

RAKYAT DIBUNUH SECARA PERLAHAN.

fikirkan ayat itu.

Anonymous said...

Edyes,

Saya bukan penyokong pembangkang apatah lagi menyokong Anwar Ibrahim tetapi saya juga bukan menyokong kerajaan yang ada sekarang!!!

Apa yang saudara Edyes katakan saya setuju... sepatutnya saudara Malayrulez memandang pada perspektif lebih luas...

Cuba fikir pada keadaan rakyat yang terdiri dari golongan sederhana dan juga rendah!!

Dengan keadaan kerajaan sekarang yang "membunuh dalam senyap" seperti saudara Edyes nyatakan, tidak ada satupun kebaikkan yang menyeluruh kerajaan bagi pada setiap golongan rakyat Malaysia!!

Janganlah saudara Malayrulez terlalu hipokrit dengan menafikan segala yang buruk telah kerajaan lakukan dan hanya menyalahkan pada pihak pembangkang sahaja. Baik dari segi ekonomi, keselamatan, pembangunan dan banyak lagi, semuanya hanya menunjukkan kelemahan dan keburukkan kerajaan yang ada sekarang!!

"Manusia yang telah melihat kesalahan orang lain tetapi menyembunyikan kesalahan tersebut LEBIH hina dari manusia yang mengaku melakukan kesalahan"

Wassalam....

malayrulze said...

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu kepada payed penyu,nampaknya payed penyu ini tidak tahu yang Indonesia mempunyai syarikat tempatan iaitu PERTAMINA,yang hampir 80% stesen minyak disana adalah pertamina, dan hanya 20% syarikat2 lain seperti Shell ,Petronas dan sebagainya(tidak seperti Malaysia dimana setesen minyaknya hanya mengusai 40% dari domestic market),harap payed penyu melawat Indonesia terlebih dahulu baru mengatakan sedemikian.....dengan penduduk yang berjumplah hampir 260juta tentu sekali benyak keuntungan yang didapati,sebab itu saya suka bandingkan INdonesia dan Malaysia berkenaan harga minyak,dari 260juta rakyatnya 10% iaitu kira2 26juta(sama dengan jumlah penduduk Malaysia ) adalah kaya-raya,hanya persepsi rakyat Malaysia sahaja yang memandang Indonesia adalah masyarakat kelas kedua dan tidak layak dibandingkan dengan Malaysia...Disebabkan ini saya suka membandingkan Indonesia dan Malaysia dari segi penerimaan harga minyak.Saya juga membandingkan Malaysia dan Brunei(iaitu antara negara terkaya didunia dan pengeluar minyak)masih menetapkan harga Minyak pada kadar rm2.50....kepada payed penyu....cakap dengan fakta dan pengalaman jangan hanya momokan yang anda dengar semata-mata. wassalam

malayrulze said...

Assalamualaikum,

Kepada edyes dan puteraku73, saya masih tertanya-tanya.... mengapa anda lebih suka melihat sekelumit kegagalan berbanding segunung kejayaan???

1) Bagaimana kerajaan yang ada sekarang adalah warisan kerajaan yang memberi kemerdekaan kepada kita dahulu.

2) kerajaan yang masih menjaga hak istimewa orang melayu..iaitu orang yang yang sanggup memberi kewanegaraan kepada bangsa2 lain.

3) Kerajaan yang mewujudkan Petronas yang memberikan keuntungan berbilion2 ringgit kepada negara.

4) Kerajaan yang mewujudkan proton,yang sekarang kita boleh berbangga yang kita mempunyai produk kereta sendiri.

5) Kerajaan yang berjaya membawa keluar negara dari kemelesetan ekonomi yang teruk pada tahun 1988 dan 1997.

6) kerajaan yang mewujudkan sistem pendidikan percuma pada peringkat rendah dan menengah.dan boleh memberi pinjaman kepada semua pelajar yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS) saya rasa tentu edyes dan puteraku73 adalah salah seorang penerima pinjaman atau biasiswa dari kerajaan kuku besi inikan? (Jangan bandingkan dengan germany yang sememangnya memberikan pendidikan percuma kepada semua lapisan masyarakatnya)

7) kerajaan yang dulu memberi keharmonian kepada semua kaum tetapi kini malang seribu kali malang keharmonian ini telah diganggu gugat oleh 'orang2 yang tidak bertanggungjawab'

8) Adakah anda pasti polis dan dan mahkamah dikuasai oleh kerajaan??? jika tiada bukti janganlah menuduh.....jika benarlah polis dah mahkamah sudah dikuasai oleh kerajaan tentu sekali negara malaysia sudah berada dalam keadaan kucar-kacir ,tidak aman,dalam ketakutan(ingin bertanya pada edyes dan puteraku73 adakah anda sekarang merasakan triad syndrom itu?) kalau bukan akibat perang saraf yang sentiasa diulang2 ini mengakibatkan anda mempercayainya....(cuba baca teori yang dikemukan oleh PAVLOV,tentu anda akan memahami apa yang ingin saya perkatakan,dan anda akan faham apa yang ada sedang alami sekarang)

Disini bukan kerajaan yang bersalah ataupun kuku besi tapi hanya segelintir pemimpin diatas yang membuat kerajaan yang ada sekarang dipandang sinis oleh masyarakat.

Maaf bagi pihak saya ,saya memerhatikan Hanya PAS,BN,dan DAP,mempunyai satu misi yang benar2 masyarakat tahu apa yang mereka ingin perjuangkan,tapi bagi saya PKR hanyalah memperjuangkan nasib si ANWAR IBRAHIM yang tidak habis2 meratapi kesusahan yang dialami.Fikirkanlah saudaraku edyes dan puteraku73,saya dapat rasakan saudara eydyes masih tidak membaca web yang saya suruh saudara edyes baca.Kepada puteraku73 minyak naik sebab minyak global naik.....kepada puteraku73 silalah baca laman web yang telah saya berikan baru anda faham apa yang sedang berlaku sekarang.

Kalau diikutkan perasaan memang orang melayu ini mudah tersentuh tapi diwaktu sekarang kita lebih mementingkan fakta dan realiti... wassalam

p/s baca dari post comment saya yang pertama supaya anda dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan saya banyak menggunakan fakta dan realiti bukan hanya meratapi kesusahan yang kita alami....

Anonymous said...

Salam...

Haha malayrulze,

Apa yang saudara nyatakan tentang kejayaan demi kejayaan adalah hasil daripada kerajaan yang terdahulu... Bagaimana kerajaan yang sekarang? Memang UMNO memerintah dari awal kita merdeka hingga kini, tetapi perlu di INGAT kan bahawa orang yang memerintah telah bertukar-tukar....

Apakah kejayaan yang telah dibawa oleh kerajaan yang memerintah sekarang? Islam Hadhari? (Nampak gaya lebih pada mazhab baru ni...). Saya tak nampak satu pun pembangunan yang berguna untuk rakyat... Yang ada hanyalah mengisi poket-poket orang yang memerintah sekarang...

Saudara malayrulze juga ada menyatakan kerajaan memberikan sistem pendidikan percuma.. Nyatakan apakah yang saudara maksudkan percuma itu? Setahu saya, dari saya masuk tadika sampailah sekarang, kita masih dikenakan yuran pendidikan!! Apa yang percuma???!!! Berkenaan pinjaman... Adakah kerajaan sekarang ini mengunakan peruntukan perlembagaan bagi kaum bumiputera untuk membantu kaum bumiputera mendapatkan biasiswa?? Yang saya nampak hanyalah kuota bumiputera makin dikurangkan!! Perlu diingatkan dalam perlembagaan, kaum bumiputera berhak mendapatkan biasiswa dan bukannya PINJAMAN!!

Pada pendapat saya PTPTN hanya membebankan!! Lebih pada "orang-orang atas" untuk mengaut keuntungan. Ini pun saudara malayrulze nak pertahankan??

Berkenaan harga minyak... Ingin saya beritahu bahawa saya juga adalah pedagang matawang (forex), equity, minyak dan juga komoditi. Sebenarnya dengan kenaikkan minyak global kurang memberikan kesan yang besar bagi sesebuah negara pengeluar minyak sekiranya kerajaan yang memerintah tahu mengunakan setiap wang rakyat dengan jujur dan ikhlas...

Dengan kenaikkan harga minyak dunia, sepatutnya kerajaan sekarang mesti tahu menilai semula perbelanjaan yang telah dan akan mereka buat... Tapi apakah tindakan yang kerajaan ambil? TIADA!!! Yang ada hanyalah kata-kata tanpa tindakan yang konkrit. Pembaziran, rasuah, mencuri wang rakyat (untuk kepentingan diri sendiri, keluarga & kroni).

Saudara malayrulze menyatakan harga minyak kita lebih murah dari negara-negara lain. Adalah tidak adil sekiranya perbezaan pertukaran matawang dijadikan ukuran tersebut. Sebagai contoh, sekiranya saudara bekerja di Brunei, saudara akan dibayar gaji dengan matawang Brunei... Segala perbelanjaan saudara (makan, minum, mengisi minyak, dll) di Brunei mengunakan matawang tersebut. Begitu juga sekiranya saudara bekerja di Malaysia.

Jadi untuk menjadikan ukuran sesuatu barangan di mana-mana negara dengan jumlah pertukaran matawang di Malaysia adalah tidak ADIL!!!

Lagi contoh... Kita lihat di Singapore, harga secawan teh lebih kurang SGD$1.20 secawan. Harga tersebut lebih kurang sama dengan harga secawan teh di Malaysia. Akan tetapi kita di Malaysia mengunakan matawang kita (Ringgit). Jadi saudara akan mengatakan bahawa harga secawan teh kita lebih murah jika dibandingkan dengan Singapore?? (dengan menukar kadar pertukaran matawang). Dimanakah logik yang saudara malayrulze pertahankan berkenaan harga minyak????!!!!

Jadi saudara malayrulze, lain kali sebelum mempertahankan sesuatu perlulah dikaji dulu. Fikirkan secara meluas setiap satu benda yang hendak diperkatakan.

Janganlah dibanggakan pada kejayaan yang terdahulu kerana ianya belum tentu kekal sekiranya kita kini terus menerus mengikis dan menghancurkan segala kejayaan yang terhadulu!!

Wassalam...

Anonymous said...

Dinda pesona..ko ni masuk salah kod..mlm tu agaknya ko lena masa debat tu..sokong bebeno minyak naik ni yer..Org mcm ko ni lah yang wat kita sama2 derita.tapi takpe sbb den pembangkang.ko yg sokong BN pon kena byar cam den gok.Apa hebatnya ko ni.Ingat ko dpt diskaun ke.Hehehe..tak dah pekdahnyo sokong BN.yg kenyang pak2 mentri tu..sume pree..

malayrulze said...

Salam....

Saya rasa cukuplah sampai disini komen saya,kerana bagi saya apa saja yang saya ketengahkan ada sahaja yang tidak baik atau tidak elok dimata saudara-saudara.Yang penting disini...saya masih berpijak dibumi yang nyata dan masih menghargai jasa kerajaan yang ada sekarang kerana menjadikan saya manusia berguna kepada masyarakat tanpa membezakan parti yang dianuti,terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan kerana saya dapat hidup di bumi Malaysia ini dengan aman,mendapat membesar dengan tenteram ,serta mendapat ilmu untuk digalas demi anak bangsa...
Saya benar-benar memahami apa yang kerajaan lakukan walaupun perit harus ditelan bersama-sama pengalaman tinggal di luar negara dalam jangka masa lama benar-benar mengajar saya erti bersyukur....amin dan wassalam

p/s lebih baik sekarang saya menumpukan tugas saya sebagai seorang Dr berkhidmat untuk masyarakat,bangsa dan agama.... perbezaan pendapat itu bagus tapi janganlah sampai kita berpecah.okey peace for malaysia wink**