Friday, November 21, 2008

Harga Minyak Dunia : DI BAWAH $50 !


Kini harga minyak dunia berada pada paras di bawah $50 setong. Berapakah 'actual price' untuk seliter?

Kita rakyat Malaysia merupakan rakyat yang begitu prihatin kepada kerajaan kerana memberi subsidi petrolium lebih kurang 50sen daripada setiap liter yang kita beli di stesen-stesen minyak (anggaran harga minyak sebenar tanpa subsidi kerajaan pada kadar RM1.50 per liter).

Cuba kita ingat kembali, harga minyak RM1.10 per litter sewaktu harga minyak dunia $35 setong. Naik seposen kepada RM1.22 seliter sewaktu harga minyak dunia meningkat kepada $50 setong.

Kemudian, paklah mengambil alih tampuk pemerintahan... dan segala-galanya merubah kepada cacamerba.

Minyak dunia cecah $60, paklah naikkan 20sen+seposen+seposen = 40sen. Tahun berikutnya naik lagi 30sen, kononnya naik 30sen sekaligus lebih baik daripada naik sedikit demi sedikit. Waktu itu, harga minyak dunia sedikit melebihi $70 setong dan harga minyak domestik ialah RM1.92.

Jun lalu naik 78sen, sebab harga minyak cecah $130 setong.

SEKARANG, harga minyak dunia ialah $48 setong. Di manakah letaknya maruah kerajaan BN apabila masih menetapkan harga minyak melebihi RM1.92 ??

17 comments:

nawza said...

ya sepatutnya rakyat menikmati harga minyak yg lebih renda. Rm2 bukan harga sebenarnya apatah lagi shahrir umumkan tiada subsidi minyak sekarang ini. Takkan nak cover balik rebate yang dah tersalah congak bagi kat rakyat kut..

Anonymous said...

Dok komplain harga minyak semakin turun tapi Kerajaaan turun sikit-sikit, so saya nak bagi pandanganle, pada saya masa nak naik harga, bila minyak melambung tinggi, kenaikan harga minyak takle di buat serta merta sangat, misalnya hari ni harga minyak naik, esok harga minyak terus naik sebaliknya makan masa berbulan-bulan untuk naik.

walaupun 0.70 sen tu memangle sukar diterima tapi kalau nak dikira dengan rebet yang dibagi tu terus, okle tu, lepas tu, minyak dah turun sikit-sikit, kira dah ok le, sebab kita laksanakan sistem subsidi, bukannya pasaran terbuka, nantikan bila buat pasaran terbuka, harga melambungkan kita tak mampu plak, marah lagi.......

lagipun jika kita tengok, harga minyak sekitar US50 setong, itu duit US, duit kita tengok plak tera mana nilainya, oklah tu turun sikit-sikit tu, asalkan Kerajaan turun,
syukur alhamdulilah dengan apa yang ada

jalak lenteng said...

kpd anonymous...

kita mmgla kena bersyukur dgn apa yg ada...walau susah macam mana pun kenalah bersyukur....

kalau semua rakyat seperti lu, maka semakin selesalah pemimpin buat ikut suka pada rakyat...minyak kalo ikut harga tanpa subsidi skang ni lebih kurang RM1.50. Kalau betullah kerajaan prihatin, sepatutnya kerajaan ikut harga tanpa subsidi ni. Walau pada hakikatnya kerajaan sepatutnya subsidi 30 sen. Ni rakyat pulak yang tanggung kerajaan. Dahlah semua benda ada cukai.

Pasal rebat...itu baru seciput je bro...dan bukan semua orang dapat...pakcik2 kat kampung yg motor takde rdtax...tak dapat jugak...minyak still kena bayar mahal....

bro...setiap teguran tak semestinya marah....jangan terlampau selesa sgt....pemimpin kita skang ni cakap tak serupa bikin....suruh berjimat...dia tak tunjukkan langsung berjimat cermat....lu kena tima kasih orang macam edyes ni....dia lebih menyatakan kebenaran dari lu yang asyik ikut telunjuk....mengalah tak tentu pasal....kalau dah betul semua...orang tak cakaplah bro!!!!

sman said...

Sekarang ni rakyat Indonesia dan rakyat US dah membayar harga petrol lebih murah dari rakyat Malaysia.Tapi org tak cerdik tak tau,ini semua.

luna said...

bkn kita x bersyukur, psl rebet tu pun bkn kita mintak tp kjaan yg bagi..kita pun x setuju, psl pemberian rebet ni merugikan kjaan ..tp ntah le..camne la kjaan BN ni buat pengiraan...


kalo kita 2 kedai satu jual rm4 satu lagi jual rm1 utk brg yg sama..wpun kita mampu byr rm4 tuh tp kita x mndpt hak yg sewajarnya.

kita bkn menuntut apa yg kita x patut dpt, tp menuntut yg mmg hak kita.

Anonymous said...

kepada saudara jalak lenteng,

tima kasih sebab bagi respon komen saya sblm ni, memang saya tahu harga minyak sekarang memang lebih rendah sebab tu saya nak tahu adakah saudara jalak yang bijaksana sanggup nak melepas sistem subsidi ini dan mengilkut pasaran terbuka. tepuk dada tanya selera. lagipun sekarangkan Kerajaan memang ada rancangan nak turunkan lagi harga minyak.

Berkaitan motor tak ada road tax yang tak dapat Rebet, memang salah sendirilah...okeylah tu..dah lah tak le nak bayar road tax dua ringgit setahun, tak kena tangkap polis sebab langgar undang-undang...okeylahlah tu. dia tak sumbang sikit kat Kerajaan takkanlah nak sama dengan rakyat malaysia yang sumbang kat Kerajaan.

dan saya tak pernah cakap Kerajaan atau individu kat malaysia ini sempurna, kerana saya tahu mereka manusia... yang saya cuma harap mereka akan cuba melakukan perubahan.

Anonymous said...

kepada saudara jalak lenteng,

tima kasih sebab bagi respon komen saya sblm ni, memang saya tahu harga minyak sekarang memang lebih rendah sebab tu saya nak tahu adakah saudara jalak yang bijaksana sanggup nak melepas sistem subsidi ini dan mengilkut pasaran terbuka. tepuk dada tanya selera. lagipun sekarangkan Kerajaan memang ada rancangan nak turunkan lagi harga minyak.

Berkaitan motor tak ada road tax yang tak dapat Rebet, memang salah sendirilah...okeylah tu..dah lah tak le nak bayar road tax dua ringgit setahun, tak kena tangkap polis sebab langgar undang-undang...okeylahlah tu. dia tak sumbang sikit kat Kerajaan takkanlah nak sama dengan rakyat malaysia yang sumbang kat Kerajaan.

dan saya tak pernah cakap Kerajaan atau individu kat malaysia ini sempurna, kerana saya tahu mereka manusia... yang saya cuma harap mereka akan cuba melakukan perubahan.

Edyes said...

saudara anon,

Sekarang ini kita tidak lagi menerima subsidi kerajaan, tetapi bukan bermakna kita menolak subsidi.

Kerajaan sendiri yang mengaturkanya. Sedangkan dulu katanya nak ikut harga pasaran bersama subsidi 30sen. Janji hanya tinggal janji. Harga minyak bersama subsidi 30sen ialah RM1.20 seliter.

Kita bayar RM2 seliter...

Berkenaan mereka yang dikampung tidak punya roadtax, mereka itu rakyat malaysia juga. Mungkin nasib mereka tidaklah sebaik kita.

Sudahla kita ini kurang menderma, jangan pula kita menghina.

Anonymous said...

Aku bukan nak menghina tapi nak bertanya. Dah nama rakyat melaysia pasai apa tak ikut undang2 malaysia? Tak mampu? Itu bukan alasan sbb kita sikit pun tak dipaksa untuk ikut undang2.

Kalau aku dah tau yang aku tak mampu bayar roadtax motor bermakna aku tak mampu untuk pakai motor. Walaupun takde sapa paksa aku pakai motor, tapi aku tergedik jugak nak pakai motor. Adakah aku perlu salahkan kerajaan sbb kena bayar roadtax bila pakai motor?

Kalau camtu ko punya pemikiran, sepanjang hidup ko akan penuh dengan kompen je la.

Nak komplen pun biar la nampak berilmu sikit.

Elok try beli sepinggan nasik lauk ikan kat indon. Baru tau betapa bagusnya negara kita.

Sejak bila plak korang pandai amik berat kerugian kerajaan nih? Confius betul la.

Edyes said...

Nampak sangat pemikiran kau nie sempit !

kenapa sentuh isu takde roadtax? isu utama kat sini ialah kesusahan rakyat yang kat kampung tu !!

diorang takde kenderaan, kalau ada motor pun, takde roadtax untuk dapatkan rebet.

ISUnya ialah, yang dapat rebet cuma orang yang ada kenderaan, orang yang takde kenderaan tak dapat rebet tetapi terdedah juga dengan kenaikkan harga barang.

bukan nak cerita pasal enko dengan motor ko dengan roadtax ko !

Komplen??? bukan komplen, tapi berusaha untuk menumbangkan kerajaan BN. kau ingat gomen nak pedulik pasal komplen??

Edyes said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Org kampung pun takde kecoh macam kau tau tak? Minyak naik kecoh, minyak turun kecoh. Bagi ribet kecoh, tak bagi kecoh. Semua benda kau nak kecoh, sama la dgn perangai pemimpim kau seko tu. Nak bela org miskin konon. Pegi dah mabuk, cakap tak serupa bikin. Sembang power tapi habuk pun tarak.

Tulis blog mcm terencat akal ade hati nak tumbangkan kerajaan. Cermin diri kau tu dulu bai baru sembang.

Edyes said...

hehehe...

you are totally loser... with your words of 'wisdom'...

thanks for coming here again...

antusabun said...

Memang mangkuk balaci umno ni. Kisah jugak diaorang bila kerajaan gila diaorang tu nak tumbang. dah makin kelam-kabut umno skang ni pun masih nak main wayang lagi. pejadah haram la diaorang tu sume

Anonymous said...

Wahah speeking sial. Mcm kelako plak ayat tu. No problem, gua akan datang bila ada entry terencat akal.

antusabun, typical pembangkang minda kelas ketiga betul komen anda nih.

Anonymous said...

Mistyping: speaking
Karang kena hentam plak haha.

Anonymous said...

bosannya isu minyak ni bila nak habis....

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan