Saturday, June 19, 2010

Pro-Con Kerajaan Perpaduan (Unity Government)

Ada 2 perkara berbangkit yang menimbulkan kekeliruan, saya percaya jika pembacaan dilakukan secara sekerat-sekerat, pasti tidak faham;

Ramai rakan-rakan yang keliru kerana entri "Saya Juga Sayang TGHH", digemburkan bahawa saya mengatakan idea UG adalah baik dan tiada salahnya manakala di beberapa keratan artikel, saya mengatakan idea UG oleh TGHH harus ditentang habis-habisan. Di sini saya buat sedikit penjelasan;

1. Saya katakan UG itu idea yang baik.

2. Saya meminta jaminan supaya UG tidak menjadi kenyataan.


1. Mengapa saya katakan idea UG tidak salah dan mungkin boleh digunapakai kelak?

Konsep kerajaan perpaduan atau UG ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususunya. Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN atau sebaliknya, tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Ini juga dinamakan sistem 1 parti atau kerajaan tanpa pembangkang. Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR. Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri. Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat persefahaman mutual dapat dipenuhi.

Kerajaan tanpa pembangkang 'Unity Government' ini juga telah berjaya di negara pelbagai etnik dan kaum di South Afrika yang diasaskan oleh pemimpin anugerah nobel Nelson Mandela. Ia juga dilihat berjaya di UK dan beberapa negara scandanavia. Asalkan kepentingan negara melebihi kepentingan parti dan individu, UG merupakan idea cemerlang dalam menyelesaikan pertembungan sistem dua parti yang sengit, yakni menyebabkan kerencatan pembangunan di setiap siri pertembungan kuasa dua parti BN dan PR.


2. Mengapa saya menentang UG supaya tidak menjadi kenyataan.

Pertama, BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pengautan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk kita membayangkan BN akan bersetuju dengan ikhlas melainkan demi survival UMNO semata-mata.

Kedua, mereka tidak pernah mampu meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan diri dan parti mereka. Ini tidak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut. Bacalah blog untuk mengetahui kebejatan BN.

Ketiga, UG adalah kesinambungan daripada pertemuan gelap PAS dan UMNO. Kesinambungan inilah yang akan meruntuhkan tembok kekuatan PAS dalam sekelip mata setelah perjuangan yang berdekad-dekad lamanya. Akhirnya perjuangan Ulama PAS seperti arwah TGFN, TGNA dan TGHA dibiarkan dikhianati oleh anasir yang membawa rebah.


Penegasan saya - Tuan Guru Presiden tidak perlu condemn ideanya sendiri kerana idea UG tiada salahnya. Namun, cukuplah sekadar memberi jaminan bahawa ianya tidak akan berlaku selagi mandat sebagai Presiden itu masih laku. Kerana walaupun idea UG tidak salah, tetapi ia amat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak langsung layak diberikan ruang untuk kekal memegang tampuk pemerintahan negara.

 
Mungkin ada yang terkejut apabila saya katakan UG adalah kesinambungan pertemuan gelap UMNO-PAS. Di sini saya mengajak anda semua meluangkan sedikit masa untuk berfikir, apakah cadangan UG tidak diperhalusi terlebih dahulu sebelum dicanang oleh TGHH? Atau idea UG ini dari siapa? Adakah pengumuman UG juga tidak mengambil kira sensitiviti daripada terbongkarnya pertemuan gelap?

Dibincangkan & Dipersetujui adalah 2 perkara berbeza. Tolong faham, mengapa UG dicanangkan kalau bukan sebagai satu kesinambungan!

8 comments:

KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK 2010 said...

Tuan, apa kaata kita berada di bawah satu nama iaitu PAS, tiada UG, tiada PAS reform. saya mengimpikan PAS bersatu padu tuan. Perpecahan macam ni mebuat pening dan sedih ahti. Orang luar memandang kita

agas said...

salam bro..satu lg perkara,apakah niat sebenarnya pemimpin pas yg nak UG ni..betulkah ikhlas atau ada agenda peribadi..he he..

Anonymous said...

Bro... tulis dan teruskan penulisan Bro mengikut pandangan dan persepsi Bro [boleh buat analogi macam sahabat menentang/tak bersetuju dgn nabi pasal perjanjian dgn musyrikin mekah] persoalannya bila akan sudah/tamat? Mungkin macam ayahanda Subky Latif kata kena tunggu salah seorang mati, paling cepat apabila TGHH tak jadi Presiden lagi kot? Kenyataannya TGHH dah tarik balik idea tu. Pasal pertemuan dgn UMNO dalam gelap, apa ke... apakah ianya berdosa kecil, berdosa besar, jadi munafik, jadi khawarij, jadi kafir? satu perangai syiah adalah sampai sekarang asyik cerita/ungkit pasal sejarah sahabat yang opposite dgn sy ali sedangkan sunnah pun dah tak nak buka buku lagi serah pada Allah, macam cerita UG ni juga walaupun TGHH dah tarik balik tp ada lagi mereka2 yang nak unkit/kait pasal UG.

ahmad hisyam said...

-berkenaan dengan "penegasan" yang kamu katakan. Bg saya tdk perlu TGHH memberi jaminan samada akan berlaku atau tdk semasa beliau memegang jawatan Presiden.

Sbb spt mn yg kamu katakan ia ada baik dan ada buruk. selesai. Mngkn boleh guna mngkn tdk.

buatlah tiba2 TGHH beri jaminan bwh UG tdk akn dibuat semasa beliau jd presiden, tgk2 kena bt berdasarkan masalah2 besar berlaku. wallahua'lam. Mg2 dihindarkan. Nak th sngt jaminan tu sebab apa pon aku tak th.

Klu setakat pandangan kamu mengatakan ia tak sesuai lg, terpulang la.. itu pandangan kamu.Nak paksa TGHH bg jaminan bkn caranya.


- Perjumpaan tertutup/gelap/rahsia/sulit. Dah namanya mcm tu. Klau la benar ada perjumpaan tersebut dan idea datang dr UMNO sbg cth bknlah TGHH terlalu bodoh utk ikut. Tentu ada pkra2 yg lain dibincangkan. Isu lps UG ni bangkit adalah isu Muzakarah dan Muqabalah. Apa yg TGHH dan TGNA sebut tdk ada masalah bg kepentingan negara.

Kita yg duduk bawah ni cuba lah bg kepercayaan sikit pd pimpinan atasan. Jgn cepat menghukum itu dan ini. Tgk TG jumpa je UMNO kata TG rasa tak sedap hati.

Politik ni bkn boleh duk berkisar kita jer, bkn semua boleh citer pd org bawahan, klu sumer kita nak th sampai berak kencing pimpinan atasan pon nak th baik kita yg jd pemimpin.

Anonymous said...

mamat ni nak jawatan dalam pas,member aduka taruna..pas reform konon..tlg reform aduka taruna dulu..hampeh.

Anonymous said...

mamat ni nak jawatan dalam pas,member aduka taruna..pas reform konon..tlg reform aduka taruna dulu..hampeh.

Eddy said...

Bhai edyes,lu bukak blog geng batu api nama ali zaidan.Lu jawab sket bhai..gua hangin r...

Edyes said...

Eddy,

Penjelasan dari Ali Zaidan tu agak rasional berbanding dengan geng-geng dia yg lain. Dan apa yang diterangkan pun senang diterima untuk difikirkan, walaupun ada isu yg tak berapa kena, tapi boleh layan lagi lah.

Walaupun ada kalanya mereka seumpama memusuhi saya, namun saya tetap beranggapan mereka juga pejuang sealiran saya. So, kita ikut tajuk, kalau perlu bidas, sy bidas. Setakat nie, kata-kata Ali Zaidan tu rasional dan tidak lari dari fakta. Kita kena hormat pendapat orang lain walaupun kita tak ikut pandangan yg diberikan.

salam