Secara tiba-tiba, debat menjadi satu topik paling hangat untuk diperkatakan. Hangat tak hingat.
Ia bermula dari satu cabaran debat oleh DS Anwar kepada DS Najib. Puncanya, apabila Najib memperlekeh menifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13, Anwar bingkas mencabar najib untuk berdebat supaya Najib boleh mempertahankan kenyataannya dalam satu wacana bersaksikan jutaan rakyat. Begitu juga Anwar, dapatlah dipertahankan juga langkah-langkah hebat sekiranya PR mendapat walau majoriti mudah dalam PRU akan datang.
Cuba difikirkan baik-baik, apakah kerugian yg ditanggung oleh negara sekiranya satu wacana debat berlangsung di antara seorang Ketua Kerajaan Pusat dan seorang ketua pembangkang kerajaan. Lebih menarik lagi menguntungkan rakyat ialah apabila wacana debat itu berkisar kepada perihal ekonomi negara, di mana ia boleh menjadi petunjuk kepada rakyat untuk mengundi dalam PRU ke-13.
Tetapi agak malang bagi rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri kita mengambil jalan diam seribu bahasa. Memang tepatlah apa yang digembar-gemburkan sebelum ini terhadap kadar keberanian Najib 'playsafe' Razak.
Pucuk dicita, belacak yang datang.
Kemudian melonjaklah pula seorang balaci kehormat. Ini bukan sebarang balaci, ini balaci bertaraf menteri! Balaci ini cuba menjadi lebih balaci lagi dari mana-mana balaci dengan mendesak DS Anwar berdebat dalam isu 'favourate' Anwar sendiri iaitu isu APCO. Maka kita dapat DSAI ditekan, dan balaci kehormat ini juga wajar dinaiktaraf menjadi balacibai.
Siapa Nazri?? Bukan perdana menteri, bukan juga timbalan perdana menteri. Hanya seorang tukang pukul bak kata Chedet. Ruff ruff boleh laa...
Dengan tidak semena-mena, datang pula Ketua Pemuda yang tak berapa nak ketua. Datang dengan cabaran ingin berdebat dengan DS Anwar Ibrahim. Satu Malaysia terkejut khairy (baca: beruk). Terkejut kerana tidak sangka sama sekali, seorang bakal bekas Ahli Parlimen yang sedang dalam tempoh merajuk (anak omak lah katakan), tiba-tiba mengajak DS Anwar berdebat. Yang paling terkejut ialah orang Rombau, kerana menyangka beruk (baca:khairy) ini sudah lari dari bidang politik.
Jika Khairy sebenarnya masih lagi ahli parlimen, sudah tentu ramai yang ingin sangat nak bertanya, di manakah janji pembinaan hospital Rembau, Airport Rembau, Tusyen Percuma (Pusat Tusyen Emas). Ini kerana, Salmah dari Chembong yang dulunya seorang anak dara ketika khairy berjanji, kini telah menjadi janda anak 3, masih belum lagi merasai bersalin di Hospital Rembau.
Jadi sekali lagi ingin ditanya, siapa Khairy?
Fenomena debat menjadi lebih hangat apabila hadir pula Tantawi dari Dewan Pemuda PAS yang ingin mengadakan forum ekonomi dengan melantik Khairy menjadi salah seorang ahli panel. Tantawi juga menyatakan bahawa khairy tidak layak berdebat dengan Anwar Ibrahim di atas mana-mana kapasiti sekalipun.
Akhirnya timbul satu lagi tawaran debat, kali ini hadirnya dari Ketua AMK yang menang jawatan AMK tanpa diumumkan jumlah majoriti mahupun jumlah undi yang diperolehi. Tidak dihairankan mengapa tindakan ini hadir lewat, dan nampaknya tindakan yang diambil oleh Ketua AMK hanya menyua satu lagi debat tanpa idea yang lebih inovatif.
Mengapa tidak terus sahaja ke pejabat Najib untuk menghantar pelawaan rasmi debat antara PM dan Ketua Pembangkang? Apa yang perlu dihiraukan dengan Ahli Parlimen beruk (baca: ungka) yang dah merajuk dan nak berehat setelah kaya-raya tu?? Sekurang-kurangnya kalau pergi pejabat Najib, boleh jugak mohon biasiswa untuk mana-mana anak buah yang fail exam di universiti.
Mengarut betul Ketua AMK nie, mengapa tidak diajak berdebat dengan paklah sahaja di atas kapasiti bekas Perdana Menteri, ini kerna kita faham, Syamsul memang suka berdebat dengan orang separuh umur seperti Zaid. Tahniah kepada pengundi AMK yang tidak sudi melihat perubahan dalam AMK pada penggal sepenting 2010-2013.
Debat debat debat! Ayuh Perdana Menteri playsafe, ayuh berdebat demi ekonomi rakyat!! Persetenkan Nazri, persetankan Khairy, buktikan kamu lebih berani!! Sahutlah cabaran DSAI itu atau kamu akan terus digelar presiden TAKBIN !!
kah kah kah... jangan tanya apa itu TAKBIN ?? kah kah kah...
EDYES @ edyesdotcom
edisi kah kah kah
1 comment:
PM Australia yg pompuan takdak teloq pun berani debat..
najib??? takdak teloq dan takdak maruah dan 'takubin' (pinjam istilah TT)
http://www.abc.net.au/news/stories/2010/07/25/2963566.htm
Post a Comment