Salam hormat,
Utk pengetahuan, UG hanyalah perkara tajuk, tetapi perkara pokok di sini ialah isu penipuan!
Terus terang saya katakan terdapat sedikit perbezaan pandangan di antara saya dan Aduka di mana Aduka dengan jelas mahu TG Presiden berundur di bawah tajuk - Presiden bukan seorang yang bijak berpolitik!
TG Presiden mempunyai akhlak yang mulia dan ilmu yang cukup tinggi walau dikatakan melebihi Mursyidul Am. Namun kriteria tersebut tidak membantu menjadikan PAS berada dilandasan tepat apabila kebanyakkan kenyataan beliau mengundang damage kepada PR dan adakalanya PAS itu sendiri.
Seperti yang saya sebut, perbezaan pandangan saya dan Aduka ialah, saya masih lagi memberi harapan kepada TG Presiden untuk menerajui PAS di atas mandat Muktamar pemilihan, asalkan TG Presiden berpolitik dengan lebih bijak dan memberi jaminan bahawa beliau selaku presiden "tidak akan membenarkan UG itu berlaku".
Mengapa sehingga hari ini masih tiada lagi gerenty mahupun warranty dari pihak susuk TG Presiden sendiri bahawa beliau menolak sepenuhnya UG? KERANA idea ini datangnya dari TG Presiden itu sendiri, manakan seorang TG menolak ego sebagai Presiden? Di sinilah titik pertemuan pandangan saya dan Aduka Taruna - membongkar pembohongan!
Saya masih mengharap yang terbaik dari TG Presiden, memandangkan TG Presiden buat masa ini tidak lagi membenarkan dirinya didampingin oleh anasir-anasir yang mengidam jawatan menteri. Inilah berita baik setakat ini, yang memungkinkan saya menarik diri dari perlanggaran yang seterusnya.
Saya juga sayangkan TGHH!
Potongan ayat di atas adalah dari komen saya dalam entri sebelum ini. Mungkin ramai yang tidak sampai untuk membaca komen-komen yang agak berjela, jadi saya bawa ke hadapan kata-kata ini agar anda semua lebih faham situasi dan pendekatan yang cuba saya bawa.
Benar, memang saya sayangkan TGHH. Oleh sebab itu saya tidak mahu TGHH hanyut dengan permainan syaitan kecil yang cuba mengambil kesempatan di atas keterbukaan dan kelembutan TGHH.
Saya juga ingin tegaskan, idea UG itu tidak salah, malah mungkin satu hari nanti ia akan digunapakai. Cuma datangnya idea UG tidak kena pada masa dan boleh dikatakan sangat tidak sesuai dilakukan dalam negara ini selagi UMNO tidak dibubarkan. Timbulnya idea UG yang berteraskan peringkat pusat, lantas secara terus ia dikaitkan dengan pertemuan PAS-UMNO dalam membentuk kerajaan negeri. Di sini timbul pelbagai komplikasi dan di sini jugalah silapnya pengumuman idea UG! Malang sekali apabila orang yang mengumumkan idea UG adalah TGHH, bukan Tun Abdullah.
Apabila saya bangkitkan isu UG seperti di atas, setiap komen dan hentaman yang saya terima pasti disulam oleh satu ayat yang berbunyi "Isu Kerajaan Perpaduan Telah Ditutup!!". Sedarkah tuan-tuan yang bijaksana pandainya, bijaksini cerdiknya, bahawa longkang yang berpuluh tahun ditutup masih lagi boleh dibuka. Negara China yang dulunya dengan ketat mengamalkan dasar tutup pintu, kini pintunya telah dibuka. Apakah saudara yakin pintu UG yang ditutup rapi ini tidak boleh kembali dibuka?
Setiap kali isu ini diketengahkan oleh para wartawan atau sesiapa sahaja, kepimpinan PAS melalui Presidennya hanya menjawab isu telah ditutup, atau berseloroh mengatakan isu dah lama, isu dah lepas. Tidak sekalipun kita menerima kenyataan tegas dari mulut TG Presiden iaitu satu kenyataan yang berbentuk jaminan bahawa PAS dan UMNO tidak akan bersatu!
Seperti yang kita sedia maklum, Idea UG datangnya dari TG Presiden. Oleh demikian, adalah suatu yang sukar untuk TG Presiden condemn ideanya sendiri. Saya berpendapat tidak perlulah TG Presiden condemn idea UG yang dicadang oleh beliau kerana tidak salahnya idea UG seperti yang pernah berlaku di UK, Ireland dan South Africa. Cuma, idea tersebut tidak kena pada masa dan gerombolan UMNO sangat-sangat tidak sesuai untuk digandingkan dengan mana-mana peringkat Gagasan Pakatan Rakyat. Walau dalam isu Gaza sekalipun, kita tidak harus bersama gerombolan, inikan pula dalam isu untuk bergabung kerajaan.
Apakah jaminan bahawa PAS dan UMNO tidak akan bergabung dalam mana-mana peringkat sepanjang TG Hadi Awang sebagai Presiden PAS? Jawablah soalan ini sekiranya anda seorang Presiden parti perjuangan Islam.
Pertemuan Dengan TGHH
Beberapa channel akan kami lakukan untuk satu pertemuan bersama Tuan Guru Haji Hadi. Setelah perlanggaran di muktamar tidak berjaya memperolehi jawapan, kami tetap istiqomah akan teruskan usaha untuk bertemu dengan TGHH tersayang. Pertemuan yang selama ini ditunggu-tunggu.
Saya akan berjumpa dengan Dr Shamsuri di Jalan Raja Laut untuk ditetapkan satu tarikh dan masa supaya kami boleh berjumpa dengan TGHH. Aturan pertemuan ini pastinya mengambil satu tempoh masa sekiranya berjaya dan ia pasti akan dilihat formal.
Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada rakan-rakan yang sedia ingin membantu, supaya memberi jalan dan pandangan agar pertemuan ini menjadi kenyataan.
Untuk rakan-rakan saya di portal TKO, Sudilah kiranya mengaturkan pertemuan kami dengan TG Presiden sebagaimana dimaklum oleh Songkok Putih, tidak sukar untuk berjumpa Tuan Guru. Saya juga difahamkan oleh rakan, Tuan Guru merupakan seorang yang senang didekati dan Rusila sentiasa terbuka untuk kunjungan ramai.
Sekali lagi saya memohon jasa baik rakan taulan di TKO, terutamanya SP, supaya dapatlah kiranya mengatur pertemuan kami dengan TGHH. Walaupun kami mungkin boleh bertemu TG Presiden secara formal, tetapi kami lebih berbesar hati sekiranya pertemuan itu diatur oleh agensi TKO itu sendiri. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik tuan-tuan yang budiman.
EDYES - 18 JUNE 2010
10 comments:
Salam..
Kalau nak tau hal TGHH cuba-cubalah tanya blogger Dr Wahab Arbain... mereka satu classmate dahulu..
salam bro...
link blog lu wa dah masukkan dlm blog wa...
jalan pulang s per norm...
Salah!
Satu ulasan yang sangat songsang!
Mula-mula cakap pasal UG, lepas tu cakap pasal pas bergabung dengan umno...
Lu ni masih tak faham perkara asas, sebab tu lu berjaya ditipu oleh mereka yang suka menipu! Basic bhai..basic....
Lepas tu cakap owang lain yang tipu....
INGAT bro! UG tak sama bergabung dengan Umno!
Kalau yang neh, wa kena explain lagih....maka ubun-ubun lu masih lembik bro....
"SEGALA MISI AGUNG AKAN GAGAL BILA DILAKSANAKAN OLEH ORANG BODOH!"
-boarshooter-
eyes,kamu terlalu angkuh dan takbur.menganggap diri sendiri blogger yg berpengaruh.sedarlah sikit.jangan tunjukkan kebodohan diri kepada oranglain tentang isu UG.ini isu sudah basi.kenapa terus menerus bangkit isu itu.agenda kamu sebenarnya ialah menjatuhkan ulamak dlm pas untuk digantikan ulamak liberal sealiran pkrr..rahsia parti bukannya boleh dihebohkan dalam blog.TGHA akan sembahyang istikharah sebelum keputusan dibuat.percayalah dan yakinlah pada presiden.TGHA selalu berkata setiap keputusan mestilah memberi keuntungan pada ISLAM.
salam penembak babi,
cuba renung dalam2, apakah UG itu tidak berkaitan langsung dengan gabungan PAS-UMNO?
kamu tahu jawapannya, kamu tau kaitannya. Tapi kenapa harus meletakkan diri di bawah kebijaksanaan sebenar dengan menafikan kaitan UG dan gabungan PAS-UMNO.
Merujuk kepada entri2 dan komen saya sebelum ini, UG adalah satu pembentukkan kerajaan dengan sistem 1 parti atau ditafsirkan sebagai kerajaan tanpa pembangkang.
Sefahaman saya, UG bukan bermaksud parti-parti yang ada bergabung, tetapi sistemnya ialah pembentukkan kerajaan campuran. Dari aspek ini, memang kita tidak nampak kaitannya dengan gabungan PAS-UMNO. Jadi di manakah kaitanya?
Kesinambungan daripada siri pertemuan gelap adalah equal kepada cadangan kerjasama politik di antara PAS-UMNO bagi membentuk kerajaan 'melayu' di beberapa negeri. Ia berlaku di awal pasca PRU-12 sebelum kerajaan negeri diperkenan Sultan, dengan tawaran MB boneka UMNO menjadi pertaruhan!
Walaupun perkiraan ini di peringkat negeri, tetapi ia pasti menghancurkan Gagasan Barisan Rakyat dengan sekelip mata.
Setelah 916 tidak menjadi kenyataan, TGHH melontarkan idea UG ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Parlimen dan diikuti dengan temuramah khas bersama Malaysian Insider dan akhbar Siasah di bangunan Parlimen.
Persoalan : Sebagai sebuah parti yang kuat dan independent, bolehkan PAS meneruskan UG tanpa kelibat PKR dan DAP?
Sekiranya PAS meneruskan UG tanpa PKR dan DAP, bukankah ia akan dilihat sebagai gabungan PAS dan Barisan Nasional atau lebih mesra dipanggil gabungan PASNO. Maka nostalgia retro kembali dan bersedialah untuk menyerahkan negeri Kelantan kepada UMNO setelah talak dua jatuh berderai. Itulah apokalips sebuah perjuangan, biar kalah negeri asal Islam tak kalah.
Kerajaan Perpaduan atau UG itu dikaitkan dengan kerjasama membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri melalui PASNO. Ketergamakkan PAS meninggalkan PR atas nama tidak mustahil berlaku di atas nama perpaduan Islam. Segelintir penyokong PAS juga menunjukkan reaksi positif gabungan PASNO hanya kerana doktrin kebencian tidak terperi terhadap PKR dan DAP.
Kesimpulannya, idea UG dan kerjasama politik PASNO adalah dua perkara yang berbeza. Namun perbezaan antara dua agenda tersebut tidak menghalang ia dikaitkan demi satu perancangan tamak yang didudukungi oleh survival UMNO melalui task force 2010.
Isu UG ini memuakkan lagi memualkan. Tetapi jangan kita lupa kepada mereka yang tidak pernah tidur untuk menghancurkan PAS dan menidakkan peluang PR menakluk Putrajaya. Harus diingat, isu berkaitan UG juga merupakan talian hayat terakhir survival UMNO dalam mengekalkan sekularisma terlampau!
Harus kita sentiasa bersedia untuk mencegah sebarang penyakit, sesungguhnya mencegah itu jauh lebih baik dari mengubatinya!
Saya sedia untuk menutup topik UG sampai bila-bila demi agenda yang lebih penting iaitu menyelamatkan Malaysia dari gerombolan pengkhianat bangsa! Saya juga tidak mahu keterluangan masa rakan seperjuangan semata-mata untuk mengulas satu demi satu entri berkaitan dengannya. Hanya bila tiba ketikanya, hujan pasti berhenti.
Semoga kita dikurniakan masa yang tidak sempit untuk terus menulis, semoga setiap dari kita dikurnia kesedaran dan kebijaksanaan untuk menilai kebenaran.
EDYES
eyes,kamu masih mentah dalam politik dan politik.awak telah digunakan blogger lain diatas kelemahan kamu sendiri,maaf apa saya katakan.TGHA telah mengatakan dalam muktamar pas baru2 ni,Pas tidak sanggup menanggung biawak hidup(UMNO).itulah hang,orang berucap,kamu sibuk nak attack TGHA kononnya.naklanggarlah,gulinglah TGHA...dahlah.buatlah kerja faedah untuk islam.
Bro, nak tanye satu soalan laaa, jika dan jika ditakdirkan TGNA sokong idea UG, apa yang terlintas di fikiran bro, persepsi bro, tindakan bro? begitulah kiranya TGHA telah tarik balik idea UG ni. Kalau cerita pasal penipuan, secara moralnya dan sifat kepimpinan memang tak elok, tapi sefahaman saya depa tak tipu pasal ada pertemuan macam Khalid Samad ada jumpa Khir Toyo sejurus lepas PR08, apa yang mereka nafikan adalah perbincangan ke arah UG [sefahaman saya ini adalah dua perkara yang berbeza]
Salam bhai...
Apa yang lu merapu kat atas tuh...
Lu telah meng'konfius'kan lu sendiri..
Lu baca link neh..
http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=121:kerajaan-perpaduan-perspektif-ketua-dewan-ulama-pas-pusat&catid=30&Itemid=19
itupun baru satu...banyak lagi penerangan pimpinan pas pasal neh...kalaulah lu nak dengar pimpinan lerrr...
tapi kalu nak jugak dengar aduka sesat tuh...wa takle buat ape bro...terpulang...
-boarshooter-
kalau TGNA sokong pembentukkan UG, pasti waktu itu Tun Mahathir sudah menyertai PAS. (seloroh 1 pagi...)
Sokong ikut tajuk, bukan ikut pemimpin. Sebab itu tak patut panggil saya barua aduka! ok
Masalahnya bro...
atas tajuk 'penipuan' pun lu tak betul...
studi lagila bro...carik sumber yang mantop lagi laaa...
wa kesyyyian kat lu...
Post a Comment