Wednesday, July 23, 2008

RM175,229.97 servis Perdana ??


KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.


edyes wrote:

GILA. Baik Tukar kereta tiap-tiap tahun, tak payah service. Kereta yang dah pakai setahun tu, boleh trade-in.

Tolong lah jangan buat cerita kartun kat sini. Kalau nak menipu pun, bagi lah alasan yang munahsabah, yang diterima logic akal walaupun menipu. Apa dah tebiat sangat ke nak pakai kereta German tu...?

RM175 229 bahagi 4 tahun bersamaan RM43 807. Dibahagikan pula kepada 4, kerana standard seervice kereta ialah setiap 3 bulan.

Service 4 Tahun = RM175 229
Service 1 Tahun = RM43 807
Service 3 Bulan sekali = RM10 951

Aku service waja 6 bulan sekali baru habis dalam RM 350 paling tinggi pun. Apa yang mahalnya service 3 bulan untuk kereta Perdana V6? Kenapa sekali service (3 bulan interval) makan sampai 11ribu?? Siapa tuan kedai workshop tu..? cuba check adik beradik sapa..? sepupu sepapat sapa? Pembaziran macam nie kita anggap sebagai salah satu ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sejak dulu, kini dan mungkin selamanya.

Oleh demikian, perkara ini harus dijadikan iktibar. Kepada semua bakal pengundi PRU13, sila fikir-fikirkan keadaan ini. Melainkan jika kamu ialah tuan punya workshop tersebut, atau pemegang 10 permit teksi yang makan duit atas angin, mungkin kamu takkan berfikir untuk ini.

9 comments:

Anonymous said...

Salam tuan empunya blog...

La ni, diorg ni kene pi tadika KEMAS balik la....

Kira2 karut mcm ni pon tak pass....

Ni la klu dh keje gomen, otak diorg ni tak bekeje.....

Nak menipu pon agak2 la.....Org skang kan mcm dulu....

Kalau dh nama nya org2 politik ni, ESPECIALLY org U**O mmg rajin la wat lagu tipu ni....

Mr Green said...

Hari demi hari

TERSERLAH KEBODOHAN MEREKA!

DARI MENTERI BESAR ke KEPALA BAPAK MENTERI!

STATEMENT MACAM BUDAK SEKOLAH TERENCAT AKAL!

CUMA BEDA YG TERENCAT AKAL TU DIBERKATI ALLAH...YG OTAK MACAM TERENCAT AKAL TU DIMURKAI ALLAH

Anonymous said...

kes kes sebegini yang mengujudkan pembangkang. Semoga PR jangan jadi macam nie. jumlah nilai yang perlu disiasat dekat mana ketirisan dan kebocoran.

Anonymous said...

hai takkan tak tau sape yg dpt kontrak serbis/repair krete gomen, mesti la boya2 umeno

Anonymous said...

SPANCO Malaysia's Leading Fleet Management Company



Ni dia yg jaga kreta gomen:

SPANCO has been in the business of delivering total fleet management solutions for over 14 years. Its current fleet consists of more than 8,000 vehicles and caters to the needs of 39 ministries and government agencies across the country.

Anonymous said...

Kan aku dah ckp..puak2 nie mmg camtu.Aku harap BPR selongkar Mat Deris punya fail.Proton pun terkedu angka yg hampir mustahil.Proton kata tak terima aduan pon ttg V6 nie .Ada warranty maa..Slalunya keta baru 2 tahun takder apa2 yg pelik berlaku kecualilah YB2 nie pandu cam F1.Tahun ke 3 mybe ada problem.Aku yg tak ngaji tadika pon tau kira.bila amanah disalah guna duit satu tongkang pon tak cukup.Ada 2 option jer :Proton buat repot polis coz Mat Said nk buruk2 proton @ MAt Deris saman Mat Said..

Anonymous said...

pakai enjin skyline baru 20 ribu...ni kete masuk enjin skyline ni..

v6 memang mahal tapi paling maha pun tukar timing belt...kalu pi kedai eon pun baru 1.2 k, tu kire bende major la.. 1.2 x 4 tahun = 4.8 k

beli tayo 4 biji 1.2k + aliigmnet = 1.5 k, setahun kata dua kali baru 3k = aku letak 5 k la... 5k x 4 tahun 20 k

normal servis aku belasah 400 rm kali 6 kali setahun = baru 2.4 k.. aku genapkan 6 k = 6 x 4 tahun = 24 k

lain-lain - drive shaft, steering, absorber aku letak 20 ribu. eheheheh boleh ke

jadi total 4.8 + 20 + 24 + 20 = 80 ribu pun tak sampai....ehehe aku dah up gile-gile pun tak sampai angka tu la...oit menteri tengganu ...ko scan dan upload bil servis kete perdana ko kat sini pastu kite tengok reramai ape betul ke tidak...


p/s kete mercedes tu keta mewah....kalau tak mewah sumer orang leh pakai

Anonymous said...

memang gila.

kereta apa yang nak kena service sampai 6 kali setahun...

kereta apa yang tukau t-belt tiap2 tahun..

kereta apa yang tukar tayar 2 kali setahun... selalu pergi danok ke..? selalu pergi narathiwat ke..?

memang si anon nie up giler2 la..

kalau ikutkan, jangan kata 80k, 50k pun tak sampai...

Anonymous said...

Ambo pakai keta perdana juga tapi ambo repair takdok la mahal sapai mace tu skali. Ambo repair dgn kawan yang buka bengkel tepi rumah je tak dok pusat servis pun mace kerajaan tganu hantar keto tu repair ok je, dah 4 tahun ambo pakai keta perdana ni tak abis RM 10 ribu lg utk repair keta ambo tu. performance ok lagi. keta kawe ni slalu jalan jauh ulang alik dari kl kelate setiap bule lg jauh berjalan berbanding nga keta perdano MAT DERISS tu. keta bawa utk pegi pejabat jah bawa pun tak sapa 100 kmh. keta ambo ni bawa 160kmh lap sapa bunyi tayar ok je....sapai hari ni...pakai spare part recond lg murah kalu nak banding yg ori proton.....ni terbalik puak2 tu pakai tak ori pun lebih mahal dari spare part ori...mekanik tu pandai ko dok repai..takut salah atar ko mekanik repai tv kot......