Thursday, July 3, 2008

Suhakam sokong himpunan Ahad

oleh Abdul Rahim Sabri(Malaysiakini)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad ini, tetapi belum pasti menghantar wakil untuk memantaunya.

Pesuruhjayanya Datuk S Subramaniam berkata perhimpunan di padang - tidak jauh dari kompleks membeli-belah Amcorp Mall, Petaling - "satu aktiviti yang sihat" dan tidak menjejaskan sesiapa, termasuklah pelancong.

Kumpulan pemantau suruhanjaya berusaha untuk menghadiri perhimpunan sehari suntuk itu, namun beliau harus mendapat keizinan pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman, terlebih dahulu.

Subramaniam berkata sewaktu acara menyerahkan memorandum dari penganjur Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) di pejabatnya tengah hari tadi.

edyes wrote:

Lampu Hijau dari suhakam. Jom Protes !

5 comments:

Anonymous said...

Pengerusi Suhakan Tan Sri Abu Talib terkenal sebagai Peguam Negara yang corrupted. Belaiu telah menagarahkan polis memusnahkan semua videotape Vijendran yang terkenal awal tahun 90an.
Macam mana bahan bukti mahkamah dimusnahkan sebelum kes dibicarakan lagi? Kerana nak menyelamatkan seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang masih 'bujang'.
Dan terdapat banyak lagi kes Abu Talib ni sanggup buat.

apisfires said...

dyes wrote:

Lampu Hijau dari suhakam. Jom Protes !


wah...
sedap2 mau protes...
undang2 rimba mana ko bela...
ko ingat sini macam indon pakistan ke?
jika ko mau pi la duk sana...
jangan ko ajak2 ayam aje kot??
aritu konon2 mau ramai tapi berape aje datang??

Edyes said...

apis,

BN amat berterima kasih kepada orang seperti apis kerana menyokong kenaikkan minyak.

apisfires said...

sape cakap saya sokong kerajaan naikkan harga minyak?
saya ni memang orang umno cuma tak join aje...
pada pendapat saya la...
jika korang wat demo ni ape korang dapat?
korang tak rasa berdosa ke menyusahkan rakyat yang mempunyai urusan lain pada masa dan tempat yang sama?
jika nak wat untuk rakyat, tolonglah jangan susahkan rakyat...
sebab ape...
bile korang sondol2 si dolah jambu ni...
dolah ni jika tersepit kat dinding nanti dia nak libas korang skali kami juga terpalit??
contohnye...
korang slalu doa bn barang naik...
amik ko dan padan muka kami jua yang kene...
nak tukau kerajaan buat la masa pilihan raya...
jika korang kata pilihan raya tak adil dan segalanye...
nape korang join skali?

Anonymous said...

Apisfires

Elok hang duduk diam diam,Jaga parti hang tu.dah tak lama dah...

kami nak demo ka...nak protes ka.hak kami! kami ni terinaya!.

kalau kami berjaya turunkan minyak hang muka tak malu pun dapat rasa gak! budus1